Showing posts with label melayu. Show all posts
Showing posts with label melayu. Show all posts

Thursday, July 9, 2009

Friday, June 19, 2009

Kapal Mewah

Kapal siapakah itu?




Menurut budak yang jaga kolam ( poolboy ), kapal yang berlabuh bagak itu adalah milik seorang Melayu.

Buktinya, logo jawi ditampal di kapal tersebut.
Wah.....siapakah gerangan empunya bot paling besar berlabuh ini,

Jadi mentor boleh???

Friday, May 22, 2009

Wang VS Pengetahuan

Nak pendapat korang.... kalau antara $$ dengan pengetahuan mana KEUTAMAAN DULU. Tidak mahu dengar dua2x sama penting sebab... kalau dalam kiraan angka.. nombor 2 kemudian dari nombor 1. So..gitulah dalam hal ini

Hari itu borak2x dengan seorang rakan.

Keutamaan dia dalam kehidupan dalam meneruskan kelangsungan hidup ialah $$$ dulu berbanding pengetahuan.... $$$ is priority? Betulkah?

Wednesday, May 20, 2009

Pembangunan Infrastruktur VS Pembangunan Sumber Manusia ( Modal Insan )

Pembangunan infrastruktur nie ibarat kita bina rumah.. Ambik simen..ambik batu bata.. susun elok2x..jadilah rumah.

Pembangunan Sumber Manusia ( Modal Insan ) plak adalah bina pengetahuan individu. Makin pandai orang itu..makin baguslah orang dalam rumah itu.

Jadi..nak tanyalah pada korang semua.. mana patut ditumpukan dulu... pembangunan sumber manusia kepada rakyat ke... atau pembangunan infrastruktur kepada rakyat?

Wednesday, May 6, 2009

Ingatkan fresh baru naik dari laut..

Lokasi : Muara Sungai Duyung, Melaka



Rupa2xnya pakcik jual ikan nie pun..ambik ikan nie kat johor..(er..aku dah lupa..tapi area parit jugaklah ..parit ape..aku pun tak ingat.)

Friday, April 10, 2009

Datuk Ahmad Husni Hanadzlah : Menteri Kewangan II


Tahniah juga diucapkan kepada Datuk Ahmad Husni Hanadzlah kerana menjawat sebagai Menteri Kewangan II. Secara peribadi, orang ini amat dekat dengan teman sendiri.

Beliau dianggap sebagai Mr. Clean kerana sifatnya yang telus dan ikhlas dalam menjalankan tugas. Kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak ini dalam melantik anggota kabinet dalam pentadbirannya tidak wajar dipertikaikan oleh mana-mana pihak memandangkan tokoh2x yang telah teman lihat seperti Datuk Jamil Khir Baharom dan Datuk Ahmad Husni Hanadzlah adalah merupakan tokoh2x yang amat disenangi dan dihormati oleh saya secara peribadi.

Dan tidak keterlaluan dikatakan bahawa inilah barisan kepimpinan yang diperlukan oleh rakyat Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Monday, April 6, 2009

Antara ikutan & berfikir

Baru sahaja membuat knowledge sharing ( tidak formal ) dengan 4 orang sahabat. Teman lontarkan tajuk Rukun Iman di http://theministryofmind.blogspot.com/2009/04/rukun-iman.html

Tujuannya nak mereka berfikir dan terus berfikir.Bukan untuk tunjukkan siapa yang bagus..

Antara yang menarik untuk teman kongsikan adalah antara ikut dan berfikir. Tapi apakah maksud ikut & fikir.

Nie adalah definasi teman yg bersifat peribadi & logik.

Ikut = orang suruh buat A, kita pun buat A

Fikir = orang suruh buat A, kita analisa dan rancang untuk buat A.

( Apesal la teman cite macam ini.. boring betul)

Antara sumber rujukan yang paling power dan sahih adalah untuk membahaskan isu ini adalah dari sumber Al-Quran itu sendiri...

Tapi...kenapa perlu manusia itu berfikir??? Nak buat ape pikir penat2x..duk diam2x udah lah...Orang cakap A..ko buat A lah.. Ngada2x betul..

Well the answer is in the Al-Quran. Korang skodeng la ayat Ayat Ar-R'ad ( lihat contoh tafsiran kat sinie : http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/13.html )

"Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir."

"
Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa, dan baunya) Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya."

Ada jugak plak ayat dlm al-Quran suruh manusia berfikir. Ingatkan takde ( jahilnya aku.. )

Ada jugak ayat dari Al-Quran yang sipi2x katakan ...korang jangan pikir lebih2x..nanti terpesong akidah..Ada ke? Kalo ada..korang comment yea...habaq kat chek..

Kesimpulannya...salah ka individu2x yang mahu berfikir...berfikir?? Ke..disebabkan terlebih pikir sesuatu perkara itu akan merosakkan individu dan manusia..??

Apa2x pun..terima kasih kerana nabil sebab dier jadi juara lawak astro ada tagline yg tersendiri "Lu Pikirlah Sendiri"

Friday, April 3, 2009

Orang Kita : Sekadar Memerhati

15/18

Hasil dari kajian yang dijalankan terhadap 18 individu berbeza latarbelakang dan kerjaya secara rambang, pihak kementerian minda mendapati 'orang kita' terutamanya generasi muda lebih gemar memerhati atau mungkin gemar sekadar membaca terhadap perkara2x yang dipaparkan kat internet ( medium blog sebagai contoh ).

Ini membuktikan bahawa orang kita lebih gemar menyerap maklumat dari memberikan dan berkongsi maklumat kepada orang laen yang tidak dikenali.

Antara kesimpulan2x yang boleh diandaikan disini adalah:

  1. Tidak suka berkongsi pengetahuan / pengalaman.
  2. Tahap kapasiti pengetahuan yang rendah.
  3. Kurang daya fikir dan kreativiti
  4. individu bersifat end user.
  5. Pemalu & segan
  6. Jumud untuk mencuba perkara2x/kaedah2x baru
  7. dll lagi yang korang tambah la sendiri...

Antara agakan yang berlaku selepas korang baca artikel ini adalah korang masih absorb dlm otak masing2x, memikirkan dan.........tiada luahan berlaku dalam bentuk perkataan diterjemahkan di blog ini.

Wednesday, April 1, 2009

Knowledge Sharing : Perpaduan Tonggak Kecemerlangan Negara

Mendengar majlis ilmu yang disampaikan oleh Y.Bhg Mejar Jeneral Dato' Jamil Khir Bin Hj Baharom ttg Perpaduan Tonggak Kecemerlangan Negara membuat teman ketawa memanjang.

Dari awal hingga akhir ..mmg senyum ketawa tak lekang.



Anway.. antara pengetahuan yang disampaikan adalah kurang perpaduan di somalia. Menurut beliau, orang somalia telah berperang lama. 99% adalah beragama islam syafie.Diorang ada 18-19 clan. Walaupun agama sama..tapi telah banyak mengorbankan nyawa disebabkan tiada perpaduan.

Antara lain...kalau orang kita mmg betul2x solat 5 waktu... dengan solat fardu tersebut...orang kita akan bersatu padu. Bukan setakat malaysia shj.. tapi satu dunia yang beragama islam akan bersatu padu. So..conclusionnya..kalo tak bersatu padu tue..maknanya ...yang wajib 5 waktu tue takde ar..ehem.......

Dlm bab sembahyang pun kite bergaduh. Yang hukum sunat plak dipersoalkan. Bergaduh bab sembahyang trawaikh. Ada yang kata 18 ..ada kata 10 ... padahal ibadah itue adalah sunat hukumnya. Buat apa nak bergaduh pasal itu. Tumpukan ( consolidate ) yang wajib...

Err..ape lagi yea...adeh..buku catitan teman tak bawak la ke opis..tertinggal kat rumah.

Anyway..sedikit info pasal beliau.

Nama masuk kubur : Jamil Khir Bin Baharom
Nama hiasan : Y.Bhg Mejar Jeneral Dato'Jamil Khir Bin Hj. Baharom
Jawatan : Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera, Jab. Arah KAGAT, Kementerian Pertahanan Malaysia.

Pendidikan : Sarjana Muda Syariah, Akademi Islam, UM 1986
Melanjutkan pelajaran ke peringkat MA di US dlm bidang Islamic Studies ( Pengurusan Ekonomi Islam ) - 2000
PHD di UKM

Pekerjaan : Menjawat jawatan di jabatan Arah KAGAT ( Pegawai staf 3- Pegawai staf 1 Perkhidmatan )
Dinaikkan ke Pangkat Kolonel - 1 hb April 2002 * menjawat jawatan yg sama
Timbalan Pengarah Pengurusan - Jabatan Arah KAGAT -2004
Brigedier Jeneral dan Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera - 6 Oktober 05
Mejar Jenral - 16 Jan 08

Pengalaman Berkhidmat
Panji2x PBB di Somalia selaku Pegawai Staf 2 Latih dalam Kontinjen Malaysia - tahun 1994
Hadir kursus di luar negara- School of Islamic and Social Sciences ( SISS ) Virgina US.

Budak2x zaman skrg ...akan datang..korang pikir la sendiri..



Sempat jugak teman berbual2x dengan brother dlm video nie. Mengikut beliau, budak2x zaman skrg..lain sungguh peelnye.

Kalo lalu kat tepi kebun getah...moto ada..tapi budaknye takde. Ape diorang buat?

Ada makcik kat kampungnya, dia tegur pasal anaknya yang berkepit ngan budak laen. Penyudahnya dia kena sekolah balik. Lama kendian, sedar2x ..anak makcik tue dah mengandung. Terus pindah nak elakkan malu. Nasib baik laki tue bertanggungjawab..kalo tak..(lu pikir la sendiri .. )

Mengikut brother tue lagi..anaknya dah 18 thn. Katanya..anak dia dah mintak keja gomen. Sambil2x tue....sblm surat panggilan dapat ke..anak dia budget nak keja kilang. Adeh..zaman2x nie..orang kilang makin buang orang adalah...( kata hatiku ). Kalo jadi UTC, pun cantek gak ( kata hatiku lagi.. )

Tapi ntah lah....kenapa la orang kita suka benau makan gaji. Suka lepak selesa gamaknya. Tapi..betulkan pemikiran sebegitu pada zaman kini dan akan datang? Yang teman dapat tengok makin ramai orang kita suka ambik loan ada lah...

Tapi..yea la kan..bising2x pasal orang laen pun tak guna jugak. Teman pun dah ada 2 hero. So...emir dan haziq.... korang berdua jadi businessman. Ayah nak campak korang kat eskimo supaya korang berdikari.

Why Conventional Trading Company Tak Nak Sponsor For This Blog

Sempat gak teman mintak si Tan nie sponsor for this blog. Ahaks..

So..antara jawapan ringkas dier adalah seperti berikut:
  1. sebab tak involve dlm IT
  2. tak tahu apa kebaikan for his business
  3. takut kos tinggi

Tapi..for me.. kalo teman jadi dier...teman takmo invest sebab...teman tak dapat untuk membayangkan ape blog nie..itu je..ha3x..

Nak buat ape berblog??

Ada ke teman citer sblm nie apa objektif teman berblog.

Korang pasan tak antara kita yang membesar tanpa mendapat input yang meluas. Dunia korang dari sejak kecil sampai la nak berdikari sendiri cerapan pengalaman dan pengetahuan adalah datang dari dunia persekitaran.

Natijahnya, ada yang tersungkur. Dan tak kurangnya yang berjaya. Yang berjaya tue..exposure pengetahuan dan pengalaman adalah lebih baik dari yang tersungkur dalam kehidupan.

Tersungkur tue...adalah dlm erti kata mudahnya... dok lepak dlm pusat serenti dll yg sewaktunya.

So..teman nie tengah belajar erti kehidupan. Hasil cerapan dan pengetahuan..teman luahkan kat sinie agar sapa2x yang baca dapat la skit pengetahuan dari teman yang tak berapa nak pandai.
At least ada rekod untuk bacaan generasi akan datang. They will read and they get to know something at least..

So..itulah usaha teman yang sebenarnya2x melainkan yang benar belaka... Yang lain pun benar jugak..tapi %nye sedikit ar dari yang usaha yang nie..

Buat yang rasa selesa tue..pakat2x lah untuk berblog. At least..your knowledge and experience blog dipelajari oleh orang lain untuk kesejahteraan bersama.

Itulah caranya..

Buat Aidy Shahiezad & Akak Zara ku ucapkan setinggi2x penghargaan dan terima kasih kerana add blog teman nie tak jemu2x untuk baca artikel teman nie yg ntah hape2x ntah dan komen artikel teman tanpa perlu dipaksa.

Buat rakan2x yang laen tue..terima kasih kerana sudi add dan tatap blog teman yang tak seberapa nie... ku tunggu dipintu syurga..ha3x...ayat..jiwang karat abes..

Kisah seorang ahli perniagaan/usahawan

Sebenarnya, teman kagum dengan ketabahan member teman sorang ni. Dalam meneruskan kelangsungan hidup macam2x dia buat. Dari buat biz sehinggalah bawak bas transnasional.

Tapi..ada sedikit funny ngan mamat nie.. Apa aje yang dia buat..asyik kena kencing je ( kena tipoo ).Iyalah..dah nama kehidupan ..macam2x dugaan berlaku. Tapi..takkan lah asyik kena kencing aje. Anyway, kegagalan itu mengajar erti kemajuan.

Last sekali job dier adalah bawak teksi eksekutif. Itu pun kena kencing... Pengerusi koperasi yang dia percayai telah kencing dier. Percaya punya pasal lah..dia jobless sekarang. Orang atas punya deal, dia plak yang kaput di tengah jalan.

Nasib baik org rumah dia keja. Kalo tak...menganga ajelah kat rumah..

Teman percaya, ramai juga yang mengalami pengalaman yang sama macam mamat nie. Kisah yang teman taipkan kat blog ini bukalah bertujuan hendak memalukan dia, just untuk bagi pengetahuan agar sama-sama dapat memperbaiki diri sendiri.

Nasib baik teman buat unit trust. So, teman bagi la pengetahuan yang sewajarnya kat dia. At least teman kasi "something" yang dia boleh berpaut. Kalo teman dok hadap opis aje.. jumpa dier ngabiskan boreh le....

At least..

Malaysian : Not Creative Enough?

Unjuran dari artikel sebelum ini : http://theministryofmind.blogspot.com/2009/04/inovasi-kreativiti.html

Teman rasa .. ramai antara kita yang kreatif. Masalahnya, berapa ramai yang kreatif. Angka itu tidak dapat diketengahkan kerana takda sapa2x yang nak ukur memandangkan isu ini adalah remeh untuk dibincangkan. Buat abeh karan aja...

Angka orang pandai selepas result peperiksaan SPM diumumkan ada lah.. Ukuran kreatif ke tue..??

Sapa yang kreatif eh? Kalo ikutkan individu yang terlintas dlm pikiran Zul yang cipta barang2x spt pengacau dodol tue antara contoh orang yang kreatif giler babeng.

Kenapa la teman ulas isu cam nie eh? Kalo peratusan individu yang kreatif ini dapat dipertingkatkan ..katakan 60% dlm populasi rakyat Malaysia...teman rasa... Malaysia will superb. Semua produk / cetusan idea orang kita akan berlambak di negara orang laen. Dah tentu..orang kita asyik semedang pegi ke negara orang laen untuk mendapatkan pandangan dan idea. Hasilnya, takda sapa nak memperbodoh2xkan orang kita.

Ce korang bayangkan..sorang pakcik rileks je selepas menoreh getah sambil isap rokok daun, tetiba je buka handphone pakai 3G... perrhhg...mat salleh kat german call dier...mintak advice dier untuk dapatkan input kepakaran pakcik tue je..
Pakcik tue toreh getah untuk keluarkan peluh je tue bang...pergh..ganas2x...

Soalan cepu mas...boleh ke berlaku? Ke..takkan berlaku macam tue..

Bak kata nabil..lu pikirlah sendiri..

Monday, March 30, 2009

Mobile Income

Teman tak pasti berapa ramai yang mengetahui kewujudan perniagaan sebegini di kalangan internet surfers.

Mengikut empunya blog http://www.zubiryahya.com/ ini, ramai yang memandang negatif terhadap perniagaan yang beliau usahakan. Kesimpulan dari input beliau adalah ramai orang kita bersifat PHD ( http://theministryofmind.blogspot.com/2008/07/perasaan-hasad-dengki-phd.html )

Dari satu perspektif pula, input dari pengamatan internet pula mendapati ramai jugak dikalangan orang kita yang mengecam secara peribadi dan perniagaan empunya blog http://www.zubiryahya.com/. Rata2xnya mengatakan rugi/ditipu apabila menjadi usahawan bagi Mobile Income ini.

Dalam isu rugi apabila menjadi sebahagian dari komuniti Mobile Income ini, ianya adalah satu bentuk perniagaan. Dan lumrah dalam perniagaan ada untung ..ada rugi. Teman takde fact & figure terhadap berapa ramai yang berjaya dan gagal dalam perniagaan jenis ini. ( Nanti teman cuba request dari empunya blog http://www.zubiryahya.com/ ). Cuma apa yang teman nak tekankan kat sinie, tak semua orang sesuai untuk menjalankan semua jenis perniagaan. Bukan rezeki la maknanya tue...

Dalam isu ditipu pula, pada pendapat teman, jika kita bersikap profesionalisma sewajarnya kita menggunakan pendekatan berhemah dalam menangani segala bentuk penipuan dengan menggunakan pendekatan undang2x. Teman bukan memenangkan empunya blog http://www.zubiryahya.com/ ini, tetapi saluran kita terbuka luas untuk menangani isu2x seperti ini. Sebagai contoh, buat saja laporan polis. Nak lebih cantek..lantik peguam dan buka fail saman terhadap syarikat yang mengendalikan Mobile Income. Ataupun laporkan kepada kementerian hal ehwal pengguna.


Mudah bukan...
Bak kata Nabil..lu fikirlah sendiri....

Monday, March 16, 2009

Kebebasan dalam Menuntut Ilmu

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang Mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (al-Alaq: 1-5)

Senario hari ini.

Ramai org antara kita yang kagum dengan pencapaian pelajar yang semakin lama semakin ganas iaitu dapat straight A dalam seluruh mata pelajaran yang dia ambil. Ramai yang beranggapan yang dapat banyak A itu mmg power giler, tapi yang dapat E itu mmg banggang giler. Lebih memburukkan keadaan ialah orang tua kita membeza2xkan membandingkan pencapaian anak mereka dengan anak orang lain yang dapat banyak A.

Ini berlaku kerana yang banyak dapat A itu memperolehi result begitu kerana serapan pengetahuan orang itu sesuai dengan bentuk pelajaran begitu iaitu duduk diam2x dalam kelas sambil ada orang ajar kat depan.

Yang dapat banyak E itu, serapan pengetahuan begitu tidak sesuai. Mungkin cara/kaedah lain itu sesuai dengan individu seperti ini.Masalahnya "orang kita" yang power itu malas berfikir untuk membentuk sistem pendidikan yang sesuai dengan orang yg banyak dapat E.

Ingat, jangan mindsetkan otak korang yang kalo dah ada anak itu belajar sampai bleh rasa nak lari rumah.

Friday, March 13, 2009


Mungkin korang tertanya2x..sape lah gerangan orang yang teman highlight nie.Sedang teman jalan2x di website suruhanjaya sekuriti teman usha la laporan organisasi tersebut di http://www.sc.com.my/eng/html/resources/annual/ar2008_eng/pdf_eng/9_Part6.pdf

For me, teman amat mengenali orang itoo... kerana sepanjang teman berkhidmat di Melaka, beliau adalah membuatkan orang lain keluh kesah disebabkan asal mesyuarat aje... mesti ada orang kena fire kaw2x. Rasa nak letak jawatan pun ada disebabkan beliau ito.. Ramai pegawai dan pegarah tempat teman keja nie..habis dikerjakannya. Termasuk lah pengarah teman sblm nie...resign disebabkan oleh beliau.

Ramai la jugak mencemuh beliau.

Setelah teman ternampak gambar ini dalam organiasasi Suruhanjaya Sekuriti, maka bukanlah calang2x individu hadir di organisasi ini.

Dan sememangnya, beliau ito....berkeredibiliti.

Thursday, March 12, 2009

Pelajar Lepasan SPM

12 Mac 09

Hari nie rumah teman dikunjungi oleh anak jiran. Baru je lepas ambil result SPM. Bile tengok resultnye, dah roper result SPM teman dulu je...Anyway, tahniah kepada dier kerana dengan usaha belajornya dia dapat result mcm itu.

Cuma dia tak happy giler2x kerana resultnya tak match dengan sasaran parents ( harapan ) dier.
Kunjungan dier datang belajar untuk mendapatkan khidmat nasihat peribadi dari orang rumah teman tentang what to do next. Sbg cthnya...kalo nak masuk U, nak ambik course ape.. dll.

Bagi teman...masalah bagi anak muda seperti dier dan teman time dulu2x adalah tak tahu nak jadi apa. Mak teman dulu suruh masuk belajo kat U. Waktu tue..teman langsung tak minat nak belajo dah. Disebabkan tak mo kecewakan mak, teman masuk le U dengan memilih course yang teman rasa macam best aje. Maka dengan ruggednye, teman pangkah sains komputer dengan fikiran.... MACAM BEST. Maklum le..zaman tue...ramai orang tak tahu pasal komputer2x nie..

Masalah kiteorang berdua sama aje. Dan teman percaya masalah kiteorang berdua sama jugak dengan orang lain iaitu tak tahu nak kemana selepas ini...

Sunday, March 8, 2009

Bahasa Melayu

Unjuran dari artikel teman di http://theministryofmind.blogspot.com/2009/02/bahasa-inggeris.html



Ini adalah kali ke-2 teman mahu mengupas isu Bahasa Melayu. Rupa2xnya dah ada perarakan membantah isu penggunaan bahasa Melayu. Dan, tidak kusangka Sasterawan Negara Datuk A Samad Said pun turut 'turun padang' dalam membantah isu tersebut bersama-sama pejuang bahasa melayu yang lain.

Sedang teman berjalan2x dari satu blog ke satu blog, mata teman ternampak pendapat dua individu di blog ini http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/02/fatwa-datuk-samad-said-halal-menentang.html seperti gambar di bawah.



Cukup2x lah tue..janganlah kita menambah benda2x yang boleh menyukarkan generasi yang datang. Teruskan dengan penggunaan bahasa kita. Anyway, keperihatinan mereka dalam memartabatkan bahasa Melayu amat teman kagumi.

Sapa lagi kalau kita tak perjuangkan bahasa kita, kalau bukan kita yang berbangsa Melayu

Man Laksa : Analisa

Mungkin ramai antara kita dah tengok cite man laksa. Bagi teman, dah banyak kali jugak lah teman nengok cite tersebut.

Mungkin ramai diantara kalangan pembaca blog teman ini setuju bahawa cite nie ntahapehape ntah.. banyak tak logik dari logiknya. Sebagai contoh, scene mat kilau terbang nyanyikan cik mek molek.

Kalo sape2x yang tengok sehingga ke akhir filem tersebut, mmg lah patut cite tue banyak tak logik kerana..........hanyalah angan2x di sepanjang cite tersebut.

Bagi teman....apa yang penerbit/pengarah filem tersebut cuba sampaikan dalam filem tersebut adalah bagi mengimbau kembali nastolgia orang dulu2x tentang suasana kemeriahan 'fun fair' yang dianggap amatlah 'best event' pada waktu tersebut. Maklumlah ...peringkat kampung.

Ianya bersifat local made filem.Hanya orang yang telah melalui zaman/event tersebut akan tersenyum apabila melihat filem tersebut.Masakan tidak, lagu2x lama diputar kembali melalui cerita Man Laksa. Bagi generasi baru seperti saya, apa yang ditayangkan dalam filem tersebut akan terpinga2x melihat apa yang dipaparkan.

Walaupun , teman ini orang kuala...tapi pada zaman 80an, teman tak pernah melalui event tersebut. Dan tak tahu langsung yang adanya event sebegitu berlaku di kampung talang.

Tahniah diucapkan melalui blog ini kepada penerbit/pengarah filem kerana menghasilkan filem garapan idea orang kita dulu2x untuk tatapan generasi akan datang.

Bagi sape2x yang tak pernah tengok cite Man Laksa , dibawah adalah sedutan dari filem tersebut.



Sekian,


Sumber gambar diambil : http://zahir.selampitz.com/wordpress/index.php/archive/review-man-laksa/