Sunday, April 27, 2008

Pertanian adalah perniagaan

Kambing Boer

OooO ini rupenye Kambing Boer. Sedikit info dari risda


Memelihara anak kambing Boer berumur 3 bulan sehingga mencapai berat badan 80-130 kg. Kambing Boer tulen berasal daripada European, Angora dan Indian. Ia mempunyai tanduk bergelung dan pelbagai warna serta corak. Berat pejantan Boer adalah 110-135 kg, manakala berat betina di antara 90-100 kg.

Selain daripada itu, ia boleh meningkatkan pengeluaran susu harian sehingga melebihi 200g/hari. Ia boleh dijual bila berumur 6 bulan bagi jantan dan betina 10-12 bulan yang boleh beranak dengan kadar 200% dalam masa 2 tahun sebanyak 3 kali. RISDA mempunyai Pusat Pembakaan dan Pembiakan Kambing Kacukan Boer yang diuruskan oleh Risda Smallholder Plantation Snd. Bhd. (RSPSB) terletak seperti berikut :

1. Pusat Pembakaan dan Pembiakan Kambing Kacukan Boer (Zon Utara)
Tg. Genting, Sintok, Kedah.

2.Pusat Pembakaan dan Pembiakan Kambing Kacukan Boer (Zon Timur)
Kg. Wek, Machang, Kelantan.

3.Pusat Pembakaan dan Pembiakan Kambing Kacukan Boer (Zon Tengah)
Kg. Awah, Temerloh, Pahang.

4.Pusat Pembakaan dan Pembiakan Kambing Kacukan Boer (Zon Selatan)
Kg. Pangkalan Batu, Batu 3, Mersing, Johor. (akan datang)

Quote Dari Forum CariSeorang pengurus cawangan bank di perak telah resigned dan buat business
kambing boer sepenuh masa.

dia cakap, income dia sekarang 3x lebih dari income pengurus cawangan bank.
dia ambil kesempatan yang ada pada nya, iaitu dia ada ladang atau tapak yang
cukup luas untuk ternak boer.


Kerajaan ada bagi insentif / bantuan tak kalau kita nak jadi penternak boer ni?
ada ...contact kementerian asas tani

banyak kemudahan kementerian asa tani
ikut kursus jabatan haiwan ...........wajib
baik ngan pegawai jabata
ada subsidi jantan freee
kandang , pagaar letrik
kursus sembelih

x susah kalau kene pada caranya.. aku baru lps borak ngan pak kipli yg buat projek boer ni dlm 100 ekor.. kene cara, jalan.. masyuk gak weh bisnes nih..



kalau bela kambing biasa, pun ok apa. ada kawan aku (& ahli keluarga dia) baru start beberapa bulan lepas. belum apa-apa, dah ramai orang datang nak jadi pembeli. usaha sebegini perlukan ada orang yang kita percaya sepenuhnya untuk jaga full-time.

local supply masih tak mampu penuhi market demand jadi akan sentiasa ada buyers.


Ada kenalan kat Pontian,....
Musim korban dia jual 300 -400 ekor kambing...
Harga sekor RM450-500....harga dulu
Total jadi berapa income dia................banyak tu
tak campur luar musim korban
tak campur income jual lembu
tak campur jual baja....baja tahi kambing
tak campur income jual kulit lembu....



Kursus penternakan boer

Di Kompleks Pusat Latihan BS3286 Jalan Institusi off Jalan Ayer Hitam, Kajang

Tempoh: 28/04/2007-29/04/2007

Di anjurkan olehusat Pengembangan, Keusahawanan & Pemajuan Profesional,UPM

Tel:03-89468057



kalau low budget start dengan 10-30 ekor pun boleh..ambil campur lah ambil yang f3/f4 dan f1(anak lagie)..leh dapat memurah..yang penting penjantannya..kena baik...kena power!! satu pejantan dah cukup untuk 10-30 ekor induk betina tu..penjantan yang nak kena cari baik punya..hehehe tapi rege kena berkorban lah sikit carik2 lah fullblood..rege rm3000 ke atas sekor...boer kalau ikut kan memang lebih suka jenis lepas...tapi mana lah kita nak cari tanah luas2..so buat lah kandang...kalau dalam kelapa sawit..ok gak tu..daun kelapa sawit salah satu kesukaannya...kandang jangan lupa kena lah buat besar sket..walau kita start kecik..tapi kandang kena besar sket..at least 30 x 60 kaki ker...untuk kapasiti 100 ekor..yang balance tu..bila dah naik kandang dah taruk 10 ekor tu...panjat2lah JPH daerah/negeri....minta bantuan kambing..untung leh dapat 30-50 ekor ke...cantik lah tu...hehehe (tapi dier akan tgk kemampuan kita dulu la)

antara makanan kambing nie ialah rumput napier,rumput guinea,rumput israel,rumput shogum,daun malberi,rumput dwarf dan kelapa sawit...di tambah dengan PKC + nutriblok/garam jilat..air minum.



kalau modal sikit....
..buat trading....
..beli 20 ekor....tungu 2-7 hari..
..ada buyer jualll.
.beli lagi..jual lagi...

Industri Kambing boer ni terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

1. Breeding bermaksud ternak@biak. Untuk pembiakan, kita memerlukan sejenis baka boer yang bagus. Kadar kelahiran kembar untuk baka boer yang baik adalah 180%. Jadi maknanya, kalau baka elok, kembar tu konpom.

2. Fattening - ini dikhususkan untuk penggemukan boer untuk pasaran daging. Boer yang diimport adalah dlm lingkungan umur 6 bulan. Berat sekitar +-20kg. Kemudian, dibagi makan cukup sampai dia gemuk. Jangan tak caya kalau dlm masa 3 - 4 bulan kambing tu naik sampai 40 - 60kg. Pastu buleh hantar untuk sembelih.

3. Trading - bermaksud, masuk kat sini, jual terus. Nak jual kat pasa borong ke, butcher ker, penternak ke, ikut suka. Kos tak tinggi tapi margin untung pun kurenggg

Untuk pengetahuan umum, kambing boer terdiri dari 7 gred yang disebut F1, F2, F3, F4, F5, FullBlood/purebreed dan non-grade.

Boleh ke melihat F1-FB secara mata kasar? Apa tips kalau kita nak beli dan menentukan baka dari breeder?

Grade berdasarkan peratusan darah yang terkandung didalam badan kambing boer tersebut. Paling kurang F1 >30% dan paling tinggi FullBlood >98%. Untuk kambing yang tak cukup % darah dipanggil non-graded. Kira boer cokia la. Jenis ini biasanya digunakan untuk sembelih. Harga memang murah sebab kecik-kecik lagi dah kena jual untuk digemukkan. Harga lingkungan RM100 - RM150. Dicampur dengan kos pengangkutan dll lebih kurang RM350 - RM450. Tengok ladang mana yang jual. Kalau Terraweena di Australia tu mahal sikit tapi kalau chevredor ke apa ke, buleh tahan la harga dia. Kambing boer non-graded ni tak sesuwaii langsung untuk dibuat baka kerana kelahiran anak kembar amat kurang dan anak juga tak baguih dok ada. Ini disebabkan, kambing boer tersebut disasarkan untuk daging je. BAgi dia gemuk elok punya, pastu jual.

Manakala, kambing untuk breeding atau suka saya panggil breeding protocol, memang dikhaskan untuk tujuan pembiakan. Orang tak jual kambing boer jenis ni kat pasar borong. Rugi woo... Ini adalah kerana, berat betina adalah dlm purata 35kg - 50kg sahaja. Kambing untuk ini, tak boleh besar sangat. Kambing jenis fit giler nih. Bayangkan diantara orang yang gempal dgn yang tough. Orang yang berisi nih kadar kesihatan dia tak tinggi sangat berbanding dengan yang jenis fit. (bukan mat fit). Kambing jenis ini akan biasanyanya (kadar 180%) bunting kembar. Kalau ada 100 ekor pada January 2007, maka pada berakhir Disember 2008 akan ada lebih kurang 500 ekor. Kambing bunting untuk tempoh 5 bulan. Pastu sebulan pastu dah boleh mengawan balik. Kira dlm setahun 4 ekor la anak dia. 2 tahun ada 8 ekor. Kalau 100 ekor x 8 = 800 ekor. Tapi tak nak berlagak sangat, kita kata 500 ekor sahaja. Sebab nilah, kambing boer dikenal pasti antara baka kambing yang terbaik. Dari segi ketahanan fizikal juga mental, kambing juga antara top rank. Kalah Jamnaphari woo. Baka pejantan untuk Boer ada yang mencapai 150kg. Dah macam anak lembu dah ni.

Harga untuk sekor-sekor kambing selepas CIF adalah lebih mahal dari jenis slaughter protocol tu (fattening). Kalu en pakatanct kata boleh bagi RM500 sekor. Saya percaya tapi konpom tak beli la dari encik. Sudah semestinya umur dlm lingkungan 6 bulan dan jenis nak kena sembelih. Kami hanya mengimport jenis breeding protocol pastu mix grade dari F1 sampai fullBlood. Boer non-graded kami belum bersedia untuk mengimportnya kerana beberapa sebab yang kami kenal pasti akan memberi masalah kepada kami. Ingin juga diberitahu, untuk baka pejantan FullBlood with pedigree certificate kami bawa masuk sebanyak 5 ekor per cycle dimana kadar pasaran di Malaysia tidak kurang RM2600.00 sekor. Baka pejantan ini bukan jual ikut timbong kati ke kilo ke gantang ke dll. Dia ni dijual mengikut kemachoan, kekuatan fizikal dan batin juga mengikut kualiti anak yang dia bulah bagi. Suka nak kasitau, ada sekor pejantan boer yang dibeli oleh sorang Gabenor di Filipina untuk dijadikan binatang peliharaan (pet) berharga RM75k. Kalau tak caya pegi ler check kat diaorangnya website. Pastu lagi baka FullBlood female pun kita bawak masuk gak dalam sepuluh ekor. Jangan tak caya, untuk FullBlood je harga pasaran untuk 15 ekor tu setelah dicampur-tolak = 33500.00. So Bakinya adalah campuran dari F1 hingga F4. Targetted sales for the remaining grade = 82500.00



Sumber : http://forum4.cari.com.my/viewthread.php?tid=276809&extra=page%3D4

No comments: