Wednesday, April 1, 2009

Knowledge Sharing : Perpaduan Tonggak Kecemerlangan Negara

Mendengar majlis ilmu yang disampaikan oleh Y.Bhg Mejar Jeneral Dato' Jamil Khir Bin Hj Baharom ttg Perpaduan Tonggak Kecemerlangan Negara membuat teman ketawa memanjang.

Dari awal hingga akhir ..mmg senyum ketawa tak lekang.



Anway.. antara pengetahuan yang disampaikan adalah kurang perpaduan di somalia. Menurut beliau, orang somalia telah berperang lama. 99% adalah beragama islam syafie.Diorang ada 18-19 clan. Walaupun agama sama..tapi telah banyak mengorbankan nyawa disebabkan tiada perpaduan.

Antara lain...kalau orang kita mmg betul2x solat 5 waktu... dengan solat fardu tersebut...orang kita akan bersatu padu. Bukan setakat malaysia shj.. tapi satu dunia yang beragama islam akan bersatu padu. So..conclusionnya..kalo tak bersatu padu tue..maknanya ...yang wajib 5 waktu tue takde ar..ehem.......

Dlm bab sembahyang pun kite bergaduh. Yang hukum sunat plak dipersoalkan. Bergaduh bab sembahyang trawaikh. Ada yang kata 18 ..ada kata 10 ... padahal ibadah itue adalah sunat hukumnya. Buat apa nak bergaduh pasal itu. Tumpukan ( consolidate ) yang wajib...

Err..ape lagi yea...adeh..buku catitan teman tak bawak la ke opis..tertinggal kat rumah.

Anyway..sedikit info pasal beliau.

Nama masuk kubur : Jamil Khir Bin Baharom
Nama hiasan : Y.Bhg Mejar Jeneral Dato'Jamil Khir Bin Hj. Baharom
Jawatan : Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera, Jab. Arah KAGAT, Kementerian Pertahanan Malaysia.

Pendidikan : Sarjana Muda Syariah, Akademi Islam, UM 1986
Melanjutkan pelajaran ke peringkat MA di US dlm bidang Islamic Studies ( Pengurusan Ekonomi Islam ) - 2000
PHD di UKM

Pekerjaan : Menjawat jawatan di jabatan Arah KAGAT ( Pegawai staf 3- Pegawai staf 1 Perkhidmatan )
Dinaikkan ke Pangkat Kolonel - 1 hb April 2002 * menjawat jawatan yg sama
Timbalan Pengarah Pengurusan - Jabatan Arah KAGAT -2004
Brigedier Jeneral dan Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera - 6 Oktober 05
Mejar Jenral - 16 Jan 08

Pengalaman Berkhidmat
Panji2x PBB di Somalia selaku Pegawai Staf 2 Latih dalam Kontinjen Malaysia - tahun 1994
Hadir kursus di luar negara- School of Islamic and Social Sciences ( SISS ) Virgina US.

No comments: