Monday, April 28, 2008

Traffic 2 my blog


Quote

CAMANA NAK TARIK ORANG KE BLOG ANDA?



 

Camana nak tarik orang ke blog
korang.Penting ke?Agaknya memang penting,kecuali korang buat dan menulis
blog untuk diri sendiri,catatan paling personal atau untuk eksperimen
sahaja.Kalau korang buat blog bisnes dan menjual barang-barang secara
online,tanpa pengunjung bagaimana pula perniagaan korang mahu laku?

Kalau korang buat blog untuk menulis puisi,anda tentu mahu vpengunjung
datang melihat keindahan puisi anda sambil buat review.

Orang memblog kerana mahukan respons.

Tapi bagaimana jika tiada orang datang ke blog anda?:hmm:

Aku ada tips yang dah ditranslate ke dlm bahasa melayu.....perhatikan samada
korang dah buat semua ni belum untuk menarik jumlah pengunjung ke blog
korang!





1.Kandungan Blog yang berkualiti:

 

    Kandungan blog yang berkualiti
    tidak bermakna anda menulis perkara yang pelik-pelik sampai pengunjung
    sasaran anda tidak faham apa yang ingin anda sampaikan.Ingat,anda sentiasa
    memiliki pengunjung sasaran tersendiri.Katakan anda menulis blog tentang
    Bahasa Inggeris dan Pencemaran Bahasa Inggeris;pengunjung yang bagaimana
    anda ingin sasarkan?Golongan ini mungkin terdiri daripada mereka yang
    fasih ,sederhana dan lemah berbahasa Inggeris.Kandungan blog anda harus
    berjaya menarik ketiga-tiga golongan ini.



    Pengunjung akan berasa hampa jika kandungan blog anda sentiasa sama dan
    sudah biasa dilihat di laman web lain.Mereka akan dtg ke blog anda jika
    mengesan kelainan kandungan di blog anda.Jika benar kandungan anda juga
    copy dan paste dari web lain sekalipun,cara penyampaian anda sedikit
    sebanyak memberikan kelainan yang boleh menarik pengunjung.







2.Menyertai Group,Kumpulan,Forum dan Listing Berkaitan Komuniti Blog

 



    Sentiasa mengambil tempat dlm
    kumpulan-kumpulan seperti ini.Anda boleh jadi pendengar yang duduk di tepi
    rumah.Anda akan lebih mengetahui tentang dunia blogging,kemajuan dan
    perkembangan,teknologi terkini,perubahan pemikiran blogging.



    Dan masuk ke dlm komuniti ini merupakan sesuatu yang tersangat la
    baik.Anda perlukan komen-komen rakan seblog untuk memperbaiki blog
    anda.Mungkin juga anda boleh berkongsi blog anda dengan orang lain dan
    memberi tunjuk ajar kepada orang lain fasal blog anda.







3.Anda memiliki RSS/Atom/XML Feed

 



    Kadang-kadang,anda memang
    perlukan ini.RSS merupakan satu kaedah atau alat untuk memudahkan
    pengunjung blog anda meletakkan blog anda di dalam senarai bacaan
    kegemarannya.Ada sesetengah(yg merupakan bertrillion orang) pelawat dan
    pembaca blog tidak gemar menaip url yang sama berulang-ulang kali.



    Permudahkan pengunjung anda.Sediakan RSS feed supaya anda tidak kehilangan
    pengunjung yang mungin lupa akan kebagusan blog anda.Kalau anda update
    blog sekalipun anda tidak perlu berkejar2 ke sini sana untuk memberitahu
    orang bahawa blog anda telah diupdate.







4.Sentiasa melawat blog orang lain

 



    ...dan bagi komen anda!Jangan
    takut untuk melakukan ini.Anda perlu ada keyakinan sedikit,bukan sekadar
    menerima komen orang.Kadang-kadang anda akan belajar lebih banyak dengan
    cara begini.Dan yang paling menarik,sertakan juga link blog anda di dlm
    komen tersebut.Kalau anda bagi komen di shoutbox biasanya ada ruang untuk
    anda letak link anda sendiri.Ia memudahkan org lain buat backlink bg url
    blog anda...Kdg2 link yang anda letak di shoutbox lagi glemer di google
    berbanding tag lain.Tak caya?Letak komen byk2 beserta link anda di
    shoutbox orang lain..dan taip nama blog anda di google.Top
    List,kebanyakannya datang dari shoutbox orang lain yg anda lawati!



    Dan,komen anda tidak harus bernada bongkak.Orang bongkak akan dapat
    perhatian juga,tapi sekejap saja.Orang akan muak dengan anda.







5.Sertakan alamat blog anda..

 



    di mana-mana sahaja.Jadikan ia
    sebagai signature anda di forum,email,dsb.Cara ini bagus juga.Kalau kena
    promosinya orang akan tertarik datang ke blog anda.







6.Sertai Direktori Blog

 



    Sertai direktori-direktori blog
    kawasan anda seperti

    www.petalingstreet.org
    atau pertandingan blog seperti

    www.malaysiatopblogs.com
      .Ada orang mahu membaca blog tetapi tidak
    tahu dimana harus bermula.Mereka ini akan merayau-rayau mencari blog
    dengan tajuk dan headline paling menarik untuk dibaca.







7.Link ke Blog Orang Lain

 



    Bina satu section dimana
    blog-blog yang anda kumpul dan minati berada di situ.Cara ini berkesan
    juga.Katakan anda buat satu link ke blog saya,dan berkunjung ke blog
    saya,memberi komen-komen positif,dan sertakan juga laman blog anda.Saya
    mungkin akan datang ke blog anda dan berkata  'wah,ada link aku disitu!'.

    Mereka mungkin akan link anda kembali,mungkin tidak.Jika mereka buat link
    ke blog anda,itu sudah cukup bagus.Jika tidak,jangan merayu.Nampak sangat
    anda desperate.Anda bukan desperado.Desperado tidak memblog.Anda ialah
    blogger.Orang datang ke blog anda untuk baca apa entri yang terbaru,bukan
    sebab anda mendesak mereka.



    Dan cukuplah mengumpul link yang anda tidak pernah pergi pun ke sana!List
    anda mungkin cantik dan menampakkan keaktifan anda,tapi mmg useless.







8.Selalu Update.

 



    Tiada apa yang lebih memusykilkan
    pengunjung blog jika melihat entri yang sama berada di bahagian atas
    setiap kali berkunjung ke blog anda.Pengunjung tegar akan datang setiap
    hari.Pengunjung regular akan datang sekali sekala.Pengunjung yang curious
    akan datang sekejap-sekejap mencuri idea blog anda.Biarkan mereka.Tapi
    jika tidak update mmg janggal juga.



    Anda update blog anda---anda akan ada banyak kemungkinan mengepost entri
    yang bernas,atau mengubah layout blog.Pengunjung akan lebih seronok datang
    ke blog anda untuk membaca,mengomen,takpart dan jugak untuk mencuri idea
    dekorasi blog.Ini sudah bagus,hehe.







9.Sabar

 



    Tidak mungkin blog anda akan
    glamour dalam masa 4 hari.Sesetengah blog mengambil masa yang berbeza
    untuk jadi glamour seperti yang anda lihat sekarang,semua dengan
    usaha-usaha yang tak terlampau banyaknya (atau usaha yang sedikit tapi
    cerdik!).Jika anda memblog untuk seminggu dan sedih sebab tiada orang
    datang ke blog anda,itu normal.Teruskan mempromosi blog anda dan update
    kandungan blog anda,selalu.







10.Tolong Adakan Tempat Untuk Visitors Komen!

 



    Ada banyak jenis manusia yang
    melawat blog anda.Ada diantara mereka cukup suka bagi komen terhadap
    certain post yang mereka rasakan bagus,teruk,memualkan,bosan dan
    kadang-kadang komen yang tidak berasas.Biarkan.Orang akan kembali hanya
    untuk mengkomen.Jadi,bina satu tempat komen atau enable kan tempat komen
    di blog anda.Kalau anda takut orang akan cantas dan kutuk anda,guna sistem
    commenting macam haloscan,anda boleh delete komen yang tak best itu.Dan
    jangan lupa sistem verification juga penting..kalau tak lagi senang
    spammer nak musnahkan kotak komen anda...........Dan,sila balas komen
    anda.Jadikan comment boX anda sebagai tempat berborak.







10.Berinteraksi dengan pengunjung!

 



    Shoutbox anda adalah satu objek
    yang mana anda boleh berinteraksi dengan pengunjung.Ada lagi cara lain.Ada
    orang datang ke blog anda hanya untuk membaca pada asalnyaa...tapi tetiba
    hasrat mereka terpesong setelah melihat satu kotak kecik di hujung blog
    anda atau di tengah2 posting anda.Apakah itu?Itulah benda-benda yang sonok
    dan menyonokkan macam kuiz,trivia,poll dan sebagainya..apa-apalah yang
    boleh buat orang take part...Mustahil orang tak akan tertarik dengan
    objek2 ni kalau ia dipersembahkan dengan baik dan berkesan.Dan selalu buat
    kuiz yang segar bugar untuk buat kuiz anda...soalan-soalan macam 'Adakah
    anda benci dadah?' adalah tak best..senang citer..




 



Quote

Rss feed ni tool untuk tunjukkan content
website/blog..tapi basicnya dier tak tunjukkan semua.Kalau sesuatu side ada
rss atau xml feed,

dan u ada rss reader...say u langgan rss feed ni (free)...

u bukak rss reader u pada pagi2 esok hari,then tengok ada update untuk blog tu.

update tu akan ditunjukkan dlm bentuk tajuk content,sinopsis sikit...



yg menariknya u boleh pilih nak tengok entri yg menarik sahaja.

kalau u takde byk masa nak pi melawat semua blog...dan suka bloghoping tengok
latest entry,better to have this.Rss reader u boleh catch feed untuk semua rss
automatically ikut u punyer preferred setting.



kebanyakan blogging software akan sediakan button rss untuk pengunjung u
subscribe blog tu.


sumber : http://forum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=212861&extra=page%3D12

1 comment:

Anonymous said...

Salam,
Bagi saya utk menarik pengunjung ke blog saya, saya menggunakan PHSTrafficExchange. Saya telah dapat bnyk pelawat dari situ. Daftarla, percuma saja.