Wednesday, September 15, 2010

Antara London dan Melbourne

Epik yang akan diceritakan adalah input yang diterima dari individu yang berbeza. Pengalaman di london diceritakan oleh pakcik member gua yang telah menjadi polis disana.
Pengalaman di Melbourne plak diceritakan oleh pakcik dan makcik gua yang melawat anak dia yang kerja kat sana.

Epik ini bukanlah tidak untuk menunjukkan yang gua tidak bersyukur tinggal dibumi Malaysia... tetapi lebih memfokuskan bagaimana sesebuah negara/teritory itu boleh memberikan kehidupan yang best ever kepada rakyatnya atau sesebuah komuniti tersebut. Supaya kita kat Malaysia nie pun menjalani kehidupan yang terbaek dari semua negara di dunia. Salah ke kite adopt gaya kehidupan dari orang laen?

Ok... kite teruskan epik ini...

Berdasarkan input yang diterima oleh pakcik member gua yang telah menjadi polis kat London itu... orang kat london adalah amat amat mengambil berat kepada jirannya... lebih caring dari orang kita kat Malaysia.

Dan ..gua amat pelik kerana orang seperti dia telah menjadi polis kat sana dan telah menerima pencen. Lepas pencen tinggal kat Melaka..dan menerima pencen bulan2x. giler heaven.....cuba bayangkan Bangla jadi polis kat Malaysia. bleh terima tak?

Beralih kita pula alkisahnya di Melbourne..
Makcik gua cakap yang tahap keselamatan kat sana tinggi. Tinggal aje rumah tak berkunci... takde hal punye.. Housing resident kat sana tidak didirikan pagar melainkan pokok2x renek memagari rumah kat sana. Pintu plak takde grill...

Waktu bekerja pulak amat pendek iaitu 8pagi - 3 petang. Selepas jam 3 petang..sape2x yang dok kerja disuruh balik la pulak. Berbeza bukan culture bekerja kat Malaysia. Selagi boleh buat kerja ...selagi tue perah.

Untuk membeli rumah, rakyatnya diberi subsidi sedikit untuk membeli rumah. Aku tak ingat berapa nilai subsidi.. Ada sapa2x tau?

Berkenaan pendidikan, kerajaan kat sana memberi subsidi kepada anak2x untuk pendidikan mereka. Tak silap aku..dipanggil elaun ..agaknye lah.

So...itulah secebis kisah / pengelaman dari diorang yang aku paparkan kat sinie. Mungkin antara korang yang lebih arif tentang culture kat dua tempat itu atau kat tempat laen yang lebih heaven. Habaq mai kat chek via email untuk panjang lebar atau kat komen sinie pun takpe.

Tuesday, September 14, 2010

McGyver Malaysia aka Zulkifli Haron



sejauh mana hubungan gua dengan En Zul nie... adalah sekadar kunjungan lawatan kerjasama bersama rakan2x sejabatan di Melaka ke bengkel dia...pada tahun 1993 tak silap.

Well.. sambil2x minum2x dan ngap2x di meja makan...dier demo la produk2x ciptaan dier.. disebabkan gua nie budak sains komputer...maka fokus teman time tue..adalah robot ciptaan dier... huiyoo..... bleh bergerak2x tue.. maksudnya ada programming language dimasukkan dalam robot cinonet dier..hu3x..

nowdays .. gua nampak..utusan malaysia telah memberikan ruangan khas kepada beliau untuk bercerita ttg gaya rekacipta beliau. tahniah buat beliau atas perkembangan positif begitu..

Well... for this artikel..teman takde le nak fokus sangat pasal beliau nie.. teman nak fokus sejauh mana daya reka cipta anak tempatan kite nie bleh pergi lebih jauh dan mampu membina kekayaan negara bangsa kita.

Sampai sekarang ..teman masih blur2x tentang sejauh mana sumbangan kepada knowledge economy negara kita. Adakah sumbangan mereka ini masih di level start-up..? Adakah telah pergi ke peringat antarabangsa?

Ada sape2x tahu?

Bercakap berkenaan kereta tempatan.

Baru2x nie gua tengok video kat bawah



bile dah sembang ngan rakan2x gua yang meniaga kereta dan merepair kereta berkenaan isu AP kereta nie... hati gua ingin berkata2x pasal isu automotif industri kat sinie

bile dah tengok video nie... memang i rasa lawya btol kereta tempatan kite.. takde kualiti.... berkenaan isu AP.. dengan kereta import yang dibawa masuk kat negara kita..menjadikan harga kereta import melambung2x mahalnya..beganda2x plak tue sebab cukai yang ntah hape2x..

just imagine i got wira car..at price 49 K plus .. dengan harga itu ..i bleh dapat kereta import.

Gua bukan lah berkata tidak mahu bersyukur atau tidak support industi automotif negara kita ( dah beli kereta wira pun ..kalo habaq mai tak support tak tahu la gua ).. yang gua tekankan kat sinie.. cubalah bikin kereta yang berkualiti sedikit....

nie tak.. tak sampai 2 tahun....clutch plate keta i dah patah..just imagine how quality it is.

-lu pikir la sendiri-

Picoodle punye pasal

Putf..dah lama gua menyepikan diri dari tulis blog. Bukannye ape... semua gambar2x yang up dalam picoodle.com... hilang di entry2x yg sebelumnya...

terus takde nafsu nak tulis...sebab content lelama dah hilang.. adoiyai...mana server yang bleh letak gambar yg reliable?