Kerana ape?
- Kerana kita hidup dalam sebuah masyarakat yang terdiri dari pelbagai agama dan bangsa
- Kerana apa jua yang sistem yg memutuskan sesuatu...akan memberi kesan kepada anak cucu cicit kita.
Bercakap tentang politik, sudah tentulah yang membawa kemajuan komuniti negara kita adalah UMNO. kerana apa? Setidak2xnya perjuangan mereka telah membebaskan pegangan sumber negara kita dari penjajah yang menyedut hasil dari negara kita. Dan itulah yang kita kenali..iaitu merdeka. Tidak lupa juga kepada individu yang memperjuangkan nasib orang melayu sebelum tertubuhnya UMNO.Perjuangan mereka amat saya hargai.Terima kasih. Tiada perjuagan mereka, tidak dapatlah saya menaip blog pada tahun 2008 ini.
Menyentuh UMNO, sememangnya perjuangan mereka adalah kepada orang Melayu. Dan sebagai orang melayu, sudah tentulah saya menyokong UMNO. dan sebagai sebuah pertubuhan yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara itulah pertubuhan yang kita patut kekalkan dan sentiasa releven sepanjang manusia berada di negara kita.
Kemelut yang berlaku sekarang adalah disebabkan orang yang menganggotai UMNO. dari peringkat pucuk pimpinan, sehinggalah ke peringkat balaci. Tiada kena mengena dengan pertubuhan itu sendiri kerana perlembagaan UMNO itu sendiri iaitu Fasal 3 jelas menyatakan asas dan tujuannya
Ahli yang mengangotai UMNO itu sendiri menyebabkan hilang kepercayaan antara satu sama lain dan seterusnya memberi kesan kepada seluruh bangsa melayu dan warganegara Malaysia amnya. Cantas mencantas, politik wang, kroni, siapa berkuasa kita sokong, duit adalah keutamaan adalah sedikit contoh yang mewarnai ahli dalam persatuan tersebut.
Diharapkan agar dari atas ke bawah cubalah fahami perlembagaan UMNO itu sendiri. Sematkan di dalam hati masing2x... Kelak...anak aku, anak korang..jadi hamba di bumi sendiri. Fikir2xkan lah.
2 comments:
hmmmmm... agree that point of view... tp tu ler... majoriti byk yg suke mnongkah arusssss... tu sbb jd cengginih... caner nak bsatu-padu... kalo Melayu sendrik dah bpecah-belahhh... huhuhu...
learn by mistakesssssssszzzzzz...
peaceee
sebab pulus...hu3x..
Post a Comment