Showing posts with label technology. Show all posts
Showing posts with label technology. Show all posts

Thursday, February 10, 2011

Inovasi Honda

Mungkin ramai antara kita telah mengenali produk inovasi dari Honda iaitu Asimo. Ala.. asimo yang robot yang diorang cipta bleh dancing lah..main bola lah...

Now.. sempena lawatan gua ke Kuala Lumpur Motoshow di PWTC baru2x nie... pihak honda telah demo pasal kerusi ajaib diorang.

Dibawah adalah bagaimana kerusi diorang berfungsi.



Power bukan? just sekadar duduk disitu.. memerlukan sedikit pergerakan dari kita.. dan kerusi itu boleh bergerak ke semua arah... dan yang menariknya kerusi itu mempunyai kekuatan balancing yang power siakk...

How the done it? ntah lah..gua pun tak pasti.

Just imagine... kerusi tue bersepah di library.. dan orang yang dalam tue..just rileks duduk di satu meja..ke satu meja... bila mau tengok buku di rak2x perpustakaan..sempoi je diorang bergerak...


atau ..di dalam satu majlis casual.... para hadirin..duduk aje atas meja tue..sambil bergerak pegi ambik makanan pada tea time ke..pehh... sempoi giler..

Tuesday, September 14, 2010

Picoodle punye pasal

Putf..dah lama gua menyepikan diri dari tulis blog. Bukannye ape... semua gambar2x yang up dalam picoodle.com... hilang di entry2x yg sebelumnya...

terus takde nafsu nak tulis...sebab content lelama dah hilang.. adoiyai...mana server yang bleh letak gambar yg reliable?

Thursday, July 9, 2009

PI WIMAX



Macam murah yg pakej 49 hengget tue?

Berbaloi-baloi ke subscribe tue..??

Monday, April 20, 2009

Digital Screen

Ape korang rasa..patut tak beli skrin lukis2x macam kat bawah.



Ada member kata tak best...

Wednesday, April 1, 2009

Hosting : Webhost

Tahap kesabaran teman semakin memuncak... application webhost yang teman tumpang letak kat situ dah di suspanded. Sebab ape....teman tak tahu...

Wargh..hangin...

Sabar tue lebih tinggi memandangkan teman guna service diorang secara free... Pandai ar marketing diorang..

Anyway..kalo ada sape2x terbaca posting nie ke... leh tak cadangkan hosting yang leh support PHP & MySQL yang ber'realiable' skit..

Friday, March 20, 2009

Magnet VS Gravity

Sifat manget = menolak objek kalo sama "value"
Sifat graviti = menarik sahaja

Pada korung yang penah tengok movie Final Fantasy, mesti korang akan pasan yg "askar dlm cite tue" turun dari jet dgn guna gel supaya tak jatuh mati katak kan.

Dlm discovery channel plak, ada satu professor ke..cipta keretapi ala2x cam monorel, gerak guna konsep magnet. bermakna "monorel" tersebut tak sentuh lantai...

Ce korang beritahu kat teman..apakah bentuk teknologi yg telah terhasil dari sifat magnet yg menolak.

Kot2x, ada kapal terbang..terbang menggunakan konsep daya tolak magnet ke..

Sunday, February 15, 2009

Skodeng Pun Boleh : Mp9 Digital Pocket Video Recorder

Nie ada barang baik nak tolak kat korang.

Mp9 Digital Pocket Video Recorder.Bentuknye sejibik macam pen. Bleh tekan punat untuk tangkap video.Hasil dlm format avi.Video clear.. sound power. Mmg best.
Bile nak simpan video bleh cucuk macam pendrive bese kat laptop. Duration video - 2 jam.
Storage - 4 Gig.

Sesuai sangat untuk korang sebagai:
  1. Student - takyah penat2x salin nota, tangkap je gambo lecture time dier tengah ngajar
  2. Perompak bank - masuk bank sambil bawak pen nie sangkut kat baju kemeja...bleh capture isi dalam bank.
  3. Kaki skodeng - paham2xkan aje....
Teman tolak kat korang RM 170.





Laptop untuk dijual

Sebagai budak yang dah belajor komputer la sampai degree la kan..kalo korang nak beli laptop la kan... korang beli la laptop mcm nie..

kecik je....tak besor gedabak mcm laptop yang aku guna. Spect dier pun bleh tahan cunnye. Harga tak mahal beb sesuai ngan spectnye..teman tolak kat korang RM 1,800 je. Eh, mesti la first hand. Tengok dlm gambo kat bawah...berbalut ngan plastik tue..

Nie spect & detailsnye kalo korang blur

Brand : Hewlett Packard
Model : 2133

Harga : RM 1,800
Processor : 1.0G
RAM : 1GB DDR2
Storage : 160GB

Ala Carte
  1. Card Reader
  2. Bluetooth
  3. WIFI
  4. WebCam
Warranty Kedai
  1. 1 tahun

Sunday, February 8, 2009

Les Copaque : Our Local Technoprenuer

Sebagai menteri minda kerajaan bawah tanah, saya mengucapkan syabas kepada syarikat tempatan iaitu Les Copaque kerana berjaya memartabatkan animasi tempatan sehingga berjaya masuk panggung.

Langkah ini menandakan penerimaan rakyat negara kita terhadap animasi tempatan meningkat dan mendapat tempat di hati rakyat Malaysia termasuklah anak saya. Ini juga menandakan mutu animasi tempatan meningkat. Diharapkan agar acuan karektor kita ini dapat menembusi kesemua negara bangsa yang berada didunia dan duduk sama tinggi dengan watak Mickey Mouse, Pocoyo, Transformer, Pokemon, Doremon, Ultraman dll di minda masyarakat bangsa dunia.

Dan kita mahu lebih ramai lagi rakyat tempatan kita untuk menyumbang kreativiti dan pengetahuan dalam bidang yang penuh dengan idea segar dan kreativiti ini seperti Positive Soul dan Dynamic 3D Sdn. Bhd. dll terus bercambah demi lepak bersama karektor bukan tempatan ke seluruh dunia.

Syabas dari kami.

Thursday, February 5, 2009

Handphone


Bantu teman sket. Cadangnya teman nak beli handphone. Antara ciri2xnye adalah spt berikut:

  1. Ada camera yang jelas pandangannya bile di snap.
  2. Bleh simpan nama orang ikut kategori & simpan nama panjang2x.
  3. Bleh browse tenet dengan grab WIFI signal.
  4. Bleh simpan pict biz card dan simpan ikut nama orang yg kite simpan.

Ada cadangan YB2x semua..

Tuesday, May 27, 2008

Saturday, May 10, 2008

Tingkatkan kelajuan internet anda

Quote
Kepada pengguna sistem operasi windows XP, sambungan Internet jalur lebar boleh dipertingkatkan dengan melakukan perubahan pada ketetapannya.

Ia adalah ciri binaan dalaman di dalam windows XP yang menyimpan 20 peratus lebar jalur untuk sambungan Internet komputer.

Langkah yang perlu diambil membabitkan penukaran terhadap ketetapan lebar jalur bagi membolehkan pelanggan Internet mendapat manfaat daripada sambungan lebih laju.

Simpanan lebar jalur boleh ditetapkan pada nilai maksimum daripada 0 hingga 100 peratus apabila proses perubahan dilaksanakan.

Tetapi, sekiranya anda hendak menikmati sambungan Internet lebar jalur pada kadar maksimum, perubahan yang perlu dilakukan membabitkan penetapannya sehingga 0 peratus.

Bagi membolehkan perubahan dilakukan pada ketetapan lebar jalur Internet anda, langkah yang perlu diambil adalah mudah.

Layari butang 'Start' di bahagian bawah kiri skrin dan disusuli dengan membuat pilihan pada kotak 'Run' bagi membolehkan anda menaip arahan GPedit.msc sebelum menekan butang 'Enter' (masuk).

Apabila arahan yang ditetapkan berjaya dilaksanakan, pemilik komputer peribadi akan dipaparkan dengan window baru.

Pada window itu, ia memaparkan arahan 'Local Computer Policy' yang boleh dikembangkan bagi membolehkan anda membuat pilihan pada arahan seterusnya iaitu 'administrative templates'.

Di sebelah kanan window, perluaskan dokumen yang disediakan dengan mengembangkan segmen 'Network' window itu dan klik pada 'QoS Packet Scheduler'.

Kini, di sebelah kanan window terbabit klik dua kali pada elemen 'limit reservable bandwith' (hadkan lebar jalur yang disimpan).

Apabila kotak dialog bagi menghadkan lebar jalur tertera, pastikan arahannya ditetapkan sebagai 'Enabled' dan kemudiannya lakukan perubahan untuk menghadkan peratusan lebar jalur kepada sifar.

Apabila proses yang ditetapkan berjaya dilaksanakan dengan berkesan, kini anda hanya perlu menutup kotak dialog Group Policy Editor dan hidupkan semula komputer pemilik bagi memastikan perubahan terbabit dilaksanakan dengan berkesan.

sumber : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Gajet/20080503105550/Article/index_html