Thursday, July 9, 2009

Tolong Dengan Ikhlas.



Orang dalam kesusahan..elok kita bantu...

Mengikut empunya moto berplat diatas...telah mengalami kesusahan..dimana rantai moto dia telah putus. Setelah meminta bantuan kepada teman..i'm happy to help him dengan menghulurkan RM 60 seperti yang diminta.

Atas alasan..."ah cong" yang selalu meronda tepi highway akan merepair moto dia dengan bayaran RM 60...dan empunya moto tue takde $ untuk dihulurkan kepada "ah cong" tersebut..maka bantuan kewangan diminta kepada teman.

Mengikut empunya moto tersebut....dia akan kembalikan $ yang dipinjamkan dari teman kepada dia...adalah esok/petang selepas dia berjaya mengepow dari abang dia ..yg ntah duk mana2x..

Setelah nombor hphone diperolehi dan no akaun teman telah sms kepada dia..maka teman pun tolong dengan seikhlas mungkin...

Masalah disini..dari hari ke hari..empunya moto tersebut tidak jugak roger gua.Setelah teman semak baki akaun..masih juga tiada angka2x yang menunjukkan empunya moto itu tidak transfer atau bank in lagi...maka hati teman sudah panas..

Dah beberapa kali teman call dan SMS empunya moto tersebut....tapi..tiada jawapan diterima....

Maka...dengan hati yang bengkek...teman ambil keputusan untuk melaporkan kepada polis atas tuduhan MENIPU. Teman bukanlah ambil kisah dengan huluran RM 60 tersebut...tetapi..yang teman kisahkan ...berkemungkinan besar..modus operandi empunya moto itu menggunakan taktik sebegitu rupa untuk meraih $ dengan cara sedemikian.. menyebabkan ramai orang kat luar sana....turut terpedaya dengan helah dan taktik sebegitu rupa.

2 comments:

norman said...

ada hikmah di sebaliknya tu, jadikan la pengajaran, sentiasa ingat-mengingatkan antara yang tua dan muda.

yang penting no plat dia kita dapat! kehkehkeh, entah-entah tu motor curi?report pun tak guna!ye ke? ni semua 'penyangak' mana ada hasil!!! kehkehhe

Aidy Shahiezad said...

erm... slalu sgt da org buat modus operandi cmnie...