Friday, November 21, 2008

Pengetua Aku

Korang kenal tak gerangan orang dlm gambar sebelah. Dulu...dialah pengetua kat sekolah aku.
Wah..dah menjadi Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia skrg. Bangga aku..

Serba sedikit prihal beliau:

Y.BHG. DATO' HJ. ALIMUDDIN B. HJ. MOHD DOM
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(2007 - Sekarang)
 
TARIKH LAHIR
07 November 1952
 
TEMPAT LAHIR
Perak
 
PENDIDIKAN
  • Master Sains UPM - 1989
  • B.A. (Hons) UKM - 1976, Sosiologi dan Sejarah
  • Diploma Pendidikan (UKM) - 1976
 
PENGALAMAN PERKHIDMATAN
  • Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia : 
    (2007 - Sekarang)
  • Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Jabatan Sekolah) 
    (2007 - Ogos 2007)
  • Ketua Jemaah Nazir : 
    Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1.5.2005 - 2007) 
  • Timbalan Ketua Pengarah : 
    Sektor Pengurusan IPTS, Kem. Pengajian Tinggi (2004 - 2005)
  • Timbalan Ketua Pengarah : 
    Jabatan Pendidikan Swasta, Kem. Pendidikan Malaysia (2003 - 2004)
  • Timbalan Pengarah :
    Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia     (2003 - 2003)
  • Pengetua Kanan :
    Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak (1999 - 2003)
  • Pengetua :
    Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak (1997 - 1999)
  • Pengetua :
    SM Sains, Teluk Intan, Perak (1995 - 1996)
  • Pengetua :
    SMK Gunung Rapat, Ipoh Perak (1992 - 1995 )
  • Penolong Kanan :
    Kolej Melayu, Kuala Kangsar, Perak (1991 - 1992)
  • Ketua Penolong Pengarah : 
    Unit Teknologi Pendidikan, JPN Perak (1990 - 1991)
  • Pengetua :
    SMK Pangkalan TLDM, Lumut, Perak (1989 - 1990)
  • Penolong Kanan (HEM) :
    SM Sains, Teluk Intan, Perak (1988 - 1989)
  • Penolong Kanan :
    SMK Dato' Panglima Perang Kiri, Tapah Road, Perak (1984 - 1988) 
  • Guru Siswazah : 
    SMK Tengku Menteri, Changkat Jering, Perak (1976 - 1984)
 
KURNIAAN
  • DPMP (Dato' Paduka Mahkota Perak) - 2007 (DYMM Sultan Perak)
  • PMP - 2001 (DYMM Sultan Perak)
  • PPG Pingat Penghormatan Guru - 1999 (Sempena Hari Guru Negeri Perak) 
  • AMN - 1998 (DYMM YDP Agong) 
  • PPT  - 1995 (DYMM Sultan Perak)
  • PPG Pingat Penghormatan Guru - 1988 (Sempena Hari Guru Daerah Kinta


Sumber

Media : Kekuatannya

Tahun lepas, aku ada create satu blog yang menceritakan ttg "kehidupan" aku yang lagi satu. Aku create blog tersebut untuk membuat perbandingan tentang perbezaan minat pembaca internet antara something yang menjana minda ( cth: cebisan minda ) dan something yang menjurus ke arah prihal yang agak privacy ( cth: biru jingga ).

Dan..... setelah kedua2x blog tersebut wujud, aku mendapati antara blog yang mendapat 'tempat' dihati rakyat Malaysia adalah biru jingga. Serius....sehinggakan rumah tangga aku bergolak. Manakan tidak, "pembaca" tersebut sedia untuk menjadi "astro bergerak". Wow...media itu yang kuat ke..atau orang itu yang kuat.

Thursday, November 20, 2008

Renang

Dah lama rasanya aku tak pergi berenang. Kalo korang nak tahu...sport renang nie kegemaran aku.

Oh yea..pade sape2x yang nak berenang kat bandar hilir melaka..sile le usha jadual di bawah

Panjat Gunung

Tetiba je terpikir pasal mendaki. Dah lama aku tak mendaki. Takat nie..dua gunung aje lah yang dah aku daki. Gunung angsi ( naik dari ulu bendul, nogori 9 ) ..dan gunung irau yg kat cameron highland.



Gunung Irau

Biler la aku nak panjat gunung lagi eh. Maybe aku leh join team OGKL dulu kot untuk aktifkan balik xtiviti panjat gunung nie kot.

Wednesday, November 12, 2008

Melayu : Puisi Dari Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
USMAN AWANG

sumber : http://iyco0.tripod.com/usmanawang.html

Monday, November 10, 2008

Kuasa Jepun

Dunia pernah tempuhi apa yang dipanggil perang Dunia pertama & kedua.

Dalam banyak2x negara yang menyertai perang dunia tersebut, aku paling kagumi terhadap negara Jepun.Kerana apa? Kerana diwaktu itu, mereka berupaya untuk menyediakan kekuatan militari yang lahir dari sebelah Asia.Sehingga berupaya untuk menjajah negara lain termasuklah malaysia.

Dalam kepala aku, tertanya-tanya...orang apakah mereka? Agama apakah yang mereka anuti.Apakah yang berada di dalam kepala mereka menyebabkan mereka berani muncul sebagai kuasa militari yang canggih diwaktu itu setanding dengan US, Britain, Jerman dan negara-negara yang berada di sebelah barat.

Dan hatiku tertanya2x. Ada sesiapa sudi memberikan komen?

Rumah paling lapang

Antara banyak2x rumah kampung kat ulu yam, yang membuatkan aku lapang apabila memandang ke rumah tersebut adalah seperti rumah dibawah.

Kerana ape? Kerana halaman rumahnya sentiasa bersih. Daun tak bersepah2x...Lapang aje...best betul...


Pokok Kelapa

Korang nampak tak ape perbezaan pokok kelapa kat bawah dengan pokok kelapa yang lain2x?

Nampak ke..tak nampak????





Memang tak nampak ape2x perbezaan pun....ha3x...

Hidupkan Api




Cara hidupkan api.

1. Kumpulkan ranting kering seperti gambar diatas.
2. Letakkan kertas (cth: suratkabar) di celah ranting.
3. Bakarkan kertas tersebut bersama-sama dengan ranting.
3. Selepas ranting tersebut terbakar, letakkan kayu yang agar besar.
4. Walla.....maka terhasilkan unggun api.


Ha3x...ape da aku merepek nie da...

Tain



Rupe2xnye...ada gak nama Tain kat dlm reality. Diabadikan dengan meletakkan nama jalan bagi mengenang jasa Tain tue.... Tengok aje gambor kat atas.

Gambo nie ditangkap kat kampung lekuk, ulu yam selangor

Tuesday, October 28, 2008

Cuti Sekolah

Wah...cuti sekolah dah nak tiba dah. 15hb 11 ek...cuti sekolah start. So...ramai la family yang pergi bercuti bawak anak mereka berjalan. Ramai lah yang buat kenduri kawin. Yang nak bersunat pun ada...Wah...macam2x event yang akan berlaku.

Aku pun nak bercuti lah.Kemana kite nak pegi nie..Anak dah ada 2 orang...tapi kecik je le....Haziq...kite nak kemana nie...cakap kat ayah.

Raya di Umur 29 tahun

Raya tahun nie...aku asyik lepak rumah aje. Layan astro dan main game. Ntah lah...kenape la aktiviti aku jadi cam tue. Maybe...aku nak lepak rumah puas2x. Dan..maybe ...ramai member2x aku yang dah "takder". Maksud takde ialah...masing2x dah berfamily...so..ramailah yang tak balik rumah parents masing2x sebab..gi beraya dulu kat rumah bapak/mak mertua.
Lagi satu faktor..maybe tok / opah dah meninggal....so..takde la kampung halam dalam erti kata sebenar.


Yang aku jumpe member tahun nie...lepas sembahyang raya.....haram aku tak jumpe member. Lepas sembahyang jumaat plak aku jumpe Aimi Khusairi dan Faisal ( anak cikgu jawahir ).
Lepas tue..member kamcing aku datang rumah....tue pun sebab aku ngajak. Sape lagi kalo tak bukan Tun, Ijad dan firdaus.

Ada gak aku iktiarkan pegi sendiri ke rumah member seperti..rumah Jai. Adik dier plak cakap yang dia kat simpang lawin..lepak kat rumah mak mertua dia.Rumah mior pun sama....malangnye..time tue..dia tak sampai lagi ke rumah parents dier. Rumah Lan pun aku ada pegi....kakak dia cakap yang dia beraya kat sabah.Adus..

Yang aku sempat beraya rumah member...sape lagi kalo tak rumah Ijad."Maybe dier ada vision dier sendiri kot..."

Raya kali nie...aku bawak anak aku..si haziq naik moto....g rumah member2x...kelakar betul time dia pakai helmet. Bleh plak dia tdo atas moto...ngantuk betul dier..

Anyway...Selamat Menyambut Hari Raya kepada semua sedara aku dan kalian semua. All the best in your life... Semoga hari yang mendatang akan sentiasa ceria dan lebih bersinar. Amin..

Nabil ( Raja Lawak Astro )

Dulu..aku ada pegi ke sesi pertemuan DCL. Ada sorang mamat tue..yang jadi MC pada hari tue...sebut "Bak kata nabil...lu pikirlah sendiri".

Then...aku yang jarang tengok astro sebab astro takde kat rumah...berkata dalam hati.." Ape la mamat nie..tak faham aku ape yg dia sebut"

Lepas tue...aku ada le search dalam youtube. Tap tap..tap...aku bleh TERjumpa ngan vclip Nabil. Aku perhatikan la vclip dier yang dalam Raja Lawak Astro tue.. Penyudahnye sekarang....aku dah mule quote perkataan dia....

Contohnye...

"Dengan bakul di lengan..tanpa memikirkan masa depan...Saleha berjalan ke hadapan"

"Darah kami telah bersatu padu. Apa akan terjadi kepada saya selepas ini.."



keh3x...lawak ko memang lawak lah...terutama sekali bile jadi dracula time final.

Tapi..bile masuk melodi...tak kena lah..ko kena host lain lah...baru ko leh keluarkan lawak ko 100%.

Anway...tabik sama lu....sebab...lu pikirlah sendiri...

Happy Deepavali



Actually, ari tue...teman nak wishkan Happy Deepavali kepada rakan/jiran yang teman kenal sepanjang idup nie...tapi...aduii...tak simpan plak no diorang.

So..atas kesempatan dan platform ini teman ingin mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada rakan2x dan jiran2x yang teman kenal. Semoga berbahagia disamping keluarga.

Kepada :

  1. Mr. Lingam ( jiran time aku kecik2x dulu )
  2. Anti banu & keluarga ( jiran aku kat sekolah clifford. Selalu main ngan anak dia...vikey namanye..err..rasanye kot.)

Kawan2x india yang aku kenali kat sekolah menengah clifford. Korang memang best..sebab ajar aku perkataan tamil tuttt.... Wish to turn back time:
  1. Viki - style rambut 'beverly hills 19201'. Letak cermin kat kasut..sentiasa lekat dalam ingatan aku.
  2. Ganesh - 'tusyen sama ngan dia'
  3. Shanmuganathan - 'belajar sampai u sama ngan aku...course pun sama'
  4. Dj dave - 'mak oii..panjangnye dia nie...otak udang"
dan.. lain2x lagi yang aku tak mampu ingat nama dia buat masa ini.Maaf, jika aku tak ingat nama korang.

Time keja plak.

  1. Pavala ( welcome to k-ekonomi )
  2. Malah ( thanks for sharing your story with me )
  3. John kedai atas - er...i thought you're celebrating deepavali.
eh..sikitnye aku kawan ngan indian....bile nak tambah kawan india nie......wish me can make friends with indian girls and boys..

Kerjaya

Aku tak pasti kerjaya apakah yang aku idamkan.

Tapi yang pasti..ciri-cirinya adalah seperti berikut:
  1. Berjumpa dengan orang supaya otak berkembang.
  2. Pergi jalan ke negara orang
  3. Of course...pendapatan ..kalo boleh berjuta-juta sebulan.
  4. Takmo lepak opis aje.

Fikiran

Selama aku hidup 29 tahun ini, aku telah menjalani satu sistem pendidikan yang menekankan kepada sifat logik. Sebagai contoh 1+1 hasilnya mestilah dua. Dan dalam kehidupan ini, aku telah diajar untuk bersistem.

Tapi...betulkah kehidupan itu hanya terdiri dari satu sistem dan bersifat logik? Adakah perlu kita menekankan kepada kehidupan yang tidak logik dalam kehidupan kita. Apa kata kalian semua.

Sifat individu

Tetiba je aku berminat nak belajar pasal manusia. Dalam erti kata lain..tengok air muka..atau kira nama orang tersebut atau haribulan orang tersebut...dah boleh tahu sifat individu tersebut.

Ada sesiapa yang sudi untuk menurunkan ilmu tersebut.

Kaya

Sebenarnye, aku percaya yang aku boleh berjaya dalam apa jua bidang. Kerana apa? Kerana orang lain pun boleh berjaya.

Motivasi sedemikian, menyebabkan aku pun boleh berjaya dalam bidang perniagaan. Kerana apa? Kerana orang lain pun boleh berjaya.

Ada satu je limitasi untuk aku menjalankan perniagaan. Iaitu aku tiada back-up. Sumber kewangan aku hanya pada diriku sahaja. Orang rumah aku tak bekerja. Arghh...kalo ikutkan pikir semua itu, ape pun tak jadi.

Ada pandangan?

Ayat-Ayat Cinta

Hari jumaat baru-baru ini aku melayan cerita Ayat-Ayat Cinta



Perghh....best siot citernye...Pada aku ceritanya bagus...Sebuah filem yang lari dari filem cinta yang aku lihat. Padat dengan islamic yang halus. Ayatnya...lunak....BEst...dan Best.....Nak tengok lagi...tapi belilah ori...

Apa ada dengan kereta

Lately, aku disembang ngan adik ipar aku yang keja mekanik dan yang sorang lagi sepupu aku yang keja kat kedai servis keta mewah.

Ding dong ding dong..diorang sembang pasal keta. Yang aku nie berkerut2x la pale dengar ntah hape2x jenis model keta yang diorang sembang.

Yang sepupu aku..aku tanya kat dia..yang diorang pakai keta porshe mahal2x tue..diorang tue keja ape eh? Soalan itu gak..aku tanya kan kepada adik ipar aku tue...



Time aku sembang ngan adik ipar aku tue...dia belek la majalah keta..nak tunjukkan aku porshe cayenne yang sememangnye aku blur ayam sebab tak penah tengok keta tue..Tetiba dia terpandangkan harga keta tue dalam majalah yang dibeleknye.

Pergh... harganye RM 1, 180,000 lebih. Perrhhhh....giler ah...Sekali lagi kepala aku memikirkan..apakah kerjanye pemilik kenderaan itu yang mampu membeli harga sebuah kereta yang bernilai sejuta lebih itu.

Adakah aku pun boleh menjadi sedemikian. Bolehkan..