Saturday, March 21, 2009

Malaysia VS India ( kemerdekaan )

Input Pemikiran
Baru je lepas tengok rancangan history channel pasal Mathama Ghandi ( India ).

Kupasan
Setelah menonton rancangan tersebut didapati pola sejarah yg berlaku pada sekitar negara Malaysia dan sekitar negara India agak serupa terutama apabila menuntut kemerdekaan.Antara pola yang hampir sama iaitu:

Penjajah
Kedua-dua negara ( Malaysia & India ) menuntut kemerdekaan terhadap negara yang sama iaitu British.

Hero Setempat
Lahir hero2x setempat yg berjuang / berkorban menuntut kebebasan negarabangsa.

Perpecahan Geografi
Setelah menuntut kemerdekaan, negara india baru itu berpecah dua dengan Pakistan dijadikan negara laen. Begitu juga dengan Malaysia yang berpecah dengan indonesia dan paling hampeh, Singapura pun bleh terlepas.

Pejuang kemerdekaan
Mathama Ghandi dan Tunku Abdul Rahman secara asasnya perjuangan mereka sama iaitu menuntut kemerdekaan disebabkan turun naik ke London.

Perbezaan
Of course, geografi antara Malaysia dan India jauh bezanya. Populasi nya pun jauh bezanya. Kalo dalam video yg dihidangkan pada teman tue, banyak tumpahan darah berlaku dari rakyat India.

Agaknya
Mungkin banyak negara yang menuntut kemerdekaan terhadap negara British, maka Tunku Abdul Rahman pun tak teragak2x nak claim benda sama agar dapat territory sendiri yang dinamakan Malaysia.

Lahir kesyukuran
Bersyukur, rakyat negara ini merdeka dengan tidak memerlukan pengorbanan yang tinggi. Boleh dikatakan banyak berlaku di meja rundingan.

Cabaran
Malaysia harus berdaya saing bagi kekal Merdeka dengan erti kata sebenar. Rakyatnya harus maju terutama sekali dari aspek intelektual. Kalo bodo, nanti org laen senang gula2xkan kita. Bersatu padu...part nie lah yang teman rasa susah nak capai. Sedangkan kat opis teman pun teman rasa perkataan nie payoh nak capai disebabkan perbezaan pemikiran. Generasi teman nie kena sediakan satu "bekalan" bagi generasi akan datang melompat lebih tinggi dari generasi negara bangsa yang laen.

No comments: