Ini adalah kali ke-2 teman mahu mengupas isu Bahasa Melayu. Rupa2xnya dah ada perarakan membantah isu penggunaan bahasa Melayu. Dan, tidak kusangka Sasterawan Negara Datuk A Samad Said pun turut 'turun padang' dalam membantah isu tersebut bersama-sama pejuang bahasa melayu yang lain.
Sedang teman berjalan2x dari satu blog ke satu blog, mata teman ternampak pendapat dua individu di blog ini http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/02/fatwa-datuk-samad-said-halal-menentang.html seperti gambar di bawah.
Cukup2x lah tue..janganlah kita menambah benda2x yang boleh menyukarkan generasi yang datang. Teruskan dengan penggunaan bahasa kita. Anyway, keperihatinan mereka dalam memartabatkan bahasa Melayu amat teman kagumi.
Sapa lagi kalau kita tak perjuangkan bahasa kita, kalau bukan kita yang berbangsa Melayu
2 comments:
Salam MOM,
Maaf banyak sangat akak menempel di blog kamu ni. Tapi memang akak suka menyibuk.
Ya berkenaan Bahasa Melayu:
Aku pasti jiwa pemimpin besar UMNO kita tahu akan slogan “maju bangsa majulah bahasa”, “maju negara majulah bahasa”, “negara maju bahasa pun maju” tapi tiada suara dari mereka yang berusaha untuk menegakkan slogan-slogan berkenaan.
Mereka terlalu membanggakan teori-teori yang rata-rata penyokongnya orang-orang dia dan sanggup pejam mata. Inikah caranya untuk memparkasakan bahasa sendiri? Di saat masyarakat semakin mengerti tentang kepentingan sesuatu ilmu itu, haruslah dibangunkan dalam acuan sendiri; bahasa sendiri — yang sarat nilai, nyata identiti, dan penuh pengaryaan — kita sebaliknya terus bebal dengan fikiran singkat yang sampai kini pun masih tak kenal jatidiri.
Salam MOM,
Maaf banyak sangat akak menempel di blog kamu ni. Tapi memang akak suka menyibuk.<- it's ok. Buah fikiran yang sarat dengan pengetahuan amat digalak2x kan.
tue lah..orang melayu kita juga yang bebal tue..
Post a Comment