Showing posts with label knowledge management. Show all posts
Showing posts with label knowledge management. Show all posts

Thursday, April 30, 2009

Knowledge sharing : Digital Perspective

Inside your company and close within its reach lies an underexploited and often hidden
resource: knowledge. It's in the individual minds of your people and in the group minds of work communities. It's in the processes and policies your people use to do their jobs. It's in the databases, libraries, Web sites and hard drives that collect your strategic information. It's in your patents and licenses. It's in the documents that your people use to store, add perspective to, and share their ideas...

resource : http://www.xerox.com/downloads/usa/en/k/kperspective_whitepaper.pdf

Thursday, April 9, 2009

Bagaimana Akademi Fantasia Lahir

Mesti korang sokmo tengok akademi fantasi bukan?...ahaks..AF8 nie teman pun suka tengok. Vote for Hafiz (ahaks...sempat promo dia)..

Anyway..pernahkah korang terfikir bagaimana rancangan seperti Akademi Fantasi ini lahir.

Dalam bidang pengurusan perniagaan ada satu topik dipanggil keusahawaan (entreprenuer). Dan dalam dunia keusahawanan (entreprenuer) ada satu area dipanggil incubation. Tapi apakah itu incubation...

Mesti dalam paler tue ramai yang pikir "eh..nie macam tempat letak budak tak cukup bulan nie"..Ahaks...kalo itu yang korang pikirkan, jawapannya betul...

Tapi ...apa kena mengena incubation ngan AF. Konsep incubation adalah satu konsep dimana kita nurture individu/organisasi perniagaan supaya berkembang dengan lebih baik.

Begitu jugak dengan Akademi Fantasia. Konsep incubation ini diapply kepada industri muzik.

Akademi Fantasi adalah satu program dimana kita buat selection individu. Then kite tempatkan diorang ramei2x supaya talent diorang itu dipupuk. Pelbagai pengetahuan teknik menyanyi, menari dll disumbatkan kat diorang. Ada mentor dan sucess story diberitahu kepada diorang.

Dari segi komersilnya, mana2x individu yang bagos....mereka akan diundi berdasarkan selera penonton ( para pelanggan ).

Setelah diorang cukup matang berdasarkan masa..maka diorang kena survive dan sustain dalam industri hiburan. Sebab itu kita ada Nana ( era.fm ) ..bob dll lagi yang survive dan sustain di areana industri hiburan. Yang bagos itu..terus mara ke peringkat lebih tertinggi...

Gitulah citer sempoi dimana konsep incubation melahirkan rancangan seperti Akademi Fantasi

Jangan lupa...vote for hafiz

KPI : Jentera Pentadbiran Kerajaan

Teman ucapkan tahniah kepada Perdana Menteri kita yang baru iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menyusun atur pentadbiran kerajaan yang dinamik mengikut perkembangan semasa. Tahniah juga diucapkan kepada ahli2x kabinet yang dilantik kerana sudi memikul tanggungjawab yang berat untuk bersama-sama memajukan Malaysia.

Masih banyak perkara yang belum dan bakal diselesaikan demi kemajuan dan perpaduan rakyat Malaysia. Tahniah sekali lagi.

Antara isi kandungan ucapan Perdana Menteri kita yang baru ini adalah setiap jentera kerajaan mewujudkan KPI bagi meningkatkan prestasi kementerian yang terlibat agar segala permasalahan bagi mencapai KPI tersebut dapat diselesaikan.

Disini, teman ingin mencadangkan agar kesemua(100%) agensi kerajaan dari peringkat kementerian sehinggalah ke unit di peringkat negeri menggunapakai ISO 9000:2008 . Langkah ini bertujuan agar semua KPI, visi dan misi semua agensi kerajaan didokumenkan dan sistem KPI ini jelas dipraktikkan dengan menggunakan ISO 9000:2008.

Dicadangkan juga kapasiti pengetahuan di setiap organisasi masing2x dipertingkatkan dengan implementasi pengurusan pengetahuan ( knowledge management) seperti knowledge audit dan knowledge management policy.

Sekian,

Wednesday, April 1, 2009

Knowledge Based School

Teman tak pasti berapa ramai orang yang arif pasal k-ekonomi..

Anyway, secara peribadinya teman mengucapkan ribuan terima kasih kerana cikgu sekolah Menengah Perempuan Methodist kerana menekankan berkenaan knowledge based ini. Jika korang berkunjung ke sekolah nie, korang akan nmpak info pasal benda alah nie kat notice board diorang.

Well..mesti korang cakap..."la...dah mmg sekolah ..mesti la knowledge based" ..Penyataan tue mmg betul...tapi bezanya di sekolah ini pengetahuan di sekolah itu diuruskan dengan baik...supaya kapasiti pengetahuan itu dapat dipertingkatkan dengan lebih banyak dan disalur baik kepada murid2x sekolah itu.

Err.... output sekolah nie cammane eh? Maksudnya berapa % peningkatan dari setiap tahun yang dapat staright A.Ada sape2x yang ada fact & figure tue...? Tak plak teman perasan figure tue..

Anyway..syabas warga kerja sekolah ini....

Inovasi & Kreativiti

Inovasi

- hasil cetusan idea-idea yang kreatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Hasil inovasi ini boleh merangkumi apa-apa perubahan kepada sistem, prosedur, kaedah dan/atau cara bekerja.
(quote : http://www.mod.gov.my/index.php?Itemid=235&id=584&option=com_content&task=view )

Kreativiti
- kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali
(quote : http://muassasah.wordpress.com/2007/03/14/apa-itu-kreativiti/ )

Teman cuba untuk berfikir secara kreativiti & berinovasi. Masalah bagi teman untuk mencapai maksud tersebut adalah kurangnya pengetahuan untuk mencetus kreativiti. Ya...pengetahuan.

So..teman wujudkan blog ini untuk menyimpan pengetahuan & rekod untuk rujukan pada masa akan datang.
Buat rakan2x yang ada blog..tahniah teman ucapkan kerana usaha korang untuk meningkatkan kapasiti pengetahuan.

Kepada korang yang tak faham apa yang teman taipkan kat sinie... abaikan artikel ini..ha3x..