Showing posts with label photography. Show all posts
Showing posts with label photography. Show all posts

Thursday, July 9, 2009

Friday, June 19, 2009

Bukit Supai

Korang tengok aje lah gambar nie yea..



Terukir sebuah senyuman



Wah...
Besar juga tangkapan mereka berdua,
Berduet bersama di waktu petang yang indah,
Yang setia menanti pulangan versus masa,

Girang dihati mereka,
Kerna petang itu...mereka berjaya,

Buat akak berdua,
Tahniah diucapkan,
Kirim salamlah kepada orang soromban,
Naik basikal poie pokan...

Thursday, June 11, 2009

Warna itu.



Cat ini saksi membelah lautan,
Dulu halus, sekarang kian merekah,
Bukti cinta unggul seorang nelayan kepada ombak dan badai,

Warna ini jugak bukti setianya seorang nelayan,
Mengharungi malam yang gelap gelita,
Bersaksikan bulan dan bintang,
Meragut kesepian malam,
Dengan laungan dan sorakan si nelayan.

Andainya aku tahu,
Andainya aku mengerti,
Andainya aku boleh mentafsir,
Rekahan cat itu.


ha3x...balun aje lah...

Malam itu



Malam itu,
Cengkerik girang menyanyi,
Burung tiung pulang ke ganggang,
Yang cerah kembali malap,

Malam itu,
Sejuk mencengkam ke tulang,
Angin bayu sepoi-sepoi meniup,
Indahnya malam itu,

Malam itu,
Limpahan lampu indah mewarnai malam,
Ingin ku lukiskan buat kenangan,

Dan malam itu,
Aku asyik dengan keindahan malam

Nelayanku


Nelayanku,
Tanpamu tidak lengkap sebuah kehidupan,
Ikan yang ditangkap olehmu, amat diperlukan,

Nelayanku,
Keringat jerihmu tak ramai yang mengerti,
Asal pagi pulang ke petang,

Nelayanku,
Anak-anak kecil menantimu,
Pecut comel itu girang menantikanmu,

Tanpamu, KFC mungkin lagi kaya,
Nelayan..oh nelayan...

Sunday, June 7, 2009

Wajah ini



Wajah ini muncul kembali,
Kerana sifatnya yang putih mulus,
Tidak mengerti seribu daya permainan duniawi,

Eh..eh..eh..comotnye...
Anak sapa la tue..??

1 + 1 = dua....
Dua..emir ..dua...

Peace Yo



Dulu...simbol jari itu sama seperti sekarang,
Mana munculnya simbol sebegitu..tidak ku pasti,
Ramai orang mengerti dengan simbol itu,

Tetapi adakah simbol itu elakkan peperangan dari berlaku?
Tidak sekali..
Tetapi..tidak mengapa..kerana sebagai manusia kerdil usaha seperti itu wajar dibuat,

Peace upon you tue bro..

Besi pun bleh terbang



Tanpa pengetahuan..siapa sangka ada besi boleh terbang,
Tanpa pengetahuan..siapa sangka besi boleh terapung,
Ikutkan logik..besi kan berat..mana bleh terapung di udara dan lautan.
Letak saja besi kursani diatas air..pasti tenggelam.

Bagaimana?
Hanya gunakan sedikit pengetahuan..semua jadi.
Gunakan kepala gila di awal ciptaan, sekarang tidak lagi...
Semua manusia anggap ini biasa sahaja,
Sekarang begitu, dulu?
Manusia cakap..gilalah ko..
Aneh bukan.

Flora-Flora Cinta



Hidupku memerlukanmu,
Agar dapat hiasi dirimu,
Agar lebih banyak ruang lingkup untuk manusia bernafas,
Agar lebih ceria ciptaan tuhan,

Hidupku memerlukanmu,
Ibarat laila dan majnun,
Merpati dua sejoli,
Kita? Lebih dari itu,

Hidupku memerlukanmu,
Kenapa?
Aku tidak mengerti!!
Kau tahu wahai manusia?