Wednesday, May 2, 2012

Bersih 3.0

Aku rasa dah ramai orang mual dengan cerita bersih baru2x nie.
Pada aku, aku masih tidak berpuas hati dengan scene penyokong bersih belasah ramai2x jurukamera alhijrah. Kalo yang dibelasah tue polis, aku rasa........ tak mengapa lagi. Tapi yang dibelasahnya, adalah seorang individu yang ingin protect seorang anggota polis yang aku kira tak berdaya lagi.

Alhamdulillah, jurukamera tue hidup lagi. Kalo mati korang kerjakan???
Aku nie bukan lah baik sangat..

Tapi ..ini adalah melibatkan NYAWA seseorang. Lebih2x lagi.......jiwa tersebut bukanlah orang batak ke..orang asli yang makan orang tue ke... Nie adalah jiwa seorang yang mukanya biasa kita lihat di Malaysia. Mungkin yang kena belasah tue... adalah sedara korang dari susur galur nenek moyang korang yang sama..

Nie adalah video pertama yang aku tengok bila mamat jurukamera alhijrah itu dibelasah



dan nie plak video ke-2

Friday, April 20, 2012

PTPTN


Aku dan isteriku dulu adalah terdiri dari mahasiswa ijazah sarjana muda .Untuk mendapatkan segulung ijazah sarjana muda yuran pengajian adalah di sekitar RM 40 ribu. Nilai tersebut adalah di sekitar tahun 2002-2003.

Oh yea..masih aku teringat lagi pada tahun pertama pengajian, pihak universiti telah menghantar surat kepada aku mempelawa untuk subscribe pinjaman MARA. Pada satu tarikh yang ditentukan, aku bersama-sama rakan yang mostly aku tak pernah jumpa dikumpulkan di satu dewan dan diberikan taklimat oleh pegawai MARA. Alhamudlilah, aku diaward pinjaman MARA pada ketika itu.

Walaupun pada tempoh masa pengajian tersebut aku diberi status PINJAMAN MARA, akhirnya setelah tamat pengajian .....pihak mara menukar status daripada pinjaman ke bentuk biasiswa.

Sekarang diumur aku 32 tahun iaitu setelah 10 tahun meninggalkan IPTA, aku mendengar isu berkenaan PTPTN lately. Sebagai mahasiswa pada era 1997-2003 , pada ketika itu aku tak pernah pun dengar sebuah organisasi bernama PTPTN. Yang paling femes agensi kerajaan yang membiayai yuran pengajian mahasiswa ketika itu adalah MARA,JPA ( Jabatan Perkhidmatan Awam ), Petronas dll.

Dan yang paling aku dengar, majoriti mahasiswa yang ingin melanjutkan pengajian..mahu tidak mahu, terpaksa berurusan dengan PTPN untuk mendapatkan modal bagi menanggung kos pembelajaran di IPTA/S. Dan kemudahan dari MARA, JPA dll.......... aku dengar mereka tidak lagi menawarkan biasiswa kecuali kepada student yang fly ke oversea.



Setelah berfikir sejenak, jika generasi selepas tahun 2003 keatas ingin belajar terpaksa subscribe totally status PINJAMAN dari PTPTN, apentah lagi pada generasi akan datang. Dan, aku percaya kepada anak2x aku kelak, maybe lagi 20 tahun........ tiada lagi yuran sebanyak RM 40 ribu . Maybe RM 60 ribu, maybe 70 ribu...........dan ibu bapa terpaksa push anak masing2x untuk belajar pandai agar selamat duit perents digunakan untuk membiayai yuran pengajian anak-anak. Dan pada ketika itu, pemberian PIJAMAN dari PTPTN semakin ketat syaratnya........ dalam erti kata lain, pandai2x la parents atau bakal mahasiswa carik duit untuk tanggung anak mereka kalo nak belajo di IPTA/S . Who knows kan?? Must think worst scenario.

Time tue.........parents pun menggelupur nak cari duit bagi feed yuran anak mereka nak belajo. Dah la zaman2x nie pun ....... parents diorang belajo pun dah kompem berhutang sebaik saja menjejakkan kaki ke IPTA/S. Zaman anak diorang nak belajo, aku rasa.........ramai parents yang masih terkial2x nak bayar hutang yuran PTPTN.

Ditambah lagi pada zaman ini, bilangan golongan muda jatuh bankrup atau diblacklist coz penggunaan kad kredit. Dan bilangan ini meningkat dari tahun ke tahun. Dengan karipap pun sekarang dah jadi 3 ketoi seringgit, value rumah semakin meningkat........aku rasa scary la jugak mengenangkan apa yang bakal berlaku. Kalo kita lihat, tahap pemilikan orang kita terhadap sektor rumah dan hartanah, cuba la korang lalu di flat2 "ala burung merpati" ..........berapa ramai orang melayu tinggal disana.

OMG........what will happen to our generation?? Aku ada 2 anak yang sedikit demi sedikit mahu mengenal erti dunia........

Friday, April 13, 2012

Makan bola minum bola..

Gua nie bukanlah minat main bola. Main bola pun lately...main ngan anak2x aje kat tepi padang atau kat taman. Kalo nak kata sorak2x kat kedai mamak bile EPL ke... liga malaysia ke... takde le korang nak nampak muka aku. Seingat aku, bile separa akhir dan akhir world cup je aku dok sorak2x kat kedai mamak.ha3x.

Well.. pada hari nie, 13 April 2012 gua "dikejutkan" dengan berita dari rakan2x pesbook pasal rangking bola sepak malaysia. Bile gua cek kat utusan online, gua baca la snapshot news dalam tue..



Gua takde le nak ulas panjang2x pasal apa yang dikomen oleh Setiausaha Agung Persatuan Agung Bola Sepak Malaysia ( FAM ) tue..

Bile gua usha di web FIFA ..mmg benarlah kite di tangga ke 156



Dan lebih mengejutkan kita, negara yang gua rasa tak pernah atau jarang dengar dalam industri sukan bola berada diatas negara kita iaitu Samoa dan New Caledonia

Dan ...dan lebih terkujat lagi Bangla dan Indon mendahului 3 dan 4 rangking teratas dari Malaysia. Berapa punye sadis da......

Adakah kita hanya bangga untuk menjadi jaguh kampung apabila berjaya menumpaskan Indonesia apabila berjaya menjuarai Piala AFF Suzuki buat julung kalinya pada tahun 2010 sahaja sedangkan di rangking dunia...kita di tangga 156 dan berada di bawah rangking Indonesia & Bangla.

Gua menyentuh isu ini kerana sukan adalah medium mudah untuk membentuk perpaduan rakyat malaysia.

Saturday, January 21, 2012

Proton

Baru ternampak video si Ku Li nie bercakap...



Kalau benarlah apa yang dicakapkan oleh Ku Li nie........ aku pun tak tau la apa nak jadi ..........

HUTANG 9 BILLION. Bukan angka sikit tue.......... Petronas plak terpaksa dump duit hasil diorang untuk cover 9 billion. Dengan 9 billion patotnya bleh buat menda lain.

aku rasa......projek proton nie asalnye ........nak generate revenue to our country..... aku pun tak paham cammane bleh plak hutang 9 billion. Benda projek nasional. .........siyes aku tak paham.