Unjuran dari artikel teman
http://theministryofmind.blogspot.com/2009/02/analisa-perkembangan-ekonomi-malaysia.html
Sabtu lepas teman sembang dengan pakcik teman. Beliau nie keja kilang kat area Bangi. For my suprise, beliau pun hampir2x nak kena VSS sebanyak RM70 k. Nasib baik UNION kilang beliau fight balik bagi orang2x senasib macam beliau. Dan....beliau kembali kerja.
Menurut beliau, ramai pekerja diberhentikan dan di VSS kan. Antara kilang yang membuat tindakan kejam itu adalah dari pengilangan produk elektronik. Kilang yang stabil adalah dari pengilangan produk makanan dan perubatan.
Ada member pakcik teman nie beritahu, kat kilang dia sahaja dari 16 buah mesin yang beroperasi dulu, difahamkan pihak pengurusan akan menjalankan 6 buah mesin sahaja.
Antara yang menarik lagi ialah ramai yang kena VSS meneruskan pencarian mereka dengan berniaga seperti buka kedai burger, bawak van sekolah dll. Ramai antara mereka yang berniaga GAGAL dalam perniagaan kerana atas faktor berikut:
1. Sekadar mengikut kawan kerana tiada keyakinan.
2. Kompetensi mereka adalah expert dalam bidang production, bukan dalam area keusahawanan.
Jadi, teman merasa kecewa dengan apa yang berlaku sekarang ini kerana ianya melibatkan 'orang kita'. Boleh tak kalau kita bayangkan jika kita berada di tempat mereka. Hendak2x lagi kepada mereka yang mempunyai anak. Jerih bukan??
Selesakah kita????