Monday, April 6, 2009

Rukun Iman

Ada sesuatu yang teman hendak perkatakan pagi ini.

Kalo korang tanya budak tadika...mesti diorang bleh jawab apa itu rukun iman. Buat yang agak2x blur.... kat bawah nie lah rukun iman dlm bentuk text roman.

  1. Percaya Kepada Allah
  2. Percaya kepada malaikat
  3. Percaya kepada Kitab-kitabnya
  4. Percaya kepada nabi dan rasul
  5. Percaya kepada Hari Kiamat
  6. Percaya Kepada Qahda dan Qadar
Antara banyak2x rukun dlm dunia nie yang mana paling teratas dulu. Rukun iman dulu ke...atau rukun islam?

Kalo korang tanya teman lah...dah comprem lah rukun iman. Sebab ..percaya dahulu baru diikuti dengan tindakan ( aka ..rukun islam )

Masalah dengan komuniti Malaysia ini, ramai yang menekankan dulu tentang sembahyang lima waktu lah, bacaan tak betullah dll lain2x yang korang pikirlah sendiri...Teman tak salahkan diorang. Manusia sentiasa mengutamakan yang itu disebabkan manusia mudah memberikan komen dan pendapat berdasarkan apa yang dilihat dengan mata dan disertai dengan perbuatan.

Tapi....berapa ramai yang berani mempersoalkan tentang kepercayaan ( rukun iman ).Kerana apa? Kerana benda tue tak nampak....

Oleh yang sedemikian, janganlah kita asyik mempersoalkan tentang islamnya orang lain. Tanya pada diri sendiri. Mulai pada diri sendiri.... Pada yang rasa lompong2x tue...teman cadangkan pada diri teman ( kalo yg laen2x tue nak baca bagos ayat nie ..buatlah ) kaji diri sendiri..tingkatkan prestasi diri berpaksikan kepada kebenaran al-quran dan hadis.

Bak kata Nabil..lu fikirlah sendiri.

No comments: