Wednesday, September 15, 2010

Antara London dan Melbourne

Epik yang akan diceritakan adalah input yang diterima dari individu yang berbeza. Pengalaman di london diceritakan oleh pakcik member gua yang telah menjadi polis disana.
Pengalaman di Melbourne plak diceritakan oleh pakcik dan makcik gua yang melawat anak dia yang kerja kat sana.

Epik ini bukanlah tidak untuk menunjukkan yang gua tidak bersyukur tinggal dibumi Malaysia... tetapi lebih memfokuskan bagaimana sesebuah negara/teritory itu boleh memberikan kehidupan yang best ever kepada rakyatnya atau sesebuah komuniti tersebut. Supaya kita kat Malaysia nie pun menjalani kehidupan yang terbaek dari semua negara di dunia. Salah ke kite adopt gaya kehidupan dari orang laen?

Ok... kite teruskan epik ini...

Berdasarkan input yang diterima oleh pakcik member gua yang telah menjadi polis kat London itu... orang kat london adalah amat amat mengambil berat kepada jirannya... lebih caring dari orang kita kat Malaysia.

Dan ..gua amat pelik kerana orang seperti dia telah menjadi polis kat sana dan telah menerima pencen. Lepas pencen tinggal kat Melaka..dan menerima pencen bulan2x. giler heaven.....cuba bayangkan Bangla jadi polis kat Malaysia. bleh terima tak?

Beralih kita pula alkisahnya di Melbourne..
Makcik gua cakap yang tahap keselamatan kat sana tinggi. Tinggal aje rumah tak berkunci... takde hal punye.. Housing resident kat sana tidak didirikan pagar melainkan pokok2x renek memagari rumah kat sana. Pintu plak takde grill...

Waktu bekerja pulak amat pendek iaitu 8pagi - 3 petang. Selepas jam 3 petang..sape2x yang dok kerja disuruh balik la pulak. Berbeza bukan culture bekerja kat Malaysia. Selagi boleh buat kerja ...selagi tue perah.

Untuk membeli rumah, rakyatnya diberi subsidi sedikit untuk membeli rumah. Aku tak ingat berapa nilai subsidi.. Ada sapa2x tau?

Berkenaan pendidikan, kerajaan kat sana memberi subsidi kepada anak2x untuk pendidikan mereka. Tak silap aku..dipanggil elaun ..agaknye lah.

So...itulah secebis kisah / pengelaman dari diorang yang aku paparkan kat sinie. Mungkin antara korang yang lebih arif tentang culture kat dua tempat itu atau kat tempat laen yang lebih heaven. Habaq mai kat chek via email untuk panjang lebar atau kat komen sinie pun takpe.

2 comments:

zara aluwi said...

sebenarnya ramai bekerja diluar negara karena adanya keunggulan komparatif yang lebih baik di negara lain dan environment lebih profesional. Gua masa muda dolu dapat offer kerja kat Lincoln Library,US tapi terpaksa tolak sebab hubby tak bagi. Bodoh kan...

Bentara Guru said...

ha3x.. tepuk dada tanya selera...har3x