Showing posts with label entertainment. Show all posts
Showing posts with label entertainment. Show all posts

Tuesday, June 16, 2009

Mari Kita Kala OK

Lokasi : Jeti Banda Hilir ( Sebelah Hotel Holiday Inn )


Dicadangkan

  1. Tempat luas
  2. Isolate ..he3x..
  3. Murah ..dari 6 hengget.

Sunday, May 24, 2009

Mandi Manda Di Taman Buaya Melaka?

Dulu..korang hanya boleh skodeng buaya sahaja..

sekarang...ha3x..korang bleh berenang mandi manda bersama keluarga dalam taman boya tue.. RM 10 hengget sahaja..






kim salam eh kat mr crocodile eh..kepada sape2x yg dah pegi sana..

Saturday, May 16, 2009

Hafiz Punye Pasal

Pagi tadi ( 16 Mei 09 ) teman pegi ke tesco. Dan teman tercengang...apabila melihatkan patung2x yang dipamerkan di kedai jual pakaian.

Mana taknya..hampir kebanyakan patung tue dipakaikan rambut seperti Hafiz... wah..tokei kedai ini mmg support abes..

Hu3x...

HAFIZ..HAFIZ..vote for HAFIZ...



Monday, May 11, 2009

How Internet User Can Do Something

Kes study: Konsert AF 7

Teman rasa ...contribution undian yang menyebabkan si budak Aril nie boleh masuk AF 7 nie..berkemungkinan besar dilonjakkan dari pengguna internet.

Beberapa hari sebelum AF 7 di minggu ke-9 ..teman telah terklik video Aril
di youtube. Teman lihat, dia lihat dengan rakan2x dia lepak kat kedai sambil budak Aril nie ngah surf mayspace. Teman tak lihat vc smpi habes pun.

So..hari sabtu lepas teman quite suprise Aril kembali masuk ke AF terus ke akhir. Wachh.... Tak sangka.

So..conclusion yang teman bleh katakan... itulah kehebatan internet user yang mampu menambah nilai konsep pemasaran yang sedia ada.

Anyway... wish you good luck Aril even though teman tak berapa nak berkenan dengan imej dia yang ala2x winter sonata tersebut.

Link yang bersangkut paut:
http://theministryofmind.blogspot.com/2009/04/bagaimana-akademi-fantasi-lahir.html
http://theministryofmind.blogspot.com/2009/04/industri-muzik-tanahair.html
http://theministryofmind.blogspot.com/2009/05/hafiz-youre-best.html

Sunday, May 10, 2009

Hafiz You're The Best

Teman bukanlah fanatik giler babeng dengan Akademi Fantasia. Dalam banyak2x musim AF... AF-7 nielah yang paling teman banyak tengok. Sblom nie..nak ambil port pun teman tak sio ( orang perak kata .. )..

Anyway, semalam ( 9 Mei 09 )...adalah salah satu performance yang membuatkan teman agak 'keterlaluan'. Mana taknya... dengan lagi "I believe i can fly" ..si Hafiz telah membuat suatu persembahan yang cukup bertenaga.. dan power siak...

Derumannnya vokalnya... mmg melampau2x giler... Fuh..... HAFIZ YOU'RE SUPERB BOY.



Link yang bersangkut paut dengan kenapa teman 'jadi gilak' ialah ngan si budak Hafiz nie:
  1. http://theministryofmind.blogspot.com/2009/04/bagaimana-akademi-fantasi-lahir.html
  2. http://theministryofmind.blogspot.com/2009/04/industri-muzik-tanahair.html

Thursday, April 9, 2009

Bagaimana Akademi Fantasia Lahir

Mesti korang sokmo tengok akademi fantasi bukan?...ahaks..AF8 nie teman pun suka tengok. Vote for Hafiz (ahaks...sempat promo dia)..

Anyway..pernahkah korang terfikir bagaimana rancangan seperti Akademi Fantasi ini lahir.

Dalam bidang pengurusan perniagaan ada satu topik dipanggil keusahawaan (entreprenuer). Dan dalam dunia keusahawanan (entreprenuer) ada satu area dipanggil incubation. Tapi apakah itu incubation...

Mesti dalam paler tue ramai yang pikir "eh..nie macam tempat letak budak tak cukup bulan nie"..Ahaks...kalo itu yang korang pikirkan, jawapannya betul...

Tapi ...apa kena mengena incubation ngan AF. Konsep incubation adalah satu konsep dimana kita nurture individu/organisasi perniagaan supaya berkembang dengan lebih baik.

Begitu jugak dengan Akademi Fantasia. Konsep incubation ini diapply kepada industri muzik.

Akademi Fantasi adalah satu program dimana kita buat selection individu. Then kite tempatkan diorang ramei2x supaya talent diorang itu dipupuk. Pelbagai pengetahuan teknik menyanyi, menari dll disumbatkan kat diorang. Ada mentor dan sucess story diberitahu kepada diorang.

Dari segi komersilnya, mana2x individu yang bagos....mereka akan diundi berdasarkan selera penonton ( para pelanggan ).

Setelah diorang cukup matang berdasarkan masa..maka diorang kena survive dan sustain dalam industri hiburan. Sebab itu kita ada Nana ( era.fm ) ..bob dll lagi yang survive dan sustain di areana industri hiburan. Yang bagos itu..terus mara ke peringkat lebih tertinggi...

Gitulah citer sempoi dimana konsep incubation melahirkan rancangan seperti Akademi Fantasi

Jangan lupa...vote for hafiz

Saturday, April 4, 2009

Industri Muzik Tanahair

Teman..sebenarnya memandang serius terhadap industri muzik tanahair kita.

Kalo korang perasan ...banner teman kali nie temanya adalah "Merancang menguasai dunia".

Pernahkan korang terfikir bahawa dengan muzik sahaja...dunia ini boleh kita takluki.... (dan teman masih serius apabila sedang key-in ayat2x ini).

Kalau teman ada peluang berbincga ngan adlin aman ramli, maybe banyak idea atau benda yang akan dilontarkan dan dipandang serius...

Hasrat teman bagi industri muzik tanahair ini adalah mahu orang German gembira dan riang apabila mendengar muzik yang dinyanyikan atau diperdengarkan kat sana. Teman nak orang eskimo berjoget zapin di kutub utara.... Teman nak orang kat pulau Iwo Jima menggoyangkan kepala apabila muzik diperdengarkan kat sana...SOKMO selalu....

Adakah senario perenggan diatas boleh dilakukan. Jawapannya tentu boleh..dan Malaysia boleh. Kenapa tidak boleh? Habaq kat chek....

Muzik.....satu area yang semua orang suka...semua orang gemar..dan manusia perlukan muzik bagi menjalani kehidupan seharian.

Dan cara untuk conquer the world adalah melalui muzik ( dan teman masih lagi serius dlm keyin part ini ).

Kalau kita menjadikan kayu ukuran untuk ukur perkembangan muzik tanahair ini dengan mengambil output dari Akademi Fantasia sebagai contoh.... boleh saja.

Kita mahu Vince ..dari akademia fantasia 1 ..sehinggalah Stacy dari akademi fantasia 6...terus mara menerebos suara mereka ke negara2x yang tak pernah kita fikirkan dalam kepala..kita mahu suara Zahid (Akademi Fantasia 2 ) ....menerebos ke kepulauan hawaii sebagai contoh....

Soalan yang mungkin korang persoalkan adalah bagaimana?????

Kalo teman..mudah sahaja....

Kapasiti pengetahuan dalam industri muzik harus dipertingkatkan semaksima mungkin.R&D dalam penemuan penggayaan baru harus diperbanyakkan. Sumbangan IPTA/S dalam isu ini harus dicurahkan dalam "tong pengetahuan". Kerajaan harus menyediakan kapasiti ini. ( korang mungkin blur....dlm hati "apekebenda la mamat nie merepek.." )

Pengurusan pengetahuan dalam menguruskan pengetahuan dlm industri muzik haruslah diambil serius oleh orang kita. Kita mahu orang yang kreatif dan inovasi lead this area... Orang yang nawaitu nya ..nak pakai kereta besar haruslah ditolak tepi dulu... Kerana cita2x kita besar...iaitu mahu menakluki dunia.....

Pengurusan pengetahuan haruslah dibina berlapis2x..dan meliputi semua aspek..dari aspek pemasaran...aspek pemakanan...aspek fesyen...aspek kreativiti melodi, aspek seni tampak..dan lain2x lagi....

Dan ia perlu menyeluruh dan PADUUU.......

Kita mahu apa yang telah dibina oleh orang dulu2x .. ..seperti P.Ramle..sudirman..... dll lagi dipertingkatkan.

Ianya akan menjadi mudah jika nawaitu kita sama...dan PADUUU...

Pikir di luar kotak....... dan pasti boleh.....

Sekian, terima kasih....

Wednesday, April 1, 2009

PaintBall






Oi lie..aku dah jumpe tokei paintball...nie.. apa lagi ..jom ar kite tembak...
Mamat tue mention hari Ahad this week diorang buat demo...amacam..ada beran?

Monday, March 30, 2009

Shila datang lagi..


Poster ini ditampal di notice board kat Sekolah Menengah Perempuan Methodist KL.

Any comment?

Saturday, March 21, 2009

Rancangan Melodi

Ramai antara kita dah bese lihat rancangan Melodi termasuklah teman. Teman pun dah tak ingat berape lama Melodi nie dah berapa lama tersiar di kaca televisyen.

Kupasan kali ini adalah lanjut dari seseorang dari ruangan forum di akhbar baru2x ini. Seseorang tersebut melahirkan keperhatinan beliau terhadap terjahan isu yang dihighlight tiap2x episod terhadap isu peribadi artis tempatan amnya.

Teman disini tersenyum dengan nada pandangan seseorang tersebut yg melahirkan pandangan rancangan Melodi hanya mengupas kisah artis. Ada juga individu kat dlm Malaysia nie berfikiran kritis rupanya. Ingatkan leka dalam hidangan pihak media tersebut.

Artikel ini teman karang bukan bertujuan untuk pangkah rancangan popular tanahair ini. Niat teman cuma hendak mengangkat martabat industri hiburan tanahair supaya produk2x tempatan berada di peringkat antarabangsa dan seterusnya memberi sumbangan besar terhadap kegiatan ekonomi dalam industri hiburan.

Kalau bolehlah, kalau boleh.... minta pihak pengurusan Melodi menunjukkan angka2x & fakta yang membuka mata peminat industri tanahair seperti bilangan artis tempatan yang produknya berada di pasaran antarabangsa atau strategi yang digunakan oleh pihak rakaman bagi mengarus perdanakan produk kita dalam arena antarabangsa. Seperti moto Melodi tersebut yang sering war2xkan iaitu elakkan kontroversi, eloklah tidak asyik mengupas kontorversi peribadi artis aje.

Kalau pihak pengurusan mengatakan bahawa yang hidangan tiap2x minggu itu adalah mengikut selera tempatan kita, saya rasa orang kita mmg suka berhibur dan terhibur dengan apa yang dihidangkan. Dalam erti kata lain budaya hendonisma mmg kuat dikalangan org kita.

hendonisma?? er..sesuai ke ayat nie..hantam ajelah

Sunday, March 8, 2009

Man Laksa : Analisa

Mungkin ramai antara kita dah tengok cite man laksa. Bagi teman, dah banyak kali jugak lah teman nengok cite tersebut.

Mungkin ramai diantara kalangan pembaca blog teman ini setuju bahawa cite nie ntahapehape ntah.. banyak tak logik dari logiknya. Sebagai contoh, scene mat kilau terbang nyanyikan cik mek molek.

Kalo sape2x yang tengok sehingga ke akhir filem tersebut, mmg lah patut cite tue banyak tak logik kerana..........hanyalah angan2x di sepanjang cite tersebut.

Bagi teman....apa yang penerbit/pengarah filem tersebut cuba sampaikan dalam filem tersebut adalah bagi mengimbau kembali nastolgia orang dulu2x tentang suasana kemeriahan 'fun fair' yang dianggap amatlah 'best event' pada waktu tersebut. Maklumlah ...peringkat kampung.

Ianya bersifat local made filem.Hanya orang yang telah melalui zaman/event tersebut akan tersenyum apabila melihat filem tersebut.Masakan tidak, lagu2x lama diputar kembali melalui cerita Man Laksa. Bagi generasi baru seperti saya, apa yang ditayangkan dalam filem tersebut akan terpinga2x melihat apa yang dipaparkan.

Walaupun , teman ini orang kuala...tapi pada zaman 80an, teman tak pernah melalui event tersebut. Dan tak tahu langsung yang adanya event sebegitu berlaku di kampung talang.

Tahniah diucapkan melalui blog ini kepada penerbit/pengarah filem kerana menghasilkan filem garapan idea orang kita dulu2x untuk tatapan generasi akan datang.

Bagi sape2x yang tak pernah tengok cite Man Laksa , dibawah adalah sedutan dari filem tersebut.



Sekian,


Sumber gambar diambil : http://zahir.selampitz.com/wordpress/index.php/archive/review-man-laksa/

Friday, March 6, 2009

Siri Bercakap dengan Jin : Spirit2x of the coin

Teman tak pasti berapa ramai orang dah main game 'mistik/magic' nie. Tapi..diwaktu kecik2x dulu..teman penah main game ini.

Bagi yang tak tahu game 'Spirit2x off the coin' nie...meh teman habaq. Sekeping kertas ( kertas lukisan sbg contoh ) akan digunakan. Kertas tersebut akan dilakar abjad A sehingga Z dan 0 sehingga 10 akan dilakar juga di tepi kertas. Ditengah2x kertas akan ditulis 'start' dan 'end'

Tujuan abjad dan angka ini dilakar atas kertas untuk 'hantu' membentuk jawapan apabila kita tanya soalan.

Sekeping syiling akan digunakan. Kalo dapat syiling yang antik tue lagi cantek...lagi lama syiling tue lagi power 'kemistikannya'.

Syiling tue akan diletakkan di atas perkataan 'start' tadi. Permainan dimulakan dengan somebody dalam group nak main tue sebut...' Spirit-spirit of the coin, come to this coin ..and tell me the answer'.

Jangan lupa, semua geng tadi akan meletakkan hujung jari masing2x atas syiling tue.

Lepas tue..mana2x geng dlm group akan tanya la macam2x. Sebagai contoh mudah... teman sendiri tanya kepada syiling tue...'who are you'. Soalan ditanya kerana nak tahu nama hantu/spirit yang dah serap dlm syiling tue....

Selepas ditanya, maka....syiling yang kita sentuh..akan bergerak dari satu abjad ke satu abjad bagi membentuk nama 'spirit/hantu' tue...

Dan mengikut pengalaman teman sendiri...sememangnya syiling yang kita sentuh akan bergerak dengan sendiri sebab masing2x tak ngaku menggerakkan syiling tersebut bagi membentuk perkataan nama 'spirit/hantu' tersebut.

'Giler' bukan...????

Saturday, February 14, 2009

Geng Jahat

Adakah kawan2x semua mengenali encik diatas? Bagi kawan2x yang meloncat2x macam kera kena belachan ( shuffle ), agaknya...mmg tak kenal langsung.

Masih ingatkah anda?

Sunday, December 14, 2008

Astro

Baru2x nie aku langgan la astro. Penyudahnya..anak aku yg umo 2 tahun lebey nie yg tengok.

Tapi..ada satu benda yang menarik perhatian aku untuk diperkatakan dalam artikel ini. Anak aku dah mula sebut einstain..bagi rancangan 'little einstain', mickey mouse dll... dan itulah sajian minda dia hari2x.

Boleh tak aku sebut...anak aku dah di expose dengan produk2x dari negara barat? It's ok..kalo aku seimbangkan input minda dia ngan barat & islamic value.

Bukanlah aku mengatakan yang kandungan dalam astro tue tak bagus. cuma ..sebagai parents..kena seimbangkan lor..

Kalo ikutkan artikel dari oyak, lebih dari 2.02 juta pelanggan astro pada tahun 2007 bersamaan 36.5 % seluruh isi rumah ada astro.

So....kalo parents abaikan untuk imbangkan santapan minda anak2x mereka .... pengaruh generasi muda pada next 10 years akan datang..akan terus dijajah minda mereka dengan anasir barat.

Tuesday, October 28, 2008

Nabil ( Raja Lawak Astro )

Dulu..aku ada pegi ke sesi pertemuan DCL. Ada sorang mamat tue..yang jadi MC pada hari tue...sebut "Bak kata nabil...lu pikirlah sendiri".

Then...aku yang jarang tengok astro sebab astro takde kat rumah...berkata dalam hati.." Ape la mamat nie..tak faham aku ape yg dia sebut"

Lepas tue...aku ada le search dalam youtube. Tap tap..tap...aku bleh TERjumpa ngan vclip Nabil. Aku perhatikan la vclip dier yang dalam Raja Lawak Astro tue.. Penyudahnye sekarang....aku dah mule quote perkataan dia....

Contohnye...

"Dengan bakul di lengan..tanpa memikirkan masa depan...Saleha berjalan ke hadapan"

"Darah kami telah bersatu padu. Apa akan terjadi kepada saya selepas ini.."



keh3x...lawak ko memang lawak lah...terutama sekali bile jadi dracula time final.

Tapi..bile masuk melodi...tak kena lah..ko kena host lain lah...baru ko leh keluarkan lawak ko 100%.

Anway...tabik sama lu....sebab...lu pikirlah sendiri...

Sunday, July 20, 2008

Membesar dengan kartun

Tadi aku duk surf dlm youtube..
And...i'm suprised....kartun yang aku dok tengok time kecik2x dulu...ada siot..
hu3x...mmg nostalgia betul...
Antara yang aku jumpa..

He Man

Mari lawan dengan geng skeleton

GI Joe

Pergh....lawan siot..

Centurions

Pergh...mamat tiga orang nie..power sebab ada barang bleh pasang kat suite diorang tue...giler ah

Starcom

Aku tak ingat dah ..citer dier cammane...tapi yang pasti..jet diorang mmg canggih

Thunderbirds

Kalo korang ingat lagi...ada series guna puppet...mmg terhibur dengan ship & jet diorang..kagumnyer..time tue..

Robotech

Pergh..katun nie usah dikenang ar....canggih tue...jet leh tukar jadi robot tue.....siap lawan ngan makhluk asing tue...

Spiral Zone

Tak silap aku..heronye..duk dalam kenderaan satu tayar aje...kenderaan tue leh tembak2x..betul tak..layan...

Terrahawks

Katun nie..aku tak berapa ingat...tapi.....zeroidnye ...macam pernah aku tengok...

Macross

Pergh..katun nie pun gempak gak.....orang bleh assemble moto yang dia naik jadi suite ngan si jahat macam ketam....giler tul ar...kagum siot...

She-Ra

Satu company yang buat he man kot..

Care Bears

Pergh...nie pun aku layan...yang bestnye...beruang tue..leh tembak jahat ngan kaler rainbow tak silap yang leh keluar kat dada diorang..

Jem

Nie pun aku layan....lagu intronye pun best gak..

Silver Hawks

Pergh...layan katun nie...

MASK

Pergh..nie pun best giler....kenderaan yang diorang naik leh tukar jadi kenderaan lain...yang aku ingat...moto hijau tue..leh tukar jadi helikopter....canggih...canggih..

Voltron

Nie pun best gak...

Saber Rider

Ingat2x lupe cammane citenye..

Inhumanoids

penah tengok...tapi dah lupe
Ada lagi nie katun yang aku tak jumpe lagi....Giler ar....banyak tul....