Showing posts with label religion. Show all posts
Showing posts with label religion. Show all posts

Wednesday, May 6, 2009

Erk..Lord Of The Rings



Erkk..tue yang ketot2x pakai baju pink tue... geng lord of the ring ke..

Sape yang tak pernah nampak senario begini kat Masjid Putrajaya..pasti tersenyum..

Thursday, April 16, 2009

Merokok Tue Haram

Lokasi : Betul2x depan masjid india.

Buat rakan2x yang masih conpius nak berhenti rokok atau tak reti2x nak berhenti dari merokok tue..sudah2x lah..

Berhenti lah hisap rokok tue..Kalo dah terang lagikan bersuluh... buat lah yang terbaik. Dah ada fatwa haram pun..

Friday, April 10, 2009

Merancang menguasai dunia : Strategi

Ape ke sengal mamat nie ..tak abes2x lagi dengan agenda menguasai dunia...ha3x...

But i'm serious about this. I want my faith to be increase...
Anyway tanpa melengahkan masa teman post artikel strategi asas bagi menguasai dunia. Kalau korang duduk di bulan..korang akan menggambarkan manusia ini ramai melata di seluruh bumi seperti gambo kat bawah.


Dan dalam gambarajah diatas adalah gambaran bagaimana komposisi antara muslim seperti aku yang dok kat malaysia ini dan non muslim yang lepak di eskimo sebagai contoh.

Senario sekarang

Kalo korang tengok gambarajah A dibawah, komposisi majoriti manusia yang dikatakan non-muslim adalah gambaran dimana mereka menolak dan terus menolak kita. Implikasinya..ramai yang dibom, ramai yang masuk pusat serenti, ramai yang jadi mat rempit, ramai yang macam2x korang tafsir sendiri lah.

Apa yang dah berlaku sayang.....Our community dah down shrink. It is true or not..?? Kalau tak betul sila tunjukkan figure untuk memudahkan kerja..

Gambarajah A

So, kalau betullah seperti gambarajah A itu, maka kita mahu bulatan hijau ini berkembang seperti di gambarajah B.Bagaimana?? Guna hukum logik la sayang.. supaya orang yang berfikiran logik di luar kelompok kita pun akan cakap..."aha..betul lah...., apesal kamu tak kabo awal2x"

Gambarajah B

Tingkatkan pengetahuan teman dan korang... comprem boleh.

Tuesday, April 7, 2009

Sapa kata tuhan itu 3?

Sapa la yang pandai2x ubah dlm bible mengatakan tuhan tue ada 3 ( trinity ). Sengal btol ar.. Kalo tuhan tue ada roper zat macam manusia ..bleh ar cakap macam tue..sengal ar..

( Eh, ko nie pandai2x cakap la plak ..apa buktinya )

Kita tahu yang manusia nie diciptakan dari tuhan. Tapi sedarkah apa yang membezakan antara manusia sesama manusia. Kalo korang tanya budak sekolah darjah 6 diorang pun bleh jawap..kacang je tue..

Jawapannya tentulah cap jari..

Kalo korang tanya orang yang masuk U skit...dah mestilah DNA.

Yep.. cap jari dan DNA..satu pengenalan unik dan berbeza dari 1 manusia ke 1 manusia yang lain.


Eh??..kalo dah manusia pun unik dari seorang ke seorang yang lain..takkan la plak korang nak samakan manusia dan tuhan..

Macam jugak korang lahir...takkan korang lahir dari perut ramai orang..mesti korang lahir dari single mother...

Pikir tue pun dah cukup...layan..

Orang Yang Menghina Institusi Raja Atau Agama Islam Hendaklah Di Kenakan Hukuman Berat

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Sekurang2xnya ..manusia yang beragama islam akan mengucapkan ayat seperti diatas 5 kali sehari. dlm sebulan dapat 600 kali. So..maknanya bagi yang memahami ayat diatas...sewajarnya hati kita akan jadi lembut kerana ucapannya yang agak kerap selari ngan zat-Nya yang MAHA pemurah dan MAHA penyayang.

Tapi..bila teman usha kat dlm laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia http://www.islam.gov.my/portal/ bila kita lihat area kajian dari individu (yang teman percaya orang kita jugak ) telah vote tentang perkara ini iaitu 76% setuju agar orang yang menghina raja dan agama islam dikenakan hukuman berat.

Dalam hati teman...eh??? benarkah itu sepatutnya berlaku.adakah dalam islam mendidik supaya sentiasa pemurah dan penyayang. Adakah hukuman patut dilaksanakan?? Mana nilai islam yang selalu bermain2x di lidah kita?

Ianya tidak selari dengan ucapan yang kita ucapkan hari2x. Teman tidak setuju dengan perkara ini. Kalau individu yang menghina raja dan agama islam, maka pendekatan yang berhemah dan bijaksana perlu dipupuk kepada individu tersebut.

Sebagai orang yang berpandukan al-Quran dan hadis, maka pengetahuan yang secukup2xnya wajar diterapkan kepada individu tersebut. Kalau kita menangani isu ini dengan mengenakan hukuman berat..maka soalannya..apakah bezanya kita dengan mereka yang menyekutukan tuhan.

Teman percaya..jika pengetahuan disupplykan kepada individu yang menghina raja dan agama disampaikan dengan cara yang berhemah dan kena dengan strategi penyampaiannya...maka teman percaya ..cemuhan ini akan berkurangan . Dan pujian terhadap Allah dan rasul akan sentiasa meniti di bibir mereka.

Keimanan

(Apesal la pagi2x nie teman dah berceramah..ahaks )

Adakah rukun iman itu hanya sekadar percaya sahaja? Jawapan yang comprem teman jawabkan adalah TIDAK.

Kalo korang skodeng surah Al-Fat-h ayat [4] disebutkan:

(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Kalo korang skodeng surah Al-Nahl ayat
[102] disebutkan

Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu diturunkan oleh Ruhul Qudus (Jibril) dari Tuhanmu dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, untuk meneguhkan iman orang-orang yang beriman, dan untuk menjadi hidayah petunjuk serta berita yang mengembirakan bagi orang-orang Islam.

Kalo nak ikutkan ayat dlm kedua2x surah tue.... tuhan sebutkan "supaya mereka bertambah iman" dan " meneguhkan iman orang-orang yang beriman". Itulah dalilnya perlu kita semua meningkatkan iman.

Tapi..cammana nak meningkatkan iman?? Kalo dari jawapan peribadi teman... mudah aje... kena start dari sebarang persoalan dan ditambah pula dengan rempah ratus pemikiran.

Mudah bukan... :D

( apesal teman post artikel macam ini ...adehh.. )

Monday, April 6, 2009

Antara ikutan & berfikir

Baru sahaja membuat knowledge sharing ( tidak formal ) dengan 4 orang sahabat. Teman lontarkan tajuk Rukun Iman di http://theministryofmind.blogspot.com/2009/04/rukun-iman.html

Tujuannya nak mereka berfikir dan terus berfikir.Bukan untuk tunjukkan siapa yang bagus..

Antara yang menarik untuk teman kongsikan adalah antara ikut dan berfikir. Tapi apakah maksud ikut & fikir.

Nie adalah definasi teman yg bersifat peribadi & logik.

Ikut = orang suruh buat A, kita pun buat A

Fikir = orang suruh buat A, kita analisa dan rancang untuk buat A.

( Apesal la teman cite macam ini.. boring betul)

Antara sumber rujukan yang paling power dan sahih adalah untuk membahaskan isu ini adalah dari sumber Al-Quran itu sendiri...

Tapi...kenapa perlu manusia itu berfikir??? Nak buat ape pikir penat2x..duk diam2x udah lah...Orang cakap A..ko buat A lah.. Ngada2x betul..

Well the answer is in the Al-Quran. Korang skodeng la ayat Ayat Ar-R'ad ( lihat contoh tafsiran kat sinie : http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/13.html )

"Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir."

"
Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa, dan baunya) Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya."

Ada jugak plak ayat dlm al-Quran suruh manusia berfikir. Ingatkan takde ( jahilnya aku.. )

Ada jugak ayat dari Al-Quran yang sipi2x katakan ...korang jangan pikir lebih2x..nanti terpesong akidah..Ada ke? Kalo ada..korang comment yea...habaq kat chek..

Kesimpulannya...salah ka individu2x yang mahu berfikir...berfikir?? Ke..disebabkan terlebih pikir sesuatu perkara itu akan merosakkan individu dan manusia..??

Apa2x pun..terima kasih kerana nabil sebab dier jadi juara lawak astro ada tagline yg tersendiri "Lu Pikirlah Sendiri"

Rukun Iman

Ada sesuatu yang teman hendak perkatakan pagi ini.

Kalo korang tanya budak tadika...mesti diorang bleh jawab apa itu rukun iman. Buat yang agak2x blur.... kat bawah nie lah rukun iman dlm bentuk text roman.

  1. Percaya Kepada Allah
  2. Percaya kepada malaikat
  3. Percaya kepada Kitab-kitabnya
  4. Percaya kepada nabi dan rasul
  5. Percaya kepada Hari Kiamat
  6. Percaya Kepada Qahda dan Qadar
Antara banyak2x rukun dlm dunia nie yang mana paling teratas dulu. Rukun iman dulu ke...atau rukun islam?

Kalo korang tanya teman lah...dah comprem lah rukun iman. Sebab ..percaya dahulu baru diikuti dengan tindakan ( aka ..rukun islam )

Masalah dengan komuniti Malaysia ini, ramai yang menekankan dulu tentang sembahyang lima waktu lah, bacaan tak betullah dll lain2x yang korang pikirlah sendiri...Teman tak salahkan diorang. Manusia sentiasa mengutamakan yang itu disebabkan manusia mudah memberikan komen dan pendapat berdasarkan apa yang dilihat dengan mata dan disertai dengan perbuatan.

Tapi....berapa ramai yang berani mempersoalkan tentang kepercayaan ( rukun iman ).Kerana apa? Kerana benda tue tak nampak....

Oleh yang sedemikian, janganlah kita asyik mempersoalkan tentang islamnya orang lain. Tanya pada diri sendiri. Mulai pada diri sendiri.... Pada yang rasa lompong2x tue...teman cadangkan pada diri teman ( kalo yg laen2x tue nak baca bagos ayat nie ..buatlah ) kaji diri sendiri..tingkatkan prestasi diri berpaksikan kepada kebenaran al-quran dan hadis.

Bak kata Nabil..lu fikirlah sendiri.

Thursday, April 2, 2009

Demi Masa & Unit Trust

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.

Al-Ashr (Q-103)

Teman tak pasti kenapa tuhan bersumpah "demi masa". Kenape eh?

Tapi..ayat nie teman amat cukup minat ( ayat tak hafal pun..adeh.. ). Kalo ikutkan ayat tue..teman rasa mmg benarlah apa yang terkandung dlm Al-Quran tue..

Bile teman buat unit trust nie, baru nampak jelas skit kekaburan teman yang dulunya..pakai baca aje..pahamnye idok... ( kata korang....lawei..mamat nie nak promote unit trust rupanya.. )

Dengan buat unit trust nie..ayat tersebut diterjemahkan dengan tindakan yang teman lakukan.

Kalau sapa2x yang paham unit trust nie.... nilai ringgit yang diperolehi adalah berdasarkan masa. Katakan si A simpan masa tahun 1970...tak sama dengan si B yang simpan pada tahun 2000.Lagi teruk kalo sape2x yang tak simpan. Nilai masa itu terbazir begitu saja.So..sapa yang tak simpan itu..mmg mematuhi standard piawai yang tuhan bagi kitab al-quran suruh baca.............dan jangan lupa PAHAMKAN..... ( eleh..kita orang laen..dia tue.. ).

Disebabkan sudah terang lagikan bersuluh..teman pun menyimpan sedikit $ bagi mengelakkan standard piawai nie terkena kat teman.

Orang kata..masa itu berlalu..setiap saat ..masa telah habis digunakan. Bagi kebanyakan orang..."dah abis abes le".. buat ape nak dipikiorkan.

Dan..teman ambil langkah inisiatif bagi mengadakan blog. Kerana setiap saat atau setiap perkara yang telah berlalu, teman rekodkan dlm blog ini untuk kutipan sisa2x masa yang telah berlalu pada masa2x yang akan datang.

Sekurang2x..masa yang berlalu tidak membazir begitu sahaja.

Kata atas nie adalah graf mewakili masa berkadar terus dengan jangka hayat kita ( maksud kasarnya..masuk kubor ar.. ).

Semakin masa meningkat, saja je teman hightlightkan lebih merah sebelah kiri graf kerana nak ingatkan teman.....dah kritikal sangat la tue.....

Gitulah kiranya....Demi Masa...

Ada komen yang bleh topup entry nie.....amat dialu2xkan untuk pengetahuan dan awareness teman..

Friday, March 27, 2009

Kisah di sebalik gambar


Tetiba je mata teman tertarik dengan gambar di atas meja member teman yang beragama hindu. Tertarik sebab, dia letakkan gambar tue atas meja kerja dier. Atas dasar ingin tahu..teman pun tanya lah ape kebenda tue...

So..dia citer, ayat tue adalah kata2x nasihat dari dewa krishna ( pelindung ) kepada arjunan selepas pembunuhan arjunan terhadap abg tirinya iaitu karnan. Nanti ..teman tempekkan ayat tue ..untuk pengetahuan kite masing2x..

Yang berdiri besar tue..adalah dewa khrisna ( pelindung ).

Setelah member teman tue citer, ada satu scene tue..membuatkan perkataan OOOOOoooOo keluar disebabkan teras scene tersebut ada persamaan dengan sejarah agama islam ataupun krisitian.

Scene tersebut adalah ibu kepada karnan tue mengandung macam ala2x citer maryam mengandungkan nabi musa. Menurut member teman tue lagi... selepas ibu karnan tue lahirkan karnan, ibu karnan ...menghanyutkan karnan di dalam sungai lalu dibela oleh Thuriyothanan. Thuriyothanan nie musuh kepada suami ibu karnan tue...

Gitulah citer ringkasnya...

anyway..ini adalah translation bagi word dlm gambo kat atas..thank pavala..

The Geethasaram or the wordings which Lord Krishna told to Arjuna during Kurushetra War is translated in English as below.

Whatever has happened is for good.

Whatever is happening is going on well.

Whatever will happen will also be good.

Why are you repenting for whatever you have lost?

Have you brought anything with you which you have lost?

Have you produced anything that is destroyed?

Whatever you have gained, you have taken from here.

Whatever you gave, you have given here.

Whatever belongs to you today, yesterday belonged to someone.

It may belong to someone day after.

“Change is the Rule of Nature”.

Wednesday, March 25, 2009

Mat Rempit

Ramainya budak2x bujang kita yang enjoy layan moto.

"Mesti ar layan... best beb. Darah tengah membuak2x..sape paling power dier ar hero. Lagipun boring ar..tak tahu nak buat ape..."

Teman setuju dgn statement diatas. Usia pada waktu tue..teman pun ada rasa macam nak jadi hero antara member2x yang laen dan boring.Nasib baik waktu zaman2x teman muda, teman dapat moto honda cup c70 lampu petak...kalo tak rasanya teman pun jadi mat rempit.

So..pandai2x la "orang kita" nak utilize tenaga muda "orang kita" jugak. Kalo tak reti2x nak utilize...mmg "korang" sengal ar....

Kalo korang tengok paper yg teman snap tue..teman ada bulatkan iaitu "mat rempit". Ada isu sorang member tue... En Bezita namanya. ha3x...

Isu yang dibangkitkan adalah perkataan Mat bagi menggelarkan seseorang. Teman rasa teman pernah terbaca pasal isu penggunaan perkataan Mat nie. Kat mana yea..teman dah lupe.

Antara penggunaan perkataan/penggunaan Mat yang popular nie kat orang kita adalah Mat Cangking, Mat Jelebor, Mat botak dll yang korang pun familiar org dalam komuniti korang.

Isunya hanya satu penggunaan nama Mat nie ..kata asalnya adalah dari perkataan Muhammad iaitu nabi junjungan kita. Sebuah nama yang wajar kita hormati, tetapi kita di asia tenggara nie telah lanyak perkataan Muhammad tersebut dengan jadi mat rempit lah...mat cangking lah.. dll lagi.

Tapi..betul ker asal perkataan Mat tue datangnya dari nama nabi kita? Kalau betullah, mmg tak wajar lah digunakan penggunaan nama Mat tue. Kalo tak betul, hantam sajalah.....

Wednesday, March 11, 2009

Al-'Asr

[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------Al-Al-Kauthar

[1]
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).
[2]
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
[3]
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
An-Nasr

[1]
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), -
[2]
Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, -
[3]
Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Quraisy
[1]
Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah)
[2]
(laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam),
[3]
Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini,
[4]
Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.

Friday, January 9, 2009

Manipulation Of Gin ( Second Edition )

Unjuran dari blog teman bertajuk Manipulation Of Gin

Saje je teman masuk website e-fatwa. Nak tengok gak ape yang menarik dalam tue..

Then...mata teman tersorot ke fatwa pasal Penggunaan Jin Menurut Islam. Usha kat sinie.

Keputusan
  1. Bersahabat dengan jin dengan tujuan mendapatkan pertolongan dalam perkara-perkara yang ditegah oleh syarak adalah haram.
  2. Meminta pertolongan jin dalam rawatan perubatan sehingga membawa kepada syirik adalah haram.
  3. Meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan kehebatan adalah haram.
  4. Meminta dan menggunakan khidmat jin untuk ilmu sihir atau nujum adalah haram.

Kesimpulan
  1. Lor..boleh rupernye kita bersongkol dengan Jin. Ada sape2x tahu? Ajar skit. Jangan kedekut ilmu la kawan... :D
  2. Mesti ada orang kite yang ada geng dengan Jin. Ape lagi..hanto le Jin kat Israel tue. Suruh Jin tukor angka dalam bank Israel tue jadi negatif 100 bilion pun dah cukup bagus. Bleh bantutkan diorang nak invest dalam perkakasan nak serang palestin.
  3. Err..ape eh lagi...korang tambah lah sendiri

Kenapa berlaku?

Kekadang teman rasa yang apa yang berlaku di konflik tebing barat sana SEKARANG bukanlah berlaku disebabkan atas faktor agama.

Sungguh pelik sekali kerana kedua agama ini ( islam dan Yudaisme ) saling menamatkan nyawa tetapi sumbernya dari satu iaitu Allah.

Kalau ikutkan rukun islam ada 2 perkara iman yang perlu kita percaya iaitu:
  1. Beriman kepada Kitab-kitab
  2. Beriman kepada Rasul-rasul
Perkara pertama iaitu beriman kepada kitab2x. Orang yahudi menjadikan taurat sebagai kitab rujuk kepercayaan mereka. Dan sudah tentu juga kita percaya kepada kitab taurat tersebut.Kan dah selari kepercayaan mereka dengan kepercayaan orang islam.

Begitu juga dengan rukun kedua iaitu beriman kepada Rasul. Dah tentu kita beriman kepada Ishak dan Yakub kerana mereka berdua adalah keturunan Yahudi.

Oleh yang sedemikian, agama bukanlah penyebab utama yang merestukan pertumpahan darah manusia kerana asas kepercayaan yang sama antara agama masing-masing.

Faktor utama yang teman dapat lihat adalah faktor KEUNTUNGAN. Ada sekumpulan orang/organisasi yang pasti tersenyum apa yang berlaku di tebing barat kerana duit masuk.
Antara pihak yang dirasakan buat duit hasil dari konflik tersebut mungkin:

  1. pihak media
  2. pembekal minyak
  3. Syarikat jual senjata
  4. dll

Yang dll tue..korang tambah lah sendiri. Bak kata nabil..lu pikirlah sendiri.

Wednesday, January 7, 2009

Apa yang dikatakan umat ISLAM

Kita gah mengatakan bahawa al-quran itu hebat..al-quran itu mukjizat, berpengetahuan tinggi dll...Kalo kita mengatakan kita ISLAM sudah tentu kita beramal dengan kitab tersebut.
Dan sudah tentu individu yang otai terhadap kehebatan al-quran itu hebat setidak-tidaknya dari ilmunya.Katakan 5% muslim dalam dunia ini adalah hebat ilmu pengetahuan dalam al-quran.
Dan hebat mereka itu adalah merupakan golongan yang lebih maju dari segala individu sezamannya.

Betul tak teori aku nie..kalo betul..teruskan membaca ayat dibawah.

Dan individu yang kita katakan 5% itu terus mengarus perdanakan kehebatan mereka terhadap komuniti sekeliling mereka. Tidak kisahlah..jiran mereka, rakan mereka, sahabat handai yang dekat dengan mereka dll.

Dan terus membentuk komuniti manusia yang lebih hebat dari mana2x komuniti manusia yg lain.kalo ikutkan teori yg aku cakapkan tadi..bolehlah digambarkan dengan rajah dibawah.Warna oren mewakili 5% individu dalam dunia yang tinggi ilmunya yang beramal al-quran termasuklah komuniti yang disebutkan diatas.

Biru pula adalah kelompok manusia yang kurang sedikit menjadikan alquran sebagai teras pengetahuannya. dan bolehlah menambahkan warna lain ditingkat bawah piramid tersebut bagi menggambarkan kurangnya sandaran al-quran sebagai teras utama pengetahuan.



Lalu boleh dikatakan kelompok manusia yang dikatakan 100% pengetahuanya adalah berteraskan al-quran adalah berada diatas mana-mana kelompok manusia yang lain. Dan dikatakan umat manusia yang paling hebat.

Tetapi benarkah itu berlaku? Kalau tak.....bermakna kita sebenarnya makin jauh dan terus jauh dari al-quran. Benarkah? Tepuk dada tanya selera.

Monday, April 28, 2008

Lego

Image above i got from other forwarding email. The first question rise from my head. It is true this product from Lego. So, i check it it here. From the website, obvious there were no such product available from Lego.

I'm not trying to pro Lego. What i'm trying to prove is maybe there were somebody/anybody out there were trying to make us to angry with. If it products available please let me know.

Bismillahirrahmanirrahim



Who can read text above? And how many among us start doing something to whisper this language in your heart? How about me? He3x... only god knows..

How about the meaning for this word? The meaning for that word is "In the name of Allah, the beneficent the merciful"

The 2 main important here is the beneficent and also the merciful. By default, per day we whisper in our heart 5 times a day.And per month we put in our mind 300 times.

And by default..we as a muslim... must be the most beneficent and merciful people from other religion because we simply pronounce it spontaneous. Is that so?