Wednesday, March 11, 2009

ISO VS Learning Organisation

Mungkin ramai yang masih tergaru2x kepala apabila teman sebut berkenaan 'learning organization', k-ekonomi, k-management dll terma yang langsung tak wujud dalam pale otak. Kalo teman sebut pasal karipap, pasti ramai antara kita terbayangkan bentuk karipap tersebut.

teman baru je baca pasal learning organization kupasan dari En. Nik Zafri bin Abdul Majid di http://www.geocities.com/nikzafri/lo.html

Menurut beliau bagi organisasi yang berusaha utk dapatkan yg terbaik, kita menceduk / implementasi sistem pengurusan. Sebagai contoh adalah organisasi tempat teman bekerja iaitu implement ISO 9001:2008.


Menurut beliau lagi:

Quote
Apabila program-program sistem-sistem pengurusan yang
diceduk ini dijalankan, banyak organisasi akhirnya mendapati ianya gagal
meningkatkan kemahiran pekerjanya, sikap mereka dan budaya kerja organisasi itu sendiri. Ini disebabkan sistem-sistem yang dipilih tidak selaras dengan perjalanan organisasi itu sendiri. Apa yang jelas, sistem-sistem seperti TQM, BPR dan ISO adalah lebih kepada memberikan panduan dan bukannya penyelesaian disebabkan penumpuan yang terlalu kuat kepada pengurusan proses yang hanya sesuai untuk situasi yang tertentu. Banyak organisasi yang gagal mencapai apa yang dikehendaki kerana kesilapan dalam mengaplikasikan sistem. Walaupun diakui sistem-sistem pengurusan yang dipilih adalah bertaraf dunia, namun ianya perlu dijuruskan kepada mewujudkan identiti budaya kerja sendiri sesebuah organisasi dan ianya perlu ditingkatkan mengikut pengalaman
masing-masing.

Persoalan
Kalo macam tue.."tak kena" le sistem pengurusan yang teman incharge kat organisasi teman....Nama organisasi teman pun k-ekonomi, mesti la berteraskan k-ekonomi dalam memberikan perkhidmatan. Dah tentu la kena ikut template dari learning growth seperti apa yang dikatakan oleh en nik tue..

Apa kata rakan2x yang lain

No comments: