Saturday, January 1, 2011

2011

lama juga gua menyepikan diri dari sebarang kata2x di blog nie. last post pun 2 oktober 2010....

buat yang celebrate tahun 2011... selamat menyambut tahun baru.... dengan harapan korang semua sukses selalu....

bila pandang kepada "past tense"... telah setahun gua menjalankan xtiviti perniagaan. Well.. i'm quite hepi for 2010 modus operandi....walaupun bilangan client tak meriah.. tetapi ... i can see my ideas/concept ...mula diterima oleh beberapa client.

dengan memberi fokus kepada web based marketing ( using facebook and blog )... i can read dan takrifkan jenis client2x yang guna service gua..

Ermmm... 2011 dah pun ganjak... 45 minit yang lalu..
well... maybe my business xtivity bleh berkembang dengan lebih mantap....

kalau bleh.. tiap2x minggu ada close deal job..
Mungkin pelbagai bentuk business yang menarik..samada dari kawan2x yang bleh dibikin bersama...

Owhh.. ape2x pun... minta tuhan murahkan rezeki untuk on 2011.. maklumlah right now my rizkika.. is 100% mintak kat "dia" dah.. dah tak mintak kat sape2x dah..

well.. umo pun dah pun menganjak awal 30an... ermm... ada lagi 8 tahun sblm ganjak ke 40an..

USAHA USAHA USAHA.. chaiyok2x...

kepada sape2x yang baca perutusan merepek2x gua nie... terima kasih kerana sudi baca...

semoga tahun ini ...lebih baik dari tahun2x sebelumnya dari pelbagai aspek...

dan ku tinggalkan sepotong ayat... of course dari al-quran.

"Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar"

surah Al-’Asr . ayat 103

p/s : entahlah...kenape la gua gemar btol dengan surah Al-’Asr . ayat 103 nie..

Saturday, October 2, 2010

Science and Islam at HBO astro

(Kaummu wahai Muhammad, bukan sahaja menolak ajaranmu), bahkan orang-orang yang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran;

ayat 19, surah Al-Buruj

Semalam gua lepak2x tengok astro channel HBO yang membentangkan dokumentari Science and Islam. Well dalam tue.. host ( mamat kepala botak ) tunjuk la kehebatan islam dalam memplopori sains.

Dalam rancangan tersebut host ( mamat kepala botak ) cerita la pasal Al-Khawarizmi. Dikatanya yang Al-Khawarizmi menerangkan kepada dunia barat yang beliau telah mencipta angka2x dari nombor 1 sehingga 9 yang lebih mudah untuk dikira berbanding dengan angka2x romawi yang berselirat dan payah.

To be suprise.. host ( mamat kepala botak ) memberitahu sebenarnya angka yang diperkenalkan oleh Al-Khawarizmi itu asalnya dari orang hindu. Untuk menunjukkan simbol2x yang ditiru asal dari orang hindu, maka host ( mamat kepala botak ) tue pun duduk dan demo angka2x yang dikatakan ditiru asal dari orang hindu.

Ler... aku ingatkan betullah angka2x asal dari orang hindu tue ditulis atas kertas.. rupa2xnya angka dari dalam al-quran.


Well... aku pun berfikir. Yang aku dapat simpulkan dengan hubungkait dengan ayat alquran diatas iaitu "bahkan orang-orang yang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran;".... adalah dengan kebenaran yang sahih pun "mereka" mampu untuk pesongkan menjadi cerita lain.

Dan ada pelbagai isu2x yang boleh dikupas hanya dari sekelumit dokumentari ini. Dari aspek propaganda yahudi dan nasrani, dari aspek marketing dan bermacam2x lagi yang korang bleh kupas.

Wednesday, September 15, 2010

Antara London dan Melbourne

Epik yang akan diceritakan adalah input yang diterima dari individu yang berbeza. Pengalaman di london diceritakan oleh pakcik member gua yang telah menjadi polis disana.
Pengalaman di Melbourne plak diceritakan oleh pakcik dan makcik gua yang melawat anak dia yang kerja kat sana.

Epik ini bukanlah tidak untuk menunjukkan yang gua tidak bersyukur tinggal dibumi Malaysia... tetapi lebih memfokuskan bagaimana sesebuah negara/teritory itu boleh memberikan kehidupan yang best ever kepada rakyatnya atau sesebuah komuniti tersebut. Supaya kita kat Malaysia nie pun menjalani kehidupan yang terbaek dari semua negara di dunia. Salah ke kite adopt gaya kehidupan dari orang laen?

Ok... kite teruskan epik ini...

Berdasarkan input yang diterima oleh pakcik member gua yang telah menjadi polis kat London itu... orang kat london adalah amat amat mengambil berat kepada jirannya... lebih caring dari orang kita kat Malaysia.

Dan ..gua amat pelik kerana orang seperti dia telah menjadi polis kat sana dan telah menerima pencen. Lepas pencen tinggal kat Melaka..dan menerima pencen bulan2x. giler heaven.....cuba bayangkan Bangla jadi polis kat Malaysia. bleh terima tak?

Beralih kita pula alkisahnya di Melbourne..
Makcik gua cakap yang tahap keselamatan kat sana tinggi. Tinggal aje rumah tak berkunci... takde hal punye.. Housing resident kat sana tidak didirikan pagar melainkan pokok2x renek memagari rumah kat sana. Pintu plak takde grill...

Waktu bekerja pulak amat pendek iaitu 8pagi - 3 petang. Selepas jam 3 petang..sape2x yang dok kerja disuruh balik la pulak. Berbeza bukan culture bekerja kat Malaysia. Selagi boleh buat kerja ...selagi tue perah.

Untuk membeli rumah, rakyatnya diberi subsidi sedikit untuk membeli rumah. Aku tak ingat berapa nilai subsidi.. Ada sapa2x tau?

Berkenaan pendidikan, kerajaan kat sana memberi subsidi kepada anak2x untuk pendidikan mereka. Tak silap aku..dipanggil elaun ..agaknye lah.

So...itulah secebis kisah / pengelaman dari diorang yang aku paparkan kat sinie. Mungkin antara korang yang lebih arif tentang culture kat dua tempat itu atau kat tempat laen yang lebih heaven. Habaq mai kat chek via email untuk panjang lebar atau kat komen sinie pun takpe.

Tuesday, September 14, 2010

McGyver Malaysia aka Zulkifli Haron



sejauh mana hubungan gua dengan En Zul nie... adalah sekadar kunjungan lawatan kerjasama bersama rakan2x sejabatan di Melaka ke bengkel dia...pada tahun 1993 tak silap.

Well.. sambil2x minum2x dan ngap2x di meja makan...dier demo la produk2x ciptaan dier.. disebabkan gua nie budak sains komputer...maka fokus teman time tue..adalah robot ciptaan dier... huiyoo..... bleh bergerak2x tue.. maksudnya ada programming language dimasukkan dalam robot cinonet dier..hu3x..

nowdays .. gua nampak..utusan malaysia telah memberikan ruangan khas kepada beliau untuk bercerita ttg gaya rekacipta beliau. tahniah buat beliau atas perkembangan positif begitu..

Well... for this artikel..teman takde le nak fokus sangat pasal beliau nie.. teman nak fokus sejauh mana daya reka cipta anak tempatan kite nie bleh pergi lebih jauh dan mampu membina kekayaan negara bangsa kita.

Sampai sekarang ..teman masih blur2x tentang sejauh mana sumbangan kepada knowledge economy negara kita. Adakah sumbangan mereka ini masih di level start-up..? Adakah telah pergi ke peringat antarabangsa?

Ada sape2x tahu?

Bercakap berkenaan kereta tempatan.

Baru2x nie gua tengok video kat bawah



bile dah sembang ngan rakan2x gua yang meniaga kereta dan merepair kereta berkenaan isu AP kereta nie... hati gua ingin berkata2x pasal isu automotif industri kat sinie

bile dah tengok video nie... memang i rasa lawya btol kereta tempatan kite.. takde kualiti.... berkenaan isu AP.. dengan kereta import yang dibawa masuk kat negara kita..menjadikan harga kereta import melambung2x mahalnya..beganda2x plak tue sebab cukai yang ntah hape2x..

just imagine i got wira car..at price 49 K plus .. dengan harga itu ..i bleh dapat kereta import.

Gua bukan lah berkata tidak mahu bersyukur atau tidak support industi automotif negara kita ( dah beli kereta wira pun ..kalo habaq mai tak support tak tahu la gua ).. yang gua tekankan kat sinie.. cubalah bikin kereta yang berkualiti sedikit....

nie tak.. tak sampai 2 tahun....clutch plate keta i dah patah..just imagine how quality it is.

-lu pikir la sendiri-

Picoodle punye pasal

Putf..dah lama gua menyepikan diri dari tulis blog. Bukannye ape... semua gambar2x yang up dalam picoodle.com... hilang di entry2x yg sebelumnya...

terus takde nafsu nak tulis...sebab content lelama dah hilang.. adoiyai...mana server yang bleh letak gambar yg reliable?

Friday, August 7, 2009

Republic Of China.

Nie how..
Shyek shyek..
Toi..toi..

Itulah perkataan yang banyak kali teman ucap sepanjang hari teman lepak kat China bila teman cuba untuk berkomunikasi dengan orang China sana.

Tak pernah plak teman mengimpikan impian untuk stay kat negara Republic Of China.
Well... syukran to god...dengan izin-Nya teman dapat lepak kat sana dan cerap kehidupan orang sana.

Special thanks to Austin ( chinese boy ) for his hospitality while i'm there.Tanpa dia..teman rasa mmg comprem teman akan jadi "orang-orang" kat sana.

Terima kasih gak kat Arlee.. ( lidah kita sebut...Ali ) dengan hadiah yang cukup terharu pada teman iaitu sejadah dan daun teh..untuk dibawa pulang. Walaupun hadiah dia biasa2x je... tapi keikhlasan dia menyentuh pasal tersuratnya pemberian sejadah itu membuatkan aku terharu sangat2x.


Arlee di waktu petang..

Nanti sambung lagi.

Thursday, July 23, 2009

Lembah di Sungai Perak



Saje je teman snap video nie..teman nak rekodkan senario kuala pada tahun 2009 nie..Dulu lain...hari nie..lain skit lanskapnye...comprem..tua2x nanti dah jadi lain lanskapnye...

Ada video..bleh tunjuk kat generasi akan2x datang.

Kedai JPS



OoOO..ini ropernye kedai JPS yang diorang sebut2x tue...

hu3x...mali kalaoke..

Jambatan Nordin

Antara salah satu benda yang teman ingat pasal parit nie adalah pasal Jambatan Nordin.Time kecik....infrastruktur inilah yang paling lekat dalam ingatan. Nowdays..jambatan nie..hanya tinggal yang konkrit kat tepi tebing aje. Whole bridge..dah lebuh dah...

Anway...kenangan menarik pasal jambatan nie..ialah............apabila teman naik keta ke parit....bile naik atas jambatan tue..bunyi bising kedengaran..gedegang gedegung gedegang.. Bunyi itu terhasil dari binaan jambatan tersebut yang diperbuat dari kayu..err...cammane ntah teman nak cite ntah...

Ah..lantak aje lah..



Lokasi : Parit Perak

Bazar Parit

Antara port lama kat Parit..nie le kot.hi3x..

Mari Masuk Zoo Negara.



Mari2x..

Jangan tinggal laptop dalam keta.



Jangan la kome tinggalkan laptop kat area R&R Tapah yea..bahaya...

Sultan Idris & Taman Rekreasi



Sedang teman lepak di satu sudut menikmati suasana pagi di Kuala Kangsor...terdengar pakcik spt gambar dibawah bercerita tentang Sultan Idris . Dengor labunnya...macam dia tahu aje sape Sultan Idris tersebut..asyik2x Sultan Idris.


Tanya jugak teman kepada pakcik gambo kat atas tue ttg ape yang pihak bandaran nak buat kat sayong spt gambo diatas. Labunnye...dema nak buat taman rekreasi kat belah sana. bandaran dapat RM 4 juta sebab dah upgrade jadi bandaran. Tue...yg dema up area sana jadi taman rekreasi.




Moto : Oldies



Mmg betul2x oldies nie...

location: Ipoh

Transformer in Malaysia



Pstt...kat UPM ada sekor dua transformer.

Sunday, July 12, 2009

Bukan Main Marah Akak Tue..



Mmg tengah hangin tue..


Sinopsis video-> akak tue marah kepada bangla yang keja kat kedai tue kerana tak tolong angkat masakan yang akak tue masak yang nak diserve kepada customer kat kedai yang teman tengah makan.

Mmg tinggi suara betoi akak tue.. Teman pun dah rasa tak selesa...

All out betoii...

Mahalnye Capati



1.50 youuu..harganya..

for me...mahal lohhh...

Thursday, July 9, 2009

Tolong Dengan Ikhlas.



Orang dalam kesusahan..elok kita bantu...

Mengikut empunya moto berplat diatas...telah mengalami kesusahan..dimana rantai moto dia telah putus. Setelah meminta bantuan kepada teman..i'm happy to help him dengan menghulurkan RM 60 seperti yang diminta.

Atas alasan..."ah cong" yang selalu meronda tepi highway akan merepair moto dia dengan bayaran RM 60...dan empunya moto tue takde $ untuk dihulurkan kepada "ah cong" tersebut..maka bantuan kewangan diminta kepada teman.

Mengikut empunya moto tersebut....dia akan kembalikan $ yang dipinjamkan dari teman kepada dia...adalah esok/petang selepas dia berjaya mengepow dari abang dia ..yg ntah duk mana2x..

Setelah nombor hphone diperolehi dan no akaun teman telah sms kepada dia..maka teman pun tolong dengan seikhlas mungkin...

Masalah disini..dari hari ke hari..empunya moto tersebut tidak jugak roger gua.Setelah teman semak baki akaun..masih juga tiada angka2x yang menunjukkan empunya moto itu tidak transfer atau bank in lagi...maka hati teman sudah panas..

Dah beberapa kali teman call dan SMS empunya moto tersebut....tapi..tiada jawapan diterima....

Maka...dengan hati yang bengkek...teman ambil keputusan untuk melaporkan kepada polis atas tuduhan MENIPU. Teman bukanlah ambil kisah dengan huluran RM 60 tersebut...tetapi..yang teman kisahkan ...berkemungkinan besar..modus operandi empunya moto itu menggunakan taktik sebegitu rupa untuk meraih $ dengan cara sedemikian.. menyebabkan ramai orang kat luar sana....turut terpedaya dengan helah dan taktik sebegitu rupa.

Mari Buat Master







Antara lecture / pakar yang bleh discuss untuk buat master by course.



Pendaftaran hendaklah dibuat secara online..Ianya akan terbuka untuk pendaftaran mulai bulan Oktober 09.

Haraplah hendaknya..teman dapat sambung buat Master Of Puppets.









Hee...menatang ape tue...



Fees