Baru sahaja membuat knowledge sharing ( tidak formal ) dengan 4 orang sahabat. Teman lontarkan tajuk Rukun Iman di http://theministryofmind.blogspot.com/2009/04/rukun-iman.html
Tujuannya nak mereka berfikir dan terus berfikir.Bukan untuk tunjukkan siapa yang bagus..
Antara yang menarik untuk teman kongsikan adalah antara ikut dan berfikir. Tapi apakah maksud ikut & fikir.
Nie adalah definasi teman yg bersifat peribadi & logik.
Ikut = orang suruh buat A, kita pun buat A
Fikir = orang suruh buat A, kita analisa dan rancang untuk buat A.
( Apesal la teman cite macam ini.. boring betul)
Antara sumber rujukan yang paling power dan sahih adalah untuk membahaskan isu ini adalah dari sumber Al-Quran itu sendiri...
Tapi...kenapa perlu manusia itu berfikir??? Nak buat ape pikir penat2x..duk diam2x udah lah...Orang cakap A..ko buat A lah.. Ngada2x betul..
Well the answer is in the Al-Quran. Korang skodeng la ayat Ayat Ar-R'ad ( lihat contoh tafsiran kat sinie : http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/13.html )
"Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir."
"Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa, dan baunya) Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya."
Ada jugak plak ayat dlm al-Quran suruh manusia berfikir. Ingatkan takde ( jahilnya aku.. )
Ada jugak ayat dari Al-Quran yang sipi2x katakan ...korang jangan pikir lebih2x..nanti terpesong akidah..Ada ke? Kalo ada..korang comment yea...habaq kat chek..
Kesimpulannya...salah ka individu2x yang mahu berfikir...berfikir?? Ke..disebabkan terlebih pikir sesuatu perkara itu akan merosakkan individu dan manusia..??
Apa2x pun..terima kasih kerana nabil sebab dier jadi juara lawak astro ada tagline yg tersendiri "Lu Pikirlah Sendiri"
5 comments:
masa kecik2 mak suruh buat kita buat kan, tp akan sampai satu masa kita akan bebas dari itu semua, mak ayah akan suruh kita buat itu dan ini dan pada masa tersebut kita dah boleh berfikir and maybe benda tue betul kita akan buat, tp kalo kita x setuju kita x buat kan. . . .
mari kita berfikir...
Huh...persoalan yang menarik...
Iman ialah membenarkan dengan hati, mengaku dengan pengucapan dan ditasdiqkan (direalisasikan/dibenarkan) dengan perbuatan.
Kalau ada artis yang kata...
"Walaupun saya seksi, ini tak bermakna iman saya lemah"
Maka ini adalah pembohongan kerana iman ialah pengakuan, ucapan dan perbuatan kita.
Allah Taala menyuruh manusia menggunakan akal (dan naluri) yang dikurniakan - yang lebih berharga daripada otak itu sendiri. Binatang juga ada otak tetapi tidak ada akal sebaliknya mereka bertindak mengikut naluri.
Namun dalam beberapa perkara, akal tidak boleh mengatasi petunjuk wahyu, sebab itulah akal tidak boleh menanggapi perkara-perkara ghaib seperti makhluk halus, kehidupan selepas kematian dll.
Naluri manusia sentiasa berkehendakkan kepada kebenaran dan al-Quran serta Sunnah telah melorongkan kita kepada kebenaran itu.
Akal yang sejahtera akan membenarkan segala macam yang tercatat di dalam al-Quran dan as-Sunnah tanpa sebarang pertikaian dan dolak dalih.
Tetapi bagi perkara yang terletak di luar konteks perbincangan al-Quran yang memerlukan manusia berijtihad (menggunakan kemampuan ilmu dan akal untuk membuat keputusan yang selari dengan dalil-dalil syarak), maka manusia mesti menggunakan akal yang dikurniakan, bukannya sekadar mengikut semberono atau membabi buta tanpa memikirkan kesannya terhadap masa depan sendiri.
Antara Rukun Iman dan Rukun Islam, kedua-duanya sama penting - tapi yang kita perlu pelajari terlebih dahulu ialah rukun Iman supaya kepercayaan yang terbina di dalam diri bukanlah kepercayaan yang bersumberkan tanggapan atau andaian sendiri yang mungkin salah.
Keislaman seseorang tidak cukup hanya melalui amalan ritual seperti solat, puasa, zakat dan haji sedangkan jiwa hamba itu kosong daripada iman yang lengkap.
Tetapi ini tidak bermakna manusia perlu duduk berzikir setiap masa untuk menggapai iman itu. Iman manusia akan bertambah dan berkurang. Jika ia melakukan maksiat, iman akan berkurangan dan sebaliknya.
Pelajaran iman perlu dilakukan selalu agar kita sentiasa 'refresh' balik iman kita supaya amalan yang dilakukan benar-benar sahih.
Jadi gunakan akal yang dikurniakan untuk merenung ke dalam diri masing-masing.
Tetapi yang menjadi masalah sekarang ialah golongan cerdik pandai agama tidak suka dengan golongan yang kritikal dengan pandangan dan lontaran persoalan yang dikemukakan. Golongan-golongan 'Pejabat Agama' ni lebih suka kita semua duduk dalam kepompong beramal ibadat tanpa banyak soal.
Agama tidak menghalang kita berfikir. Sebab itulah jika datang kepada kita dalil-dalil merapu daripada hadis atau interpretasi merepek (yang menggunakan al-Quran/Sunnah utk menguatkan hujah), jangan segan silu untuk mempersoalkannya kembali.
Contohnya, dalam masjid, pak siak suka halau budak-budak kecik ke saf belakang dengan alasan dalam kulup budak lelaki tu ada najis, tak boleh sembahyang satu saf dengan orang dewasa, nanti akan putuskan saf. Masalahnya pak siak tu tak pikir ke dalam perut dia pun ada taik? Taik pun najis jugak!
Bila kita bidas macam tu, pak siak akan kata budak kecik suka buat bising. Tapi bila kita kata: "Kalau budak-budak ni duduk dlm satu saf kat belakang ni sesama diorang, lagi naik hantu la budak-budak ni buat bising!"
Pastu akan keluar pulak arahan, jangan bawak anak ke dalam masjid. Pastu bila kita datang bawak beberapa hadis Nabi SAW yang melarang kita menghalau orang keluar daripada masjid, hadis Ibn Abbas yang sembahyang satu saf dgn Saidina Hussain yang masih lagi kanak-kanak etc, pak siak dan pak imam terus membidas: kamu orang muda, tak tahu apa-apa!
Dan itulah isunya! Golongan yang mengaku tahu mengenai agama sebenarnya kosong otak mereka kerana mereka tidak mahu orang lain menggunakan akal bahkan memaksakan cara berfikir mereka itu ke dalam otak orang lain!
Bak kata Nabil: Lu pikir la sendiri!
itulah yang berlaku kepada individu yang meyakini iman jenis itu...memaksa orang lain berfikir dengan apa yang mereka fikir. Sepatutnya ada kebebasan berfikir dan akhirnya ...jumpa jugak jawapan itu yang satu...pusing2x ..mesti jumpa jawapan yg sama
hai...
Post a Comment