Monday, February 16, 2009

Bahasa Inggeris???

Ce korang usha betul2x gambo kat atas.

Table kat atas adalah merupakan senarai negara maju yang korang boleh usha kat http://en.wikipedia.org/wiki/Developed_country. Pandai2x lah korang usha dalam page tersebut.

Teman mmg tak puas hati langsung dengan langkah kerajaan kita tentang menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran dalam sains & matematik dalam sistem pendidikan negara kita dengan alasan mahu mejadikan sumber manusia kompetan dan berdaya saing di peringkat antarabangsa. Seterusnya mahu menjadikan Malaysia sebagai negara maju kelak pada 2020.

Cuba korang semak table kat atas. ambil aje top 10 negara maju yang teman dah highlight.Hanya 1 buah negara sahaja yang negaranya mengamalkan bahasa inggeris iaitu Australia. Canada pun hanya mengamalkan English 50% sahaja.

Kesimpulan
Adakah dengan mengamalkan Bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan negara kita mampu menjadikan negara kita maju??

Negara lain yang bukan mengamalkan Bahasa Inggeris boleh aje maju. Apa kata kita kekalkan bahasa Melayu sesuai dengan martabatnya sebagai bahasa rasmi negara kita. Mesti maju giler2x..

6 comments:

ZARA said...

kalau ikut pendapat orang-orang tua macam den ni, elok sangat ler buat macam zaman-zaman den sekolah dulu. Ada sekolah penghantar Melayu dan ada sekolah penghantar Inggeris. Den masuk ke sekolah penghantar Inggeris. Boleh ler cakap omputih dg mana-mana mat salleh. Tapi ramai gak bebudak sekolah Melayu yg berabuk skeeping London.
Tapi cara yg sekarang ni, den pun tak setuju. Kalau betul-betul mahukan pelajar pandai bahasa Inggeris buat saja cara lama. Biar ibu bapa buat pilihan hendak ke sekolah mana dihantar anak-anak mereka. Inggeris? atau Melayu?

Minister Of Mind said...

betoi kate mike tue..

Aidy Shahiezad said...

sbenornya, pengamalan bahasa apa skalipun sbg bahasa pengantara tak penting.. yg penting kefahaman kita dalam menguasai sesuatu bidang tue sendiri...

Minister Of Mind said...

Aidy Shahiezad>sbenornya, pengamalan bahasa apa skalipun sbg bahasa pengantara tak penting.. yg penting kefahaman kita dalam menguasai sesuatu bidang tue sendiri...

ate beno kata kamu tue..

BaTiK_PiNk said...

saya x sokong PPSMI ini....

Minister Of Mind said...

BaTiK_PiNk>saya x sokong PPSMI ini....

he3x..ingatkan mike sokong..