Tuesday, April 7, 2009

Orang Yang Menghina Institusi Raja Atau Agama Islam Hendaklah Di Kenakan Hukuman Berat

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Sekurang2xnya ..manusia yang beragama islam akan mengucapkan ayat seperti diatas 5 kali sehari. dlm sebulan dapat 600 kali. So..maknanya bagi yang memahami ayat diatas...sewajarnya hati kita akan jadi lembut kerana ucapannya yang agak kerap selari ngan zat-Nya yang MAHA pemurah dan MAHA penyayang.

Tapi..bila teman usha kat dlm laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia http://www.islam.gov.my/portal/ bila kita lihat area kajian dari individu (yang teman percaya orang kita jugak ) telah vote tentang perkara ini iaitu 76% setuju agar orang yang menghina raja dan agama islam dikenakan hukuman berat.

Dalam hati teman...eh??? benarkah itu sepatutnya berlaku.adakah dalam islam mendidik supaya sentiasa pemurah dan penyayang. Adakah hukuman patut dilaksanakan?? Mana nilai islam yang selalu bermain2x di lidah kita?

Ianya tidak selari dengan ucapan yang kita ucapkan hari2x. Teman tidak setuju dengan perkara ini. Kalau individu yang menghina raja dan agama islam, maka pendekatan yang berhemah dan bijaksana perlu dipupuk kepada individu tersebut.

Sebagai orang yang berpandukan al-Quran dan hadis, maka pengetahuan yang secukup2xnya wajar diterapkan kepada individu tersebut. Kalau kita menangani isu ini dengan mengenakan hukuman berat..maka soalannya..apakah bezanya kita dengan mereka yang menyekutukan tuhan.

Teman percaya..jika pengetahuan disupplykan kepada individu yang menghina raja dan agama disampaikan dengan cara yang berhemah dan kena dengan strategi penyampaiannya...maka teman percaya ..cemuhan ini akan berkurangan . Dan pujian terhadap Allah dan rasul akan sentiasa meniti di bibir mereka.

No comments: