Showing posts with label community. Show all posts
Showing posts with label community. Show all posts

Sunday, February 8, 2009

Minat Orang Perempuan 02

Di satu sudut plak, teman perhatikan buku2x berkenaan cinta banyak jugak di'display'kan. Ada la 2 perempuan kat situ belek2x buku cinta kat situe gak. Cuma teman tak sempat nak snap gambo diorang aje. Kalo tak...dah lama muke diorang glamer dalam artikel nie.

So..orang perempuan nie mmg suka baca buku cinta eh?

Kena tanya Zara Aluwi nie..



p/s - nasib baik teman ada geng novelist dalam blog teman nie..he3x..

Minat Orang Perempuan

Semalam singgah kedai buku. Saje je..nak usha buku ape yang best nak dibeli..hi3x..blom tentu abes dibaca. Sedang teman nak pegi cari buku kat belah dalam, teman nampok le banyak buku masakan kat satu tempat. Usha kat gambo bawah nie..



So..makcik baru biru spt gambo kat atas nie..nyiggah la nak tengok isi kandungan tue spt gambo kat bawah.


Tak lama kendian..eh..ada plak sorang perempuan nie datang kat ruangan tersebut. Sama gak aksi ngan baju biru kat atas tue..dia belek buku resepi. EH??
Soalan

  1. Mmg orang perempuan suka baca buku resepi ke?
  2. Mmg orang perempuan suka memasak ke?

dari sepanjang pemerhatian teman meloncat dari satu blog ke satu blog, ramai jugak mak budak dan aweks memaparkan artikel tentang cuppy cake lah..spehentti lah..mee bandunglah..dll. Satu kali soalan lagi sekali.Mmg korang suka memasak eh?

Saturday, February 7, 2009

5,000 Karpal Singh

Ada sesuatu yang menarik untuk diperkatakan tentang ape yang berlaku kepada apa yang berlaku kat senario politik kat Perak. Fokus teman bukan ape yang berlaku kat sana, tetapi kenyataan berani mati Karpal Singh nie untuk menyaman Sultan Perak.

Secara jujurnya, teman salute dengan beliau kerana akan menyaman Sultan Perak sebagai defendance. Dalam hidup teman sebanyak 30 tahun, teman tak pernah dengar plak rakyat biasa kite akan saman sultan atau institusi sultan.

Sekarang,dengan umur Malaysia 50 tahun merdeka, Malaysia sendiri telah lahirkan rakyat yang berwibawa menegakkan undang-undang. Secara kasarnya, Malaysia telus dalam menghasilkan sumber manusia yang kompeten, kompetatif, cemerlang dan gemilang sehingga melahirkan individu seperti Karpal Singh. Dan nampaknya, rakyat Malaysia semakin berani dan ingin maju kedepan.

Sebagai pengamal undang-undang dan menjadikan undang-undang sebagai tonggak utama dalam kehidupan harian, sudah tentunya Karpal Singh akan menggunakan pengalaman dan ilmu pengetahuan beliau dalam isu ini.

Samada Malaysia akan jadi positif atau negatif, itu terpulanglah kepada rakyat Malaysia untuk takrifkan apa jua yang difikirkan. Sehingga umur Malaysia Merdeka selama plus minus 50 tahun, kita akan nampak 1 Karpal Singh. Bile eh...kita akan nampak 5,000 Karpal Singh pula?

Kesimpulannya apa yang teman nak katakan disini adalah inilah Malaysia yang dibentuk sendiri oleh negara bangsa kita. Semoga kita terus maju.

NEGARAKU
(LIRIK)


NEGARAKU
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
RAKYAT HIDUP BERSATU DAN MAJU
RAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA
RAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA

p/s - kita dok nyanyi NEGARAKU dari darjah 1 hingga 6 tahun ( 6 tahun tue beb.. ) ..betulkah itu yang berlaku. Dan kita masih lagi tersenyum...


Mari kite nyanyi ramei2x sekali lagi..

Saturday, January 24, 2009

Wednesday, January 7, 2009

Edisi Bedah Siasat

Dari pudu nak ke area cm, gua tengok...ramai peniaga dibawah meniaga seperti gambar dibawah.Tapi tak kisah la kan...sebab "diorang" ni berniaga.Bukannya merompak atau memeras ugut.Yea tak..

Cuma ianya tak berapa nak teratur ar..bersepah2x...Menyakitkan mata memandang.


Gua maju la kedepan lagi..gua tengok..inspektor sahab...eh...silap...penguatkuasa... penguatkuasa nie sdg menjalankan tugas mereka.usha gambar dibawah.

Timbul soalan..kedai mcm gambar pertama kat atas nie bersepah2x kat area sana. Penguatkuasa nie menjalankan tugas. Tapi...err...tugas yang macammana tue yea? Wallahualam.

Bak kata nabil..lu pikir la sendiri.

Baca Ape tue?

Semalam gua jalan2x kat area pudu menuju ke area bangkok bank. Nak naik bas ke batu caves. Then gua nampak la brother baju putih nie dok telek something atas kertas. Gua nak tanyakan bas no beraper ke Batu caves. Kang tak nak tanya kang...malu bertanya sesat jalan la plak..tul tak..?

Tapi kan...cube korang teka..diorang berdua dok belek ape kat gambar kat atas.

Friday, January 2, 2009

Pesta Layang-Layang Melaka

Hari tue teman nak usha le event pesta layang2x kat dataran pahlawan. Sampai aje kat saner..lorr....diorang tengah "bungkus". Terlewat aku...Maybe baru hujan kot. So, penganjur cakap..."ah..lebih baik aku bungkus...bleh tdo kat rumah"


Sempat jugak le teman snap beberapa gambo yang belum diorang sempat bungkus. Itu aje lah ceritanye.



Sunday, December 14, 2008

Community: Friendster

sumber

Kalo kite usha kat friendster... gender yang paling ramai masuk community tue...ialah perempuan. Range umur paling tinggi ialah 18-24 tahun.

Conclusion..
  1. orang perempuan suka bersembang2x..atau nak kenal2x..
  2. had umor 18-24 tahun nie....nak kenal orang ..tapi malu..so..diorang guna la internet..


bleh tak conclusion cam tue..ha3x..komen ar beb

Tuesday, September 2, 2008

PIBG

ARKIB : 01/09/2008
Jangan salah faham fungsi PIBG

KEBANYAKAN kita terlibat dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Namun masih ramai antara kita yang tidak memahami fungsi sebenar PIBG.

Akibatnya, ada kalanya PIBG dijadikan medan perdebatan di kalangan ibu bapa dan guru yang melibatkan pencapaian prestasi akademik dan moral anak-anak jagaan kita.

Justeru, demi kebaikan anak-anak jagaan kita (ibu bapa) dan anak-anak didikan kita (guru) adalah diharapkan semua ahli PIBG memahami matlamat asal penubuhan PIBG agar kita semua dapat bergerak di landasan yang betul dalam suasana yang penuh harmoni.

Berikut adalah sebahagian daripada pekara asas yang perlu difahami oleh semua ahli PIBG dari segi fungsi dan batasan kuasa:

PIBG yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan adalah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang berkenaan.

Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat (school home community partnership).

Di samping itu, PIBG juga mempunyai peranan 'saling melengkapi' terhadap fungsi Kementerian Pelajaran dalam menyediakan prasarana, kemudahan, dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah berkenaan.

Maksud PIBG ialah:

a) Mengadakan suatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid di sekolah atau institusi pelajaran itu;

b) Membantu dan menambah usaha sekolah atau institusi pelajaran pada memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan-kegiatan mereka;

c) Membolehkan ibu bapa dan guru-guru di sekolah atau institusi pelajaran itu bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pelajaran pada amnya;

d) Memberi peluang kepada guru-guru dan ibu bapa di sekolah atau institusi pelajaran itu berunding antara satu dengan lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pelajaran anak-anak mereka pada amnya.

Tujuan-tujuan PIBG pula ialah:

a) Menentukan supaya murid-murid di sekolah atau institusi pelajaran itu memperoleh faedah maksimum daripada kemudahan-kemudahan pelajaran mereka.

b) Menentukan supaya murid-murid di dalamnya mempunyai sumber-sumber yang perlu untuk membuat kerja-kerja sekolah mereka baik di rumah atau di sekolah atau institusi pelajaran itu.

c) Mewujudkan alam sekeliling yang sebaik-baiknya bagi sekolah supaya membolehkan murid-murid mencapai perkembangan kerohanian, keakhlakan, otak dan jasmani.

PIBG tidak boleh memperluaskan bidang kuasa kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah, pekerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan yang lain dalam sekolah.

PIBG tidak boleh melibatkan dirinya dalam hal-hal yang berkaitan dengan profesyen dan syarat-syarat perkhidmatan para guru sekolah berkenaan.

PIBG tidak boleh menjadikan dirinya sebagai mekanisme atau instrumen bagi tujuan menyelesaikan masalah atau apa-apa perkara yang berkaitan di antara dirinya dengan pengetua/guru besar atau staf sekolah atau Jabatan Pelajaran Negeri atau Kementerian Pelajaran Malaysia atau Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan.

PIBG di sekolah-sekolah juga diingatkan supaya tidak membabitkan persatuan dan sekolah dengan apa juga kegiatan yang boleh menggugat kestabilan sistem persekolahan dan perpaduan masyarakat setempat.

ROZMAL MALAKAN

Seremban