Showing posts with label economics. Show all posts
Showing posts with label economics. Show all posts

Wednesday, February 9, 2011

Success Story : Simply CT

Semalam gua terbaca pasal success story Siti Nurhaliza in business..


It seems that behind her shoulder got of plantey people yang menaikkan business level Siti Nurhaliza.
She got Dato Normaziah Sheikh Mohammed as her business partner..PY Young as pakar dalam area bahan solek . Researcher from ACNielsen pun turut serta.. hurmmm...

SYNERGY.. the another key for success roadmap.

Tuesday, September 14, 2010

McGyver Malaysia aka Zulkifli Haron



sejauh mana hubungan gua dengan En Zul nie... adalah sekadar kunjungan lawatan kerjasama bersama rakan2x sejabatan di Melaka ke bengkel dia...pada tahun 1993 tak silap.

Well.. sambil2x minum2x dan ngap2x di meja makan...dier demo la produk2x ciptaan dier.. disebabkan gua nie budak sains komputer...maka fokus teman time tue..adalah robot ciptaan dier... huiyoo..... bleh bergerak2x tue.. maksudnya ada programming language dimasukkan dalam robot cinonet dier..hu3x..

nowdays .. gua nampak..utusan malaysia telah memberikan ruangan khas kepada beliau untuk bercerita ttg gaya rekacipta beliau. tahniah buat beliau atas perkembangan positif begitu..

Well... for this artikel..teman takde le nak fokus sangat pasal beliau nie.. teman nak fokus sejauh mana daya reka cipta anak tempatan kite nie bleh pergi lebih jauh dan mampu membina kekayaan negara bangsa kita.

Sampai sekarang ..teman masih blur2x tentang sejauh mana sumbangan kepada knowledge economy negara kita. Adakah sumbangan mereka ini masih di level start-up..? Adakah telah pergi ke peringat antarabangsa?

Ada sape2x tahu?

Monday, June 8, 2009



Ingatkan sehengget....

Rupa2xnya... serengget setengah....

Macam mahal je...air tebu secawan pun RM 1.

Wednesday, May 20, 2009

Pengguna Internet di Malaysia


Sumber : Komunikasi & Multimedia Fakta & Angka Terpilih Q4 2008

Nampaknya orang stay kat KL mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi. Mana taknya..sebanyak 53.9% subscribe for broadband sedut pengetahuan melalui internet.

Yang paling cokia sekali..adei.. orang yang stay kat Kelantan..adeh..

Kalo kite usha kemajuan orang malaysia yang akses broadband menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan iaitu 21.1% (tahun 2008) berbanding 15.2% pada tahun sebelumnya.
So..21.1% dari keseluruhan populasi kat Malaysia nie guna internet.

Kesimpulan

  1. Kalo usha dari peningkatan antara 2 tahun tue..teman rasa..nak capai atas 50%...teman rasa..pada tahun 2013 baru capai kot.
  2. Masih banyak lagi ruang kepada sape2x nak promote barang/perkhidmatan dalam talian kerana bilangan pengguna internet menunjukkan peratus kenaikan yang baik.
  3. er..korang tambah lah lagi..teman tak bleh nak pikir..

Monday, April 20, 2009

Bentuk2x ekonomi

Selepas Malaya merdeka takrifan ekonomi yang sesuai diberikan oleh Malaysia pada tika itu adalah ekonomi yang berasaskan pengetahuan. Pada tahun 70 an pula, Malaysia dikenalpasti sebagai ekonomi yang berteraskan perindustrian. Sekian lama selepas itu, pada tahun 2000 ekonomi Malaysia pula dikenali sebagai ekonomi berasaskan pengetahun.

Jadi...Malaysia mempunyai tahap/aras ekonomi yang berbeza2x mengikut tahun. Soalan saya yang naif pasal ekonomi ini pada masa akan datang apakah takrifan ekonomi yang akan dikenalpasti oleh Malaysia?

Yang otai ekonomi..habaq kat chek ..

Thursday, April 16, 2009

Jalan Tunku Abdul Rahman

Baru teman pasan yang sepanjang jalan tunku abdul rahman dan area masjid india nie..ramai orang meniaga kain..
Cammane dari sejarahnya...area sinie bleh merangsang industri textile ini berkembang eh..?

Berniaga di kaki lima

Pada makcik berbaju kurung biru itu ..saya ucapkan syabas kerana berniaga walaupun dia tahu port macam ini mudah dikejar oleh pihak berkuasa tempatan.

Setidak2xnya dia berniaga dengan cara yang halal.Cuma undang2x buatan manusia nie aje lah yang membuatkan ianya tidak jadi halal.

Saya doakan makcik..agar ada duit lebih..dan dapat membuka kedai jual kueh dengan cara yang lebih molek skit.Tak perlu risau pasal nak kena hambat dek PBT.

Gambar nie teman lambat tangkap gambo skit. Kalo tak ..bleh tunjukkan mamat yang teman highlight dlm gambo tue..ngah bertanyakan pasal kueh/kudap2x yang makcik tue jual. Dan yang menariknya dari pandangan jauh teman...mamat nie bukanlah macam orang tempatan kita.
Kalo cek Ic / passport mamat tue..tak tahu lah teman..

Maybe ..mamat nie suka makan kueh/kudap2x orang kita kot..



p/s - menarik...

Dollar

Lokasi : Jalan Masjid India

Kalo korang pasan...gambar yang teman tangkap nie bukanlah nak tunjukkan uncle yang kachak dlm gambo nie..teman capture..sebab hati nie tertanya2x..apakah tujuan sebenar wang ringgit ( warna hijau ) tue.. ditempek di depan kedai money changer?

Adakah ini sebagai penarik pelanggan yang mencari2x nak tukor duit dollar ..??
Adakah nak tunjukkan barrack obama itu hensem ??
Adakah tokei kedai nie peminat setia barrack obama?
Kenapakah wang kertas itu diprint warna hijau...orang paskah? ahaks..

Macam2x...


Parking keta 7 hengget??

Lokasi : Belakang Jalan Tunku Abdul Rahman

Teman tak pasti harga untuk parking kereta bernilai 7 hengget nie mahal ke murah. Bagi teman dan kawan teman yang numpang kete teman hari tue...bunyi "gulp" kedengaran...

Mahal wehh!!




Friday, April 10, 2009

Ekonomi China mula tunjuk tanda pemulihan

Unutk Rakaman Peristiwa

kuala lumpur 9 April - Ekonomi China telah mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan hasil pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi pada awal November tahun lalu.

HSBC Global Research dalam nota penyelidikannya berkata, pertumbuhan pembiayaan bank melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun kepada 24 peratus tahun ke tahun pada Februari.

Pelaburan infrastruktur bertambah antara 70 hingga 120 peratus tahun ke tahun dengan pelaburan dalam pengangkutan kereta api mencatatkan pertumbuhan menakjubkan pada kadar 210 peratus tahun ke tahun dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Sementara itu, pelaburan dalam arang batu, bukan keluli dan bukan ferus turut mencatatkan prestasi positif.

Malah, sektor industri turut menyaksikan kestabilan dengan pertumbuhan 43 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), secara purata meningkat 5.2 peratus tahun ke tahun dalam bulan Januari hingga Februari.

Indeks Pengurusan Pembelian mencatatkan lonjakan kepada 52.4 pada bulan lalu berbanding 49 pada bulan sebelumnya.

Menurut nota penyelidikan itu, pembiayaan baru termasuk kontrak kewangan juga berkembang pantas dan pengeluaran industri juga semakin stabil meskipun eksport jatuh sebanyak 20 peratus dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

''Prestasi yang dicatatkan ini telah menunjukkan permintaan sebenar negara China,'' katanya

Monday, April 6, 2009

Art Of Doing Business : Nasi Lemak

Terima kasih kepada Bro Azman kerana memberikan tips2x yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca blog ini.

Kalo korang usha gambo kat bawah...mesti korang nmpak nasi lemak. Then...kalo korang perhatikan betul2x ..ada 2 jenis bungkusan iaitu..yang pakai daun pisang dan bungkus wrapper yang bleh dibeli di kedai.

Menurut Bro Azman nie...jika kita nak kasi jualan nasi lemak ini dijual dengan lebih baik kepada orang kampung...adalah bagus dibungkus dalam daun pisang. Kerana itulah selera mindset orang kampung terhadap sapa2x nak makan nasi lemak. Antara tips dier lagi..kalo nak jual kueh tue... pastikan korang jual kuih dalam saiz yang besar. Kalo korang jual kueh kecik berbanding yg saiz besar tadi..comprem pelanggan akan rembat yang besar ..kalo takde option lain..baru lah ambik yang kecik.

Anyway, thanks kepada dia kerana sudi membuat business. Kalo sape2x yang tinggal kat area bukit katil tue...kalo nak makan roti canai tue...teman cadangkan kat sinie ( dlm kmpung bukit bayan )... Ada skit2x crunchy.Nyum3x..


Friday, April 3, 2009

Ekonomi: Malaysia & Dunia


Ramai orang yang beranggapan bahawa dalam aliran ekonomi , akan ada turun naiknya.Kalau ikutkan rekod, dlm tempoh 10 tahun pasti ekonomi akan jatuh ....

Dlm malaysia nie...96-97 telah jatuh. 2008-2009 pun tengah jatuh....

Teman takpasti orang kat luar sana tue... especially yg pakar ekonomi nie...adakah diorang beranggapan bahawa trend ekonomi macam ini menguntungkan? atau dah mmg sifat dier mcm tue....

Masalah di Malaysia ini adalah kalau kita beranggapan ekonomi dunia dah comprem ada keluk naik dan turun, maka tempiasnya akan kena kat kita.

  1. Adakah kita sengal kerana membiarkan perkara ini berlaku?
  2. Tiadakah mekanisma yang terbaik bagi mengelakkan susut nilai ekonomi kita?
Sebagai negara berdaulat...sudah tentunya..negara kita bebas. Kalo dlm konteks ekonomi...bebas dari kekacauan/ribut taupan ekonomi orang lain.

Dah macam lembu dicucuk tali la plak...ekonomi negara US jatuh...ekonomi kita pun jatuh. Eh? macam sengal je.....

Ekonomi diorang naik....kita pun turut naik...eh? Merdeka ape ropernye kalo dah gayanya macam itu?

Adakah kerana orang kita yg pakar ekonomi dari segi bilangannya tidak cukup menyebabkan tindakan diorang tak bleh nak cover trend turun naik ekonomi.

Adakah orang kita masih lemau lagi dalam aspek pengurusan kewangan sehingga ekonomi domestik dlm negara masih macam cipan sehingga senario begini mudah berlaku.

Adakah pemikiran orang kita tidak cukup otai untuk memikirkan kaedah baru bagi mengekang cengkaman ekonomi negara kita?

Ce habaq kat teman.....macammana tue....??

Thursday, April 2, 2009

Bagaimana mat saleh conquer dunia.

Kalo tanya teman la kan... susah teman nak kupaskan..

Tapi....secara amnya....apa yang teman nampak dlm kacamata kat malaysia nie..
kalo korang usha gambar kat bawah nie la kan.....

yang pisau tue...secara sepontan ..teman akan cakap pisau ramboo..
yang pisau leh lipat tue..secara sepontan...pisau mcguyver....


Itu le kot ..petanda diorang dah jajah seorang anak malaysia.Errkk....

Wednesday, April 1, 2009

Teman ingatkan ramai yang buat pengeluaran daripada buat simpanan dalam akaun maybank. Rupa2xnya terbalik plak. Orang yang nak simpan lagi ramai dari buat pengeluaran. Er..nak no akaun teman ke..? hi3x..

Malaysian : Not Creative Enough?

Unjuran dari artikel sebelum ini : http://theministryofmind.blogspot.com/2009/04/inovasi-kreativiti.html

Teman rasa .. ramai antara kita yang kreatif. Masalahnya, berapa ramai yang kreatif. Angka itu tidak dapat diketengahkan kerana takda sapa2x yang nak ukur memandangkan isu ini adalah remeh untuk dibincangkan. Buat abeh karan aja...

Angka orang pandai selepas result peperiksaan SPM diumumkan ada lah.. Ukuran kreatif ke tue..??

Sapa yang kreatif eh? Kalo ikutkan individu yang terlintas dlm pikiran Zul yang cipta barang2x spt pengacau dodol tue antara contoh orang yang kreatif giler babeng.

Kenapa la teman ulas isu cam nie eh? Kalo peratusan individu yang kreatif ini dapat dipertingkatkan ..katakan 60% dlm populasi rakyat Malaysia...teman rasa... Malaysia will superb. Semua produk / cetusan idea orang kita akan berlambak di negara orang laen. Dah tentu..orang kita asyik semedang pegi ke negara orang laen untuk mendapatkan pandangan dan idea. Hasilnya, takda sapa nak memperbodoh2xkan orang kita.

Ce korang bayangkan..sorang pakcik rileks je selepas menoreh getah sambil isap rokok daun, tetiba je buka handphone pakai 3G... perrhhg...mat salleh kat german call dier...mintak advice dier untuk dapatkan input kepakaran pakcik tue je..
Pakcik tue toreh getah untuk keluarkan peluh je tue bang...pergh..ganas2x...

Soalan cepu mas...boleh ke berlaku? Ke..takkan berlaku macam tue..

Bak kata nabil..lu pikirlah sendiri..

Wednesday, March 25, 2009

Buletin AHLI : KWSP


Saje je tempek kat sinie..buat rekod untuk rujukan akan datang...kalo nak komen..tue ..sila ar..

Teman Tak Faham??


Sesungguhnya teman tak faham, kenapa orang kite kata ekonomi tengah meleset, biz tengah lembap...tapi...si Public Mutual nie, bleh plak diorang lunch new fund. Orang kata, time2x cam nie tak ramai tak berani nak invest.

Ada orang leh kasi explanation..

Bangsa Cina

Ini bukan artikel yang bersifat perkauman k. Nie artikel mengupas isu pasal bangsa cina dlm perspektif yang besar.

Jika korang usha dlm http://en.wikipedia.org/wiki/Chinatown korang akan dapat lihat chinatown ada dimana2x sahaja. Tengok saje gambar dibawah.

Mereka nie berada dimana2x sahaja di ceruk dunia. Kat Africa pun ada jugak..iskh tak ke pelik. Dalam gelap2x kat sana ada jugak kulit cerah. Anyway, korang tahu tak ape iatu Chinatown. Bandar bagi komuniti orang cina la yeop....jawapannya


Antara soklan2x yang perah otak adalah seperti berikut:
  1. Korang tak rasa pelik/kagum ke cammane diorang bleh berada melata kat dunia.
  2. Er..ada ke Melayutown kat mana2x selain dari Malaysia?
  3. Korang tambah ar lagi soalan..ha3x..

Thursday, March 19, 2009

Persatuan

Teman rasa mcm teman nak tubuhkan persatuan untuk kalangan biz dari kalangan orang kita especially kepada orang muda2x. Tapi..teman tak pasti ada tak persatuan begini untuk golongan begini.

Teman tengok org yg berbiz nie ramai yg berpersatuan. Kalo tengok area trademark , International Trademark Association ( INTA ) dah on lama dah..
Kalo tengok area inkubator , National Incubator Network Association ( NINA ) dah ada... Tak silap, persatuan pemandu pelancong pun ada rasanya.

Objektif utama yang teman nak tekankan adalah , persatuan yg teman pikirkan nie ada kapasiti pengetahuan yg tinggi ( sebuah portal sbg cth ). Lepas tue..members akan berikan input pengetahuan apa sahaja dlm trick & tips dlm business. Then, bounce back to members via knowledge... Of course...this members akan bergerak dlm persatuan untuk faedah ahlinya.

Objektif kedua, nak kasi members yg baru..tak terumbang ambing dlm buat biz. Setidak2xnya perasaan yakin tue ada..sebab members otai bleh kasi tunjuk ajar...

Teman cadangkan nama "National Business Youth Association" aka NBYA ditubuhkan.

At the end, members yg ada biz akan lebih maju ...dipacu oleh pengetahuan yg tinggi. Amacam...cantek tak idea teman.. ke..idea teman macam cipan..

Wednesday, March 18, 2009

Tiada YouTube di UK

LONDON 10 Mac - Google Inc. mengambil keputusan menyekat pengguna United Kingdom (UK) daripada melayari muzik videonya melalui laman web popular perkongsian video, YouTube selepas rundingan dengan badan pengumpul royalti muzik Britain gagal.

Menurut Google, pihaknya telah memulakan sekatan tersebut malam tadi. Laman web terkemuka dunia itu juga maklum sekatan tersebut akan menyebabkan kekecewaan di kalangan pengguna negara terbabit.

Bagaimanapun katanya, keputusan itu terpaksa dibuat setelah syarikat PRS for Music meminta Google membayar royalti setiap kali video dimainkan di YouTube, satu tindakan yang mungkin menyebabkan laman web itu rugi.

''Lesen kami dari PRS for Music telah tamat tempoh, dan sehingga kini kami masih belum dapat memperbaharuinya disebabkan syarat yang mungkin mempengaruhi ekonomi kami,'' kata Google dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, kata Google, pihaknya terpaksa menyekat pengguna di Britain daripada menonton video yang ditawarkan atau dituntut syarikat rakaman, sehingga penyelesaian ditemui.

Sementara itu, PRS for Music yang menerima bayaran bagi pihak penulis serta penerbit di seluruh dunia mengakui terkejut dengan tindakan Google.

''Google memberitahu kami mereka mengambil keputusan ini kerana ingin membayar kurang daripada yang dibayar sekarang kepada penulis lagu, walaupun jumlah pengunjung ke laman web mereka semakin bertambah,'' kata badan pengumpul royalti itu melalui satu kenyataan.

Kedua-dua pihak itu tidak menyebut mengenai jumlah wang terlibat dalam rundingan.

Sekatan tersebut bagaimanapun tidak dinyatakan akan berlanjutan sehingga bila. Kedua-dua PRS for Music dan Google berkata, mereka berharap pertikaian itu akan diselesaikan segera.

Laman web YouTube menjadi pilihan utama syarikat-syarikat rakaman setelah terhimpit dengan kemerosotan jualan cakera padat. Laman web tersebut mempunyai urus janji dengan tiga atau empat syarikat rakaman besar namun segelintir pemegang hak enggan mengurangkan hasil pengiklanan mereka.

Disember lalu, syarikat rakaman Warner Music menarik semua lagunya dari YouTube dengan alasan bayaran yang diterima tidak sepadan dengan label syarikat itu, artisnya serta pencipta lagu. - AP