Sedang teman lepak di satu sudut menikmati suasana pagi di Kuala Kangsor...terdengar pakcik spt gambar dibawah bercerita tentang Sultan Idris . Dengor labunnya...macam dia tahu aje sape Sultan Idris tersebut..asyik2x Sultan Idris.
Tanya jugak teman kepada pakcik gambo kat atas tue ttg ape yang pihak bandaran nak buat kat sayong spt gambo diatas. Labunnye...dema nak buat taman rekreasi kat belah sana. bandaran dapat RM 4 juta sebab dah upgrade jadi bandaran. Tue...yg dema up area sana jadi taman rekreasi.
Wajah di bawah agak familiar padaku. Sebelum2x ini, modus operandinya sama sahaja. Dengan berjalan2x di tepi Jalan Hang Tuah Melaka, tangan uncle ini dihulurkan bagi mengharapkah hasil derma orang ramai.
Siapakah beliau. Adakah margin pendapatan beliau melebihi margin pendapatan teman yang berjawatan pegawai?
Pembangunan infrastruktur nie ibarat kita bina rumah.. Ambik simen..ambik batu bata.. susun elok2x..jadilah rumah.
Pembangunan Sumber Manusia ( Modal Insan ) plak adalah bina pengetahuan individu. Makin pandai orang itu..makin baguslah orang dalam rumah itu.
Jadi..nak tanyalah pada korang semua.. mana patut ditumpukan dulu... pembangunan sumber manusia kepada rakyat ke... atau pembangunan infrastruktur kepada rakyat?
20 May ( 7.36mlm) "bro..dah 20 hb nie.. tinggal 11 hari je lagi nak masuk bulan xtiviti candat hr: hb tak letak lagi nie.. hr: kalo ada masalah sila beritahu..supaya yang nak join tue bleh diberitahu awal2x"
Lokasi Sekolah : KL Tahun Gambar Ditangkap : 2009 Kenapa Gambar diambil : Dinding kelas yang kopak dan capik. Jantina Pelajar : 100% perempuan.
Soalan Timbul Teman tak pasti..adakah dinding kelas tue dikopak oleh pelajar yang 100%nya perempuan. Kalau yea..hi3x..maknanya...orang perempuan nie takdelah dikatakan lembut...
Sejenak ku menyusuri 'hot spot area' di Jalan Pramlee, KL jam 1 pagi.Ramai orang berpesta bergumbira di malam minggu.
Tetiba mataku terpandangkan individu2x seperti gambar diatas disepanjang kaki lima. Kalau dilihatkan gaya sepintas lalu...mereka ini boleh dikatakan sebagai pengemis.
Bila diperhatikan lama2x..ternyata...kedudukan mereka jauh lebih hebat dari kita. Mereka berniaga. Asalkan ada idea..ada usaha... cacat bukan jadi batu penghalang.
Sedikit sentuhan kreativiti...ternyata merekalah usahawan yang sebenar.. Kita..bagaimana pula??
Teman tak pasti tempat luas nie..selalunya digunakan untuk apa... Dalam kepala teman nie..dah terbayangkan malam aje..budak2x shuffler dok joget kat tempat lapang nie..
Maybe sebab dia orang yang selalu disebut2x..maka teman upkan artikel pasal dia. Lagipun kan dia orang Perak. Sape lagi tak support dier kalo bukan orang Perak sendiri..kann??
Teman perlu baca kali ke dua untuk betul2x paham...wargh..banyaknye teman tak faham.
Antara yang tersurat dan tersirat setelah baca artikel tersebut, teman rasa banyak benda yang teman tak abes lagi explore. Nak kena belajo cara pegang tiang lampu ngan dia nie... Ada sesuatu yang dalam paler otaknya yang perlu teman belajo.
For him...i would say.tahniah bro... kerana memandang jauh ke depan.
Tahniah diucapkan kepada Senator Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom daripada MINDEF. Sesungguhnya teman tak sangka beliau akan menjawat jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kerana knowledge sharing yang diberikan oleh beliau sebelum ini adalah begitu bersahaja dan mmg kelakar giler.
Dan kalau inilah orang yang dilantik oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai anggota kabinet, maka sesungguhnya kumpulan ini memang layak menerajui Malaysia.
Teman tak pasti ..berapa ramai yang pernah nampak lelaki ini.
Orang lain pernah nampak dia dia di central market KL. Kalo teman sendiri kelibat beliau adalah di Pasar Pagi Lembah Kuala Kangsar Perak.
Kelibatnya menarik perhatian orang kerana di tengah orang ramai beliau mengajar kepada orang ramai tentang kaedah matematik tanpa segan silu kepada orang ramai. Dengan appearance beliau sebegitu rupa ..ramai yang bertanya2x..giler kah orang ini. Mengajar matematik di tengah2x alam.
Tapi ..teman rasa pengetahuan beliau amat tepu dalam kepala. Kerana ilmu itu sepatutnya dikongsi bersama..maka kegiatan beliau boleh dilihat di tempat2x awam.
"Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir."
"Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa, dan baunya) Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya."
Ada jugak plak ayat dlm al-Quran suruh manusia berfikir. Ingatkan takde ( jahilnya aku.. )
Ada jugak ayat dari Al-Quran yang sipi2x katakan ...korang jangan pikir lebih2x..nanti terpesong akidah..Ada ke? Kalo ada..korang comment yea...habaq kat chek..
Kesimpulannya...salah ka individu2x yang mahu berfikir...berfikir?? Ke..disebabkan terlebih pikir sesuatu perkara itu akan merosakkan individu dan manusia..??
Apa2x pun..terima kasih kerana nabil sebab dier jadi juara lawak astro ada tagline yg tersendiri "Lu Pikirlah Sendiri"
Ramai orang yang beranggapan bahawa dalam aliran ekonomi , akan ada turun naiknya.Kalau ikutkan rekod, dlm tempoh 10 tahun pasti ekonomi akan jatuh ....
Dlm malaysia nie...96-97 telah jatuh. 2008-2009 pun tengah jatuh....
Teman takpasti orang kat luar sana tue... especially yg pakar ekonomi nie...adakah diorang beranggapan bahawa trend ekonomi macam ini menguntungkan? atau dah mmg sifat dier mcm tue....
Masalah di Malaysia ini adalah kalau kita beranggapan ekonomi dunia dah comprem ada keluk naik dan turun, maka tempiasnya akan kena kat kita.
Adakah kita sengal kerana membiarkan perkara ini berlaku?
Tiadakah mekanisma yang terbaik bagi mengelakkan susut nilai ekonomi kita?
Sebagai negara berdaulat...sudah tentunya..negara kita bebas. Kalo dlm konteks ekonomi...bebas dari kekacauan/ribut taupan ekonomi orang lain.
Dah macam lembu dicucuk tali la plak...ekonomi negara US jatuh...ekonomi kita pun jatuh. Eh? macam sengal je.....
Ekonomi diorang naik....kita pun turut naik...eh? Merdeka ape ropernye kalo dah gayanya macam itu?
Adakah kerana orang kita yg pakar ekonomi dari segi bilangannya tidak cukup menyebabkan tindakan diorang tak bleh nak cover trend turun naik ekonomi.
Adakah orang kita masih lemau lagi dalam aspek pengurusan kewangan sehingga ekonomi domestik dlm negara masih macam cipan sehingga senario begini mudah berlaku.
Adakah pemikiran orang kita tidak cukup otai untuk memikirkan kaedah baru bagi mengekang cengkaman ekonomi negara kita?
Mendengar majlis ilmu yang disampaikan oleh Y.Bhg Mejar Jeneral Dato' Jamil Khir Bin Hj Baharom ttg Perpaduan Tonggak Kecemerlangan Negara membuat teman ketawa memanjang.
Dari awal hingga akhir ..mmg senyum ketawa tak lekang.
Anway.. antara pengetahuan yang disampaikan adalah kurang perpaduan di somalia. Menurut beliau, orang somalia telah berperang lama. 99% adalah beragama islam syafie.Diorang ada 18-19 clan. Walaupun agama sama..tapi telah banyak mengorbankan nyawa disebabkan tiada perpaduan.
Antara lain...kalau orang kita mmg betul2x solat 5 waktu... dengan solat fardu tersebut...orang kita akan bersatu padu. Bukan setakat malaysia shj.. tapi satu dunia yang beragama islam akan bersatu padu. So..conclusionnya..kalo tak bersatu padu tue..maknanya ...yang wajib 5 waktu tue takde ar..ehem.......
Dlm bab sembahyang pun kite bergaduh. Yang hukum sunat plak dipersoalkan. Bergaduh bab sembahyang trawaikh. Ada yang kata 18 ..ada kata 10 ... padahal ibadah itue adalah sunat hukumnya. Buat apa nak bergaduh pasal itu. Tumpukan ( consolidate ) yang wajib...
Err..ape lagi yea...adeh..buku catitan teman tak bawak la ke opis..tertinggal kat rumah.
Anyway..sedikit info pasal beliau.
Nama masuk kubur : Jamil Khir Bin Baharom Nama hiasan : Y.Bhg Mejar Jeneral Dato'Jamil Khir Bin Hj. Baharom Jawatan : Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera, Jab. Arah KAGAT, Kementerian Pertahanan Malaysia.
Pendidikan : Sarjana Muda Syariah, Akademi Islam, UM 1986 Melanjutkan pelajaran ke peringkat MA di US dlm bidang Islamic Studies ( Pengurusan Ekonomi Islam ) - 2000 PHD di UKM
Pekerjaan : Menjawat jawatan di jabatan Arah KAGAT ( Pegawai staf 3- Pegawai staf 1 Perkhidmatan ) Dinaikkan ke Pangkat Kolonel - 1 hb April 2002 * menjawat jawatan yg sama Timbalan Pengarah Pengurusan - Jabatan Arah KAGAT -2004 Brigedier Jeneral dan Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera - 6 Oktober 05 Mejar Jenral - 16 Jan 08
Pengalaman Berkhidmat Panji2x PBB di Somalia selaku Pegawai Staf 2 Latih dalam Kontinjen Malaysia - tahun 1994 Hadir kursus di luar negara- School of Islamic and Social Sciences ( SISS ) Virgina US.