Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Wednesday, September 15, 2010

Antara London dan Melbourne

Epik yang akan diceritakan adalah input yang diterima dari individu yang berbeza. Pengalaman di london diceritakan oleh pakcik member gua yang telah menjadi polis disana.
Pengalaman di Melbourne plak diceritakan oleh pakcik dan makcik gua yang melawat anak dia yang kerja kat sana.

Epik ini bukanlah tidak untuk menunjukkan yang gua tidak bersyukur tinggal dibumi Malaysia... tetapi lebih memfokuskan bagaimana sesebuah negara/teritory itu boleh memberikan kehidupan yang best ever kepada rakyatnya atau sesebuah komuniti tersebut. Supaya kita kat Malaysia nie pun menjalani kehidupan yang terbaek dari semua negara di dunia. Salah ke kite adopt gaya kehidupan dari orang laen?

Ok... kite teruskan epik ini...

Berdasarkan input yang diterima oleh pakcik member gua yang telah menjadi polis kat London itu... orang kat london adalah amat amat mengambil berat kepada jirannya... lebih caring dari orang kita kat Malaysia.

Dan ..gua amat pelik kerana orang seperti dia telah menjadi polis kat sana dan telah menerima pencen. Lepas pencen tinggal kat Melaka..dan menerima pencen bulan2x. giler heaven.....cuba bayangkan Bangla jadi polis kat Malaysia. bleh terima tak?

Beralih kita pula alkisahnya di Melbourne..
Makcik gua cakap yang tahap keselamatan kat sana tinggi. Tinggal aje rumah tak berkunci... takde hal punye.. Housing resident kat sana tidak didirikan pagar melainkan pokok2x renek memagari rumah kat sana. Pintu plak takde grill...

Waktu bekerja pulak amat pendek iaitu 8pagi - 3 petang. Selepas jam 3 petang..sape2x yang dok kerja disuruh balik la pulak. Berbeza bukan culture bekerja kat Malaysia. Selagi boleh buat kerja ...selagi tue perah.

Untuk membeli rumah, rakyatnya diberi subsidi sedikit untuk membeli rumah. Aku tak ingat berapa nilai subsidi.. Ada sapa2x tau?

Berkenaan pendidikan, kerajaan kat sana memberi subsidi kepada anak2x untuk pendidikan mereka. Tak silap aku..dipanggil elaun ..agaknye lah.

So...itulah secebis kisah / pengelaman dari diorang yang aku paparkan kat sinie. Mungkin antara korang yang lebih arif tentang culture kat dua tempat itu atau kat tempat laen yang lebih heaven. Habaq mai kat chek via email untuk panjang lebar atau kat komen sinie pun takpe.

Tuesday, September 14, 2010

McGyver Malaysia aka Zulkifli Haron



sejauh mana hubungan gua dengan En Zul nie... adalah sekadar kunjungan lawatan kerjasama bersama rakan2x sejabatan di Melaka ke bengkel dia...pada tahun 1993 tak silap.

Well.. sambil2x minum2x dan ngap2x di meja makan...dier demo la produk2x ciptaan dier.. disebabkan gua nie budak sains komputer...maka fokus teman time tue..adalah robot ciptaan dier... huiyoo..... bleh bergerak2x tue.. maksudnya ada programming language dimasukkan dalam robot cinonet dier..hu3x..

nowdays .. gua nampak..utusan malaysia telah memberikan ruangan khas kepada beliau untuk bercerita ttg gaya rekacipta beliau. tahniah buat beliau atas perkembangan positif begitu..

Well... for this artikel..teman takde le nak fokus sangat pasal beliau nie.. teman nak fokus sejauh mana daya reka cipta anak tempatan kite nie bleh pergi lebih jauh dan mampu membina kekayaan negara bangsa kita.

Sampai sekarang ..teman masih blur2x tentang sejauh mana sumbangan kepada knowledge economy negara kita. Adakah sumbangan mereka ini masih di level start-up..? Adakah telah pergi ke peringat antarabangsa?

Ada sape2x tahu?

Bercakap berkenaan kereta tempatan.

Baru2x nie gua tengok video kat bawah



bile dah sembang ngan rakan2x gua yang meniaga kereta dan merepair kereta berkenaan isu AP kereta nie... hati gua ingin berkata2x pasal isu automotif industri kat sinie

bile dah tengok video nie... memang i rasa lawya btol kereta tempatan kite.. takde kualiti.... berkenaan isu AP.. dengan kereta import yang dibawa masuk kat negara kita..menjadikan harga kereta import melambung2x mahalnya..beganda2x plak tue sebab cukai yang ntah hape2x..

just imagine i got wira car..at price 49 K plus .. dengan harga itu ..i bleh dapat kereta import.

Gua bukan lah berkata tidak mahu bersyukur atau tidak support industi automotif negara kita ( dah beli kereta wira pun ..kalo habaq mai tak support tak tahu la gua ).. yang gua tekankan kat sinie.. cubalah bikin kereta yang berkualiti sedikit....

nie tak.. tak sampai 2 tahun....clutch plate keta i dah patah..just imagine how quality it is.

-lu pikir la sendiri-

Thursday, July 9, 2009

Tak Faham Kot.



Mungkin disebabkan majmuk sangat masyarakat kat situ, maka diorang tak faham apa yang ditulis kat sign board tue kot..

Salah pembuang pun yea...

Rajin2x lah "korang" turun padang.....

Pangkah ya dong



Lokasi : Jalan Klang Lama, KUALA LUMPUR..

begitulah hebatnya....masyarakat majmuk kat negara kita...hua3x..

Komuter : Papan Tanda



Kalau yea pun...service komuter nak dijaga..... "korang" kasi la maintain board nie... sadis siak..

Friday, May 22, 2009

Wang VS Pengetahuan

Nak pendapat korang.... kalau antara $$ dengan pengetahuan mana KEUTAMAAN DULU. Tidak mahu dengar dua2x sama penting sebab... kalau dalam kiraan angka.. nombor 2 kemudian dari nombor 1. So..gitulah dalam hal ini

Hari itu borak2x dengan seorang rakan.

Keutamaan dia dalam kehidupan dalam meneruskan kelangsungan hidup ialah $$$ dulu berbanding pengetahuan.... $$$ is priority? Betulkah?

Wednesday, May 20, 2009

Pembangunan Infrastruktur VS Pembangunan Sumber Manusia ( Modal Insan )

Pembangunan infrastruktur nie ibarat kita bina rumah.. Ambik simen..ambik batu bata.. susun elok2x..jadilah rumah.

Pembangunan Sumber Manusia ( Modal Insan ) plak adalah bina pengetahuan individu. Makin pandai orang itu..makin baguslah orang dalam rumah itu.

Jadi..nak tanyalah pada korang semua.. mana patut ditumpukan dulu... pembangunan sumber manusia kepada rakyat ke... atau pembangunan infrastruktur kepada rakyat?

Pengguna Internet di Malaysia


Sumber : Komunikasi & Multimedia Fakta & Angka Terpilih Q4 2008

Nampaknya orang stay kat KL mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi. Mana taknya..sebanyak 53.9% subscribe for broadband sedut pengetahuan melalui internet.

Yang paling cokia sekali..adei.. orang yang stay kat Kelantan..adeh..

Kalo kite usha kemajuan orang malaysia yang akses broadband menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan iaitu 21.1% (tahun 2008) berbanding 15.2% pada tahun sebelumnya.
So..21.1% dari keseluruhan populasi kat Malaysia nie guna internet.

Kesimpulan

  1. Kalo usha dari peningkatan antara 2 tahun tue..teman rasa..nak capai atas 50%...teman rasa..pada tahun 2013 baru capai kot.
  2. Masih banyak lagi ruang kepada sape2x nak promote barang/perkhidmatan dalam talian kerana bilangan pengguna internet menunjukkan peratus kenaikan yang baik.
  3. er..korang tambah lah lagi..teman tak bleh nak pikir..

Wednesday, May 6, 2009

Larut Malam Minggu Di Jalan P.Ramlee







Sejenak ku menyusuri 'hot spot area' di Jalan Pramlee, KL jam 1 pagi.Ramai orang berpesta bergumbira di malam minggu.

Tetiba mataku terpandangkan individu2x seperti gambar diatas disepanjang kaki lima. Kalau dilihatkan gaya sepintas lalu...mereka ini boleh dikatakan sebagai pengemis.

Bila diperhatikan lama2x..ternyata...kedudukan mereka jauh lebih hebat dari kita. Mereka berniaga. Asalkan ada idea..ada usaha... cacat bukan jadi batu penghalang.

Sedikit sentuhan kreativiti...ternyata merekalah usahawan yang sebenar.. Kita..bagaimana pula??

Thursday, April 16, 2009

Tempat Lapang

Lokasi : Dataran di Jalan Tunku Abdul Rahman

Teman tak pasti tempat luas nie..selalunya digunakan untuk apa... Dalam kepala teman nie..dah terbayangkan malam aje..budak2x shuffler dok joget kat tempat lapang nie..

Untuk ape eh..tempat luas nie?

Semangat Nasionalisme


Lokasi : Sogo KL

Adakah semangat nasionalime rakyat negara kita sejibik macam poster diatas.Semakin hari semakin lusuh.Begitukah?

http://theministryofmind.blogspot.com/2009/02/5000-karpal-singh.html

Friday, April 10, 2009

Datuk Ahmad Husni Hanadzlah : Menteri Kewangan II


Tahniah juga diucapkan kepada Datuk Ahmad Husni Hanadzlah kerana menjawat sebagai Menteri Kewangan II. Secara peribadi, orang ini amat dekat dengan teman sendiri.

Beliau dianggap sebagai Mr. Clean kerana sifatnya yang telus dan ikhlas dalam menjalankan tugas. Kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak ini dalam melantik anggota kabinet dalam pentadbirannya tidak wajar dipertikaikan oleh mana-mana pihak memandangkan tokoh2x yang telah teman lihat seperti Datuk Jamil Khir Baharom dan Datuk Ahmad Husni Hanadzlah adalah merupakan tokoh2x yang amat disenangi dan dihormati oleh saya secara peribadi.

Dan tidak keterlaluan dikatakan bahawa inilah barisan kepimpinan yang diperlukan oleh rakyat Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Saturday, April 4, 2009

Industri Muzik Tanahair

Teman..sebenarnya memandang serius terhadap industri muzik tanahair kita.

Kalo korang perasan ...banner teman kali nie temanya adalah "Merancang menguasai dunia".

Pernahkan korang terfikir bahawa dengan muzik sahaja...dunia ini boleh kita takluki.... (dan teman masih serius apabila sedang key-in ayat2x ini).

Kalau teman ada peluang berbincga ngan adlin aman ramli, maybe banyak idea atau benda yang akan dilontarkan dan dipandang serius...

Hasrat teman bagi industri muzik tanahair ini adalah mahu orang German gembira dan riang apabila mendengar muzik yang dinyanyikan atau diperdengarkan kat sana. Teman nak orang eskimo berjoget zapin di kutub utara.... Teman nak orang kat pulau Iwo Jima menggoyangkan kepala apabila muzik diperdengarkan kat sana...SOKMO selalu....

Adakah senario perenggan diatas boleh dilakukan. Jawapannya tentu boleh..dan Malaysia boleh. Kenapa tidak boleh? Habaq kat chek....

Muzik.....satu area yang semua orang suka...semua orang gemar..dan manusia perlukan muzik bagi menjalani kehidupan seharian.

Dan cara untuk conquer the world adalah melalui muzik ( dan teman masih lagi serius dlm keyin part ini ).

Kalau kita menjadikan kayu ukuran untuk ukur perkembangan muzik tanahair ini dengan mengambil output dari Akademi Fantasia sebagai contoh.... boleh saja.

Kita mahu Vince ..dari akademia fantasia 1 ..sehinggalah Stacy dari akademi fantasia 6...terus mara menerebos suara mereka ke negara2x yang tak pernah kita fikirkan dalam kepala..kita mahu suara Zahid (Akademi Fantasia 2 ) ....menerebos ke kepulauan hawaii sebagai contoh....

Soalan yang mungkin korang persoalkan adalah bagaimana?????

Kalo teman..mudah sahaja....

Kapasiti pengetahuan dalam industri muzik harus dipertingkatkan semaksima mungkin.R&D dalam penemuan penggayaan baru harus diperbanyakkan. Sumbangan IPTA/S dalam isu ini harus dicurahkan dalam "tong pengetahuan". Kerajaan harus menyediakan kapasiti ini. ( korang mungkin blur....dlm hati "apekebenda la mamat nie merepek.." )

Pengurusan pengetahuan dalam menguruskan pengetahuan dlm industri muzik haruslah diambil serius oleh orang kita. Kita mahu orang yang kreatif dan inovasi lead this area... Orang yang nawaitu nya ..nak pakai kereta besar haruslah ditolak tepi dulu... Kerana cita2x kita besar...iaitu mahu menakluki dunia.....

Pengurusan pengetahuan haruslah dibina berlapis2x..dan meliputi semua aspek..dari aspek pemasaran...aspek pemakanan...aspek fesyen...aspek kreativiti melodi, aspek seni tampak..dan lain2x lagi....

Dan ia perlu menyeluruh dan PADUUU.......

Kita mahu apa yang telah dibina oleh orang dulu2x .. ..seperti P.Ramle..sudirman..... dll lagi dipertingkatkan.

Ianya akan menjadi mudah jika nawaitu kita sama...dan PADUUU...

Pikir di luar kotak....... dan pasti boleh.....

Sekian, terima kasih....

Friday, April 3, 2009

Ekonomi: Malaysia & Dunia


Ramai orang yang beranggapan bahawa dalam aliran ekonomi , akan ada turun naiknya.Kalau ikutkan rekod, dlm tempoh 10 tahun pasti ekonomi akan jatuh ....

Dlm malaysia nie...96-97 telah jatuh. 2008-2009 pun tengah jatuh....

Teman takpasti orang kat luar sana tue... especially yg pakar ekonomi nie...adakah diorang beranggapan bahawa trend ekonomi macam ini menguntungkan? atau dah mmg sifat dier mcm tue....

Masalah di Malaysia ini adalah kalau kita beranggapan ekonomi dunia dah comprem ada keluk naik dan turun, maka tempiasnya akan kena kat kita.

  1. Adakah kita sengal kerana membiarkan perkara ini berlaku?
  2. Tiadakah mekanisma yang terbaik bagi mengelakkan susut nilai ekonomi kita?
Sebagai negara berdaulat...sudah tentunya..negara kita bebas. Kalo dlm konteks ekonomi...bebas dari kekacauan/ribut taupan ekonomi orang lain.

Dah macam lembu dicucuk tali la plak...ekonomi negara US jatuh...ekonomi kita pun jatuh. Eh? macam sengal je.....

Ekonomi diorang naik....kita pun turut naik...eh? Merdeka ape ropernye kalo dah gayanya macam itu?

Adakah kerana orang kita yg pakar ekonomi dari segi bilangannya tidak cukup menyebabkan tindakan diorang tak bleh nak cover trend turun naik ekonomi.

Adakah orang kita masih lemau lagi dalam aspek pengurusan kewangan sehingga ekonomi domestik dlm negara masih macam cipan sehingga senario begini mudah berlaku.

Adakah pemikiran orang kita tidak cukup otai untuk memikirkan kaedah baru bagi mengekang cengkaman ekonomi negara kita?

Ce habaq kat teman.....macammana tue....??

Orang Kita : Sekadar Memerhati

15/18

Hasil dari kajian yang dijalankan terhadap 18 individu berbeza latarbelakang dan kerjaya secara rambang, pihak kementerian minda mendapati 'orang kita' terutamanya generasi muda lebih gemar memerhati atau mungkin gemar sekadar membaca terhadap perkara2x yang dipaparkan kat internet ( medium blog sebagai contoh ).

Ini membuktikan bahawa orang kita lebih gemar menyerap maklumat dari memberikan dan berkongsi maklumat kepada orang laen yang tidak dikenali.

Antara kesimpulan2x yang boleh diandaikan disini adalah:

  1. Tidak suka berkongsi pengetahuan / pengalaman.
  2. Tahap kapasiti pengetahuan yang rendah.
  3. Kurang daya fikir dan kreativiti
  4. individu bersifat end user.
  5. Pemalu & segan
  6. Jumud untuk mencuba perkara2x/kaedah2x baru
  7. dll lagi yang korang tambah la sendiri...

Antara agakan yang berlaku selepas korang baca artikel ini adalah korang masih absorb dlm otak masing2x, memikirkan dan.........tiada luahan berlaku dalam bentuk perkataan diterjemahkan di blog ini.

Wednesday, April 1, 2009

Teman ingatkan ramai yang buat pengeluaran daripada buat simpanan dalam akaun maybank. Rupa2xnya terbalik plak. Orang yang nak simpan lagi ramai dari buat pengeluaran. Er..nak no akaun teman ke..? hi3x..

Kisah seorang ahli perniagaan/usahawan

Sebenarnya, teman kagum dengan ketabahan member teman sorang ni. Dalam meneruskan kelangsungan hidup macam2x dia buat. Dari buat biz sehinggalah bawak bas transnasional.

Tapi..ada sedikit funny ngan mamat nie.. Apa aje yang dia buat..asyik kena kencing je ( kena tipoo ).Iyalah..dah nama kehidupan ..macam2x dugaan berlaku. Tapi..takkan lah asyik kena kencing aje. Anyway, kegagalan itu mengajar erti kemajuan.

Last sekali job dier adalah bawak teksi eksekutif. Itu pun kena kencing... Pengerusi koperasi yang dia percayai telah kencing dier. Percaya punya pasal lah..dia jobless sekarang. Orang atas punya deal, dia plak yang kaput di tengah jalan.

Nasib baik org rumah dia keja. Kalo tak...menganga ajelah kat rumah..

Teman percaya, ramai juga yang mengalami pengalaman yang sama macam mamat nie. Kisah yang teman taipkan kat blog ini bukalah bertujuan hendak memalukan dia, just untuk bagi pengetahuan agar sama-sama dapat memperbaiki diri sendiri.

Nasib baik teman buat unit trust. So, teman bagi la pengetahuan yang sewajarnya kat dia. At least teman kasi "something" yang dia boleh berpaut. Kalo teman dok hadap opis aje.. jumpa dier ngabiskan boreh le....

At least..

Malaysian : Not Creative Enough?

Unjuran dari artikel sebelum ini : http://theministryofmind.blogspot.com/2009/04/inovasi-kreativiti.html

Teman rasa .. ramai antara kita yang kreatif. Masalahnya, berapa ramai yang kreatif. Angka itu tidak dapat diketengahkan kerana takda sapa2x yang nak ukur memandangkan isu ini adalah remeh untuk dibincangkan. Buat abeh karan aja...

Angka orang pandai selepas result peperiksaan SPM diumumkan ada lah.. Ukuran kreatif ke tue..??

Sapa yang kreatif eh? Kalo ikutkan individu yang terlintas dlm pikiran Zul yang cipta barang2x spt pengacau dodol tue antara contoh orang yang kreatif giler babeng.

Kenapa la teman ulas isu cam nie eh? Kalo peratusan individu yang kreatif ini dapat dipertingkatkan ..katakan 60% dlm populasi rakyat Malaysia...teman rasa... Malaysia will superb. Semua produk / cetusan idea orang kita akan berlambak di negara orang laen. Dah tentu..orang kita asyik semedang pegi ke negara orang laen untuk mendapatkan pandangan dan idea. Hasilnya, takda sapa nak memperbodoh2xkan orang kita.

Ce korang bayangkan..sorang pakcik rileks je selepas menoreh getah sambil isap rokok daun, tetiba je buka handphone pakai 3G... perrhhg...mat salleh kat german call dier...mintak advice dier untuk dapatkan input kepakaran pakcik tue je..
Pakcik tue toreh getah untuk keluarkan peluh je tue bang...pergh..ganas2x...

Soalan cepu mas...boleh ke berlaku? Ke..takkan berlaku macam tue..

Bak kata nabil..lu pikirlah sendiri..

Tuesday, March 31, 2009

Boleh Singapore Serang Kita Ngan Mudah?


Kalo ikutkan brother dlm video kat atas nie, Singapore Military can easily sneek into Malaysian bother tanpa dikesan melalui gelang patah dan lain2x pintu masuk jika guna tank.

Ermm..betul ke?

Kalo tanya teman...ermm....boleh aje...