Friday, March 6, 2009

Siri Bercakap dengan Jin : Spirit2x of the coin

Teman tak pasti berapa ramai orang dah main game 'mistik/magic' nie. Tapi..diwaktu kecik2x dulu..teman penah main game ini.

Bagi yang tak tahu game 'Spirit2x off the coin' nie...meh teman habaq. Sekeping kertas ( kertas lukisan sbg contoh ) akan digunakan. Kertas tersebut akan dilakar abjad A sehingga Z dan 0 sehingga 10 akan dilakar juga di tepi kertas. Ditengah2x kertas akan ditulis 'start' dan 'end'

Tujuan abjad dan angka ini dilakar atas kertas untuk 'hantu' membentuk jawapan apabila kita tanya soalan.

Sekeping syiling akan digunakan. Kalo dapat syiling yang antik tue lagi cantek...lagi lama syiling tue lagi power 'kemistikannya'.

Syiling tue akan diletakkan di atas perkataan 'start' tadi. Permainan dimulakan dengan somebody dalam group nak main tue sebut...' Spirit-spirit of the coin, come to this coin ..and tell me the answer'.

Jangan lupa, semua geng tadi akan meletakkan hujung jari masing2x atas syiling tue.

Lepas tue..mana2x geng dlm group akan tanya la macam2x. Sebagai contoh mudah... teman sendiri tanya kepada syiling tue...'who are you'. Soalan ditanya kerana nak tahu nama hantu/spirit yang dah serap dlm syiling tue....

Selepas ditanya, maka....syiling yang kita sentuh..akan bergerak dari satu abjad ke satu abjad bagi membentuk nama 'spirit/hantu' tue...

Dan mengikut pengalaman teman sendiri...sememangnya syiling yang kita sentuh akan bergerak dengan sendiri sebab masing2x tak ngaku menggerakkan syiling tersebut bagi membentuk perkataan nama 'spirit/hantu' tersebut.

'Giler' bukan...????

4 comments:

Anonymous said...

'Spirit-spirit of the coin, come to this coin.. and tell me the answer' - Kak pernah buat ngan kenkawan masa zaman sekolah dulu. Jgn main ia betul jadik. Kami buat kat bilik kosong sebelah church(Kak sekolah Convent dulu), duit tu bergerak. Peringkat awal kami berenam sentuh duit tu, lima minit kemudian duit tu jalan sendiri. Yg membuatkan kami terkejut gilerr bila sister Emerly datang dg bercekak pinggang. Apa lagi cha alif but ler kami semua.

hrmk said...

ho3x..ada jugak org yg penah main..

Yg membuatkan kami terkejut gilerr bila sister Emerly datang dg bercekak pinggang. Apa lagi cha alif but ler kami semua. <- ingatkan mambang yg datang..roper2xnya orang yg datang..ha3x

Shamimi said...

Dulu ms pergi PLKN kt Miri, Sarawak...
Ada jgk pengalaman tgk org main permainan nie...
Agak seram jgk ar...
Mn xnya mlm tu kn kacau spirit pggl nama member...
Tp gua x main ar, tgk jew...
Hihi...

hrmk said...

ho3x..seram kan..