Showing posts with label ekonomi. Show all posts
Showing posts with label ekonomi. Show all posts

Sunday, February 8, 2009

Les Copaque : Our Local Technoprenuer

Sebagai menteri minda kerajaan bawah tanah, saya mengucapkan syabas kepada syarikat tempatan iaitu Les Copaque kerana berjaya memartabatkan animasi tempatan sehingga berjaya masuk panggung.

Langkah ini menandakan penerimaan rakyat negara kita terhadap animasi tempatan meningkat dan mendapat tempat di hati rakyat Malaysia termasuklah anak saya. Ini juga menandakan mutu animasi tempatan meningkat. Diharapkan agar acuan karektor kita ini dapat menembusi kesemua negara bangsa yang berada didunia dan duduk sama tinggi dengan watak Mickey Mouse, Pocoyo, Transformer, Pokemon, Doremon, Ultraman dll di minda masyarakat bangsa dunia.

Dan kita mahu lebih ramai lagi rakyat tempatan kita untuk menyumbang kreativiti dan pengetahuan dalam bidang yang penuh dengan idea segar dan kreativiti ini seperti Positive Soul dan Dynamic 3D Sdn. Bhd. dll terus bercambah demi lepak bersama karektor bukan tempatan ke seluruh dunia.

Syabas dari kami.

Thursday, February 5, 2009

Pendapat Orang Kita

Jan-Feb 09

Hey guys. Dari pengamatan teman apabila berbincang dengan beberapa individu berkenaan menyimpan dalam amanah saham di awal tahun ini, dalam kepala diorang akan terbit "ermm...ekonomi tengah down, rugi lor untuk buat simpanan" ( lebih kurang macam nie lah ayatnye).

Adakah mindset seperti ini berlaku benar dalam ekosistem ekonomi? I need input from all of you.

Wednesday, January 21, 2009

KDNK ( Edisi ke 2 )

Lanjutan dari artikel blog aku sblm nie.
http://theministryofmind.blogspot.com/2008/04/kdnk.html

Korang bleh download pengiraan KDNK kat sinie :
http://ministerofmind.bravehost.com/blog_ministry_of_mind/download/Pengiraan KDNK_Mel_1.ppt

THE KNOWLEDGE-BASED ECONOMY ( OECD )

The OECD economies are increasingly based on knowledge and information. Knowledge is nowrecognised as the driver of productivity and economic growth, leading to a new focus on the role ofinformation, technology and learning in economic performance. The term “knowledge-basedeconomy” stems from this fuller recognition of the place of knowledge and technology in modernOECD economies.


Download Report

Wednesday, July 30, 2008

Haluan hidupku

Kata orang..kalo hidup tanpa haluan/objektif mmg takde gunanya..

Pada aku mmg masih tak terlewat lagi...nak set objektif.. right now i'm 29..I put my target to be wealthy on 33 years old.

Mustahil????

Orang kata:

  1. Usaha tangga kejayaan. <- bidalan orang melayu
  2. Kalo tak pecahkan ruyung, mana dapat sagunya. <- bidalan orang melayu
  3. Masa itu emas <- bidalan orang melayu
  4. Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.<- ayat al Quran
  5. Bersakit-sakit dahulu ..bersenang2x kemudian. <- bidalan orang melayu
  6. Just do it <- iklan nike
Betul eh.... semua point diatas?? Terutama sekali point no 4 tue...hi3x..Dah ada sangkut paut dengan rukun islam tue bagi point ke 4.

Nak tak nak...mmg kena percaya ar.. HANYA BAGI YANG MENGAKU ISLAM aje...

So..kat bawah nie... aku dah design siap2x... kat mana stages aku. Doakan aku berjaya...AMIN..


Tapi..ada 1 benda yang aku nyesal sedikit..aku dah habiskan selama 9 tahun untuk tidak memajukan secara seimbang kekayaan dan human behaviour.

To youngsters...DON't BE LIKE ME...ok?


Tuesday, July 15, 2008

Ekonomi Malaysia : 2008

Jika kita lihat gambar dibawah adalah merupakan prestasi ekonomi Malaysia. Soalan....er....tahun 2008 nie...ekonomi Malaysia ...down ke....atau bagus..

Tuesday, July 8, 2008

Analisa Laporan Ekonomi Malaysia : Fakta & Maklumat

Tujuan analisa ini dibuat untuk memberikan kefahaman kepada pembaca semua agar satu tindakan perlu dilakukan kepada kita semua untuk mengatasi kenaikan harga minyak yang sedia maklum memberikan kesan kepada setiap isi rumah dan direct kepada orang seperti aku dan lain2x lagi.

Ianya tidak ada kena mengena untuk menghentam kerajaan.


Sila perhatikan text yang dikaler dengan warna merah cair...

Tahun 2000 : $29.74
Tahun 2008 : $92.98

Kesimpulan
Tempoh 8 tahun nilai perbezaan minyak setong berjumlah $63.24
1 tahun secara purata = $7.905
Pada tahun 2013 iaitu lagi 5 tahun minyak setong dijangka sebanyak $132.505

Katakan RM3 = USD 1
So... bagi 1 tong kerajaan perlu membayar = RM 397.515

Pergggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Alamak eh...OPEC tidak mampu nak kawal... TOLONNNGGGGGGGGG


Kalo kerajaan campurtangan elakkan inflasi dengan diberi subsidi....iskhhhh sampai bila kerajaan mampu sediakan dana nak tanggung rakyat?

FIKIR² kan lah....

Wednesday, April 30, 2008

K-Ekonomi

Nie pun satu topik yang memeningkan kepala dan bosan gak.. Tapi as rakyat yang maju, kite kena ambil port gak pasal k-ekonomi nie. Ape eh.. k-ekonomi nie.

K-Ekonomi adalah ekonomi berasaskan pengetahuan. Ape kebenda ekonomi berasaskan pengetahuan (aka k-ekonomi ) nie?

Maksudnye adalah :

Satu bentuk ekonomi dimana pengetahuan, kreativiti dan inovasi merupakan peranan utama dalam membina dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi. Dalam ekonomi diasaskan oleh pengetahuan, nisbah yang tinggi dalam memperolehi KDNK ( Keluaran Dalam Negara Kasar ) adalah dari asas pengetahuan dan industri knowledge-enabling seperti industri teknologi sederhana, kewangan dan perkhidmatan perniagaan yang lain dan profesion pendidikan. Ekonomi berasaskan pengetahuan merupakan ekonomi yang mempunyai karakter seperti pelaburan tinggi dalam penyelidikan dan pembangunan, tahap membaca yang tinggi, kemahiran dan kapasiti teknologi yang baik, kukuh dalam inovasi dan tahap penembusan celik ICT dan penggunaan internet yang tinggi.

So..cammane nak ukur k-ekonomi nie...?

Bagi k-ekonomi, ada beberapa petunjuk (indikator) yang menunjukkan peningkatan dari aspek k-ekonomi iaitu:
  1. Bilangan komputer peribadi
  2. Bilangan pemilikan internet
  3. Bilangan jalur lebar
  4. Bilangan talian tetap
  5. Bilangan telefon selular
  6. Perbelanjaan bagi pendidikan
  7. Kadar celik huruf
  8. Nisbah guru & pelajar sekolah rendah
  9. Enrolmen pelajar sekolah menengah
  10. Bilangan penduduk yang mempunyai sijil tertinggi
  11. Bilangan paten
  12. Jumlah perbelanjaan R&D
Kesemua nilai bagi petunjuk tersebut boleh diperolehi dari semua agensi dan kementerian di Malaysia.

Err..kenape perlu k-ekonomi nie?

Berdasarkan kajian dari pelbagai agensi, negara yang maju adalah terdiri dari tahap pengetahuan yang tinggi dalam kesemua bidang.

Kalo cam tue, ape fokus kerajaan dalam meningkatkan tahap pengetahuan dalam k- ekonomi nie?

Bagi pihak kerajaan, ada 7 fokus yang ditumpukan bagi meningkatkan tahap pengetahuan dalam negara kita iaitu:
  1. Membangunkan sumber manusia berasaskan pengetahuan
  2. Membina institusi bagi memacu ekonomi berasaskan pengetahuan.
  3. Memastikan insentif dan infostruktur kearah ekonomi berasaskan pengetahuan
  4. Membina kapasiti sains dan teknologi
  5. Memastikan sektor swasta memandu kearah ekonomi berasaskan pengetahuan.
  6. Memastikan sektor awam bertindak lebih jauh ke perkhidmatan sivil berasaskan pengetahuan.
  7. Merapatkan jurang pengetahuan dan digital.

Err... yg 1-7 tue fokus, ape tindakan yang telah dilaksanakan?

Nak cite tindakan nie..banyak yang telah kerajaan laksanakan iaitu:

Menubuhkan organisasi k-ekonomi di setiap negeri seperti Bahagian K-Ekonomi bagi kerajaan negeri Melaka dan K-Perak di Perak. Bagi pasarana plak, kerajaan telah menubuhkan telecentre. Bagi memanggil pulang pakar negara kita, kerajaan telah membina database national best brain. Setiap negeri ada inkubator bagi merangsang aktiviti start-up company. Bagi hampir kesemua negeri dalam malaysia nie ada infrastruktur bertaraf dunia ( MSC Cybercentre/city ). Ada sesetengah negeri telah menjalankan aktiviti merapatkan jurang digitial bagi rakyatnya iaitu program emelaka di negeri Melaka contohnya.

Err..dah good enough ke negara kita nie kearah k-ekonomi?

Actually, masih banyak benda yang belum kita laksanakan bagi meningkatkan k-ekonomi di negara kita dari peringkat kerajaan pusat sehinggalah ke kerajaan negeri. Ini termasuklah soal peruntukan, soal polisi, soal sape buat tue..buat nie.. dan macam2x lagi isu. Kalo tengok dari statistik contohnye...peratusan penggunaan komputer & internet masih jauh dari paras 50% populasi penduduk negeri Melaka contohnye.

Kesimpulan

Kalo nak negara atau masyarakat nie maju..tak tunduk kepada kuasa asing atau bebas dari belenggu penjajah dalam tersurat dan tersirat kita mesti serius lah dalam agenda nie. Kalo nak duduk kat takuk tue...nak generasi akan datang jadi balaci bagi kuasa negara lain tengok akademi fantasia lagi bagus.. gitulah citenye..

Sekian, terima kasih


Klik sini jika korang nak tahu pasal k-ekonomi nie..