Showing posts with label think more. Show all posts
Showing posts with label think more. Show all posts

Monday, April 20, 2009

Di luar lingkungan

Alamak ..sempat tengok part last bagi rancangan RTM nie iaitu Di Luar Lingkungan.Rugi sungguh tak tengok keseluruhan rancangan. Pelbagai isu dikupas bagi menjadikan orang kita kelas pertama.




OoOo ini rupanya orang kuat Institut Terjemahan Negara. Baru kelmarin teman dok sembang ngan kakitangan dier yang bertugas kat pesta buku. Adeh..3 orang yang teman sembang..ketiga2x diorang takde blog. Ari tue jugak..baru teman tahu yang kat negara kita ada Institut Terjemahan Negara.


Teman suka ngan buah fikiran akak Ainon nie. Walaupun dia di pihak publisher buku..tapi buah fikiran beliau tidak pro kepada usaha yang menguntungkan syarikat beliau. Digalakkan lagi supaya Institut Terjemahan Negara supaya hari ini dapat terjemah, terus letakkan terjemahan tersebut dalam internet supaya seluruh masyarakat bleh akses kepada ilmu tersebut. Kembang Insittut Terjemahan Negara kerana pasal akak nie lah mahu kasi 1 billion kalo beliau jadi menteri pelajaran.

Ada ke source mana2x nie yang bleh retrieve rancangan ini dlm internet?

Thursday, April 16, 2009

Dollar

Lokasi : Jalan Masjid India

Kalo korang pasan...gambar yang teman tangkap nie bukanlah nak tunjukkan uncle yang kachak dlm gambo nie..teman capture..sebab hati nie tertanya2x..apakah tujuan sebenar wang ringgit ( warna hijau ) tue.. ditempek di depan kedai money changer?

Adakah ini sebagai penarik pelanggan yang mencari2x nak tukor duit dollar ..??
Adakah nak tunjukkan barrack obama itu hensem ??
Adakah tokei kedai nie peminat setia barrack obama?
Kenapakah wang kertas itu diprint warna hijau...orang paskah? ahaks..

Macam2x...


Tuesday, April 14, 2009

Mamat Khalid


Maybe sebab dia orang yang selalu disebut2x..maka teman upkan artikel pasal dia. Lagipun kan dia orang Perak. Sape lagi tak support dier kalo bukan orang Perak sendiri..kann??

Eh..dia ada blog lah...usha kat sinie -> http://tempurungpecah.blogspot.com/

Teman telah baca sepintas lalu artikel beliau di http://tempurungpecah.blogspot.com/2008/06/mengapa-nak-jadi-pengarah-filim-bang.html
mengupas kenapa dia jadi pengarah filem.

Teman perlu baca kali ke dua untuk betul2x paham...wargh..banyaknye teman tak faham.

Antara yang tersurat dan tersirat setelah baca artikel tersebut, teman rasa banyak benda yang teman tak abes lagi explore. Nak kena belajo cara pegang tiang lampu ngan dia nie... Ada sesuatu yang dalam paler otaknya yang perlu teman belajo.

For him...i would say.tahniah bro... kerana memandang jauh ke depan.

Friday, April 10, 2009

Datuk Ahmad Husni Hanadzlah : Menteri Kewangan II


Tahniah juga diucapkan kepada Datuk Ahmad Husni Hanadzlah kerana menjawat sebagai Menteri Kewangan II. Secara peribadi, orang ini amat dekat dengan teman sendiri.

Beliau dianggap sebagai Mr. Clean kerana sifatnya yang telus dan ikhlas dalam menjalankan tugas. Kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak ini dalam melantik anggota kabinet dalam pentadbirannya tidak wajar dipertikaikan oleh mana-mana pihak memandangkan tokoh2x yang telah teman lihat seperti Datuk Jamil Khir Baharom dan Datuk Ahmad Husni Hanadzlah adalah merupakan tokoh2x yang amat disenangi dan dihormati oleh saya secara peribadi.

Dan tidak keterlaluan dikatakan bahawa inilah barisan kepimpinan yang diperlukan oleh rakyat Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Merancang menguasai dunia : Strategi

Ape ke sengal mamat nie ..tak abes2x lagi dengan agenda menguasai dunia...ha3x...

But i'm serious about this. I want my faith to be increase...
Anyway tanpa melengahkan masa teman post artikel strategi asas bagi menguasai dunia. Kalau korang duduk di bulan..korang akan menggambarkan manusia ini ramai melata di seluruh bumi seperti gambo kat bawah.


Dan dalam gambarajah diatas adalah gambaran bagaimana komposisi antara muslim seperti aku yang dok kat malaysia ini dan non muslim yang lepak di eskimo sebagai contoh.

Senario sekarang

Kalo korang tengok gambarajah A dibawah, komposisi majoriti manusia yang dikatakan non-muslim adalah gambaran dimana mereka menolak dan terus menolak kita. Implikasinya..ramai yang dibom, ramai yang masuk pusat serenti, ramai yang jadi mat rempit, ramai yang macam2x korang tafsir sendiri lah.

Apa yang dah berlaku sayang.....Our community dah down shrink. It is true or not..?? Kalau tak betul sila tunjukkan figure untuk memudahkan kerja..

Gambarajah A

So, kalau betullah seperti gambarajah A itu, maka kita mahu bulatan hijau ini berkembang seperti di gambarajah B.Bagaimana?? Guna hukum logik la sayang.. supaya orang yang berfikiran logik di luar kelompok kita pun akan cakap..."aha..betul lah...., apesal kamu tak kabo awal2x"

Gambarajah B

Tingkatkan pengetahuan teman dan korang... comprem boleh.

Thursday, April 9, 2009

Bagaimana Akademi Fantasia Lahir

Mesti korang sokmo tengok akademi fantasi bukan?...ahaks..AF8 nie teman pun suka tengok. Vote for Hafiz (ahaks...sempat promo dia)..

Anyway..pernahkah korang terfikir bagaimana rancangan seperti Akademi Fantasi ini lahir.

Dalam bidang pengurusan perniagaan ada satu topik dipanggil keusahawaan (entreprenuer). Dan dalam dunia keusahawanan (entreprenuer) ada satu area dipanggil incubation. Tapi apakah itu incubation...

Mesti dalam paler tue ramai yang pikir "eh..nie macam tempat letak budak tak cukup bulan nie"..Ahaks...kalo itu yang korang pikirkan, jawapannya betul...

Tapi ...apa kena mengena incubation ngan AF. Konsep incubation adalah satu konsep dimana kita nurture individu/organisasi perniagaan supaya berkembang dengan lebih baik.

Begitu jugak dengan Akademi Fantasia. Konsep incubation ini diapply kepada industri muzik.

Akademi Fantasi adalah satu program dimana kita buat selection individu. Then kite tempatkan diorang ramei2x supaya talent diorang itu dipupuk. Pelbagai pengetahuan teknik menyanyi, menari dll disumbatkan kat diorang. Ada mentor dan sucess story diberitahu kepada diorang.

Dari segi komersilnya, mana2x individu yang bagos....mereka akan diundi berdasarkan selera penonton ( para pelanggan ).

Setelah diorang cukup matang berdasarkan masa..maka diorang kena survive dan sustain dalam industri hiburan. Sebab itu kita ada Nana ( era.fm ) ..bob dll lagi yang survive dan sustain di areana industri hiburan. Yang bagos itu..terus mara ke peringkat lebih tertinggi...

Gitulah citer sempoi dimana konsep incubation melahirkan rancangan seperti Akademi Fantasi

Jangan lupa...vote for hafiz

Merancang Menguasai Dunia


Kalo korang tengok banner teman kali ini adalah "Merancang Menguasai Dunia". Mesti korang ramai2x gelakkan teman ...ha3x..sebab teman pun tergelak sama jika teman tengok dari perspektif kelakar.

Kalo teman tengok dari perspektif serious...teman akan ternganga kejap...dan soalan akan terpacul dari mulut "eh..betul ke mamat nie"

Disini ..teman nak stresskan bahawa..agenda menguasai dunia ini akan diteruskan tidak hanya teman seorang sahaja...tapi buat rakan2x / individu2x yang mahu berfikir secara kreatif, mempunyai kapasiti pengetahuan yang sentiasa dibina dan pikir diluar kotak pikiran.

Bagi individu2x yang memandang serius terhadap agenda ini mesti akan bertanya bagaimana? Dari sudut managementnya pula. soalan2x seperti what?how?why?who?when? where? akan diacukan kepada teman.

Berikut adalah huraian bagi soalan2x ini.

What?
Menguasai dunia

Why?
Kerana kita khalifah di muka bumi dan islam itu adalah agama yang makmur dan aman.

How?
Menggunakan apa yang kita percaya ( rukun iman )

When?
Sejak kita lahir le..

Where?
bermula di pangkuan ibu.


Sekian, terima kasih...

Monday, April 6, 2009

Antara ikutan & berfikir

Baru sahaja membuat knowledge sharing ( tidak formal ) dengan 4 orang sahabat. Teman lontarkan tajuk Rukun Iman di http://theministryofmind.blogspot.com/2009/04/rukun-iman.html

Tujuannya nak mereka berfikir dan terus berfikir.Bukan untuk tunjukkan siapa yang bagus..

Antara yang menarik untuk teman kongsikan adalah antara ikut dan berfikir. Tapi apakah maksud ikut & fikir.

Nie adalah definasi teman yg bersifat peribadi & logik.

Ikut = orang suruh buat A, kita pun buat A

Fikir = orang suruh buat A, kita analisa dan rancang untuk buat A.

( Apesal la teman cite macam ini.. boring betul)

Antara sumber rujukan yang paling power dan sahih adalah untuk membahaskan isu ini adalah dari sumber Al-Quran itu sendiri...

Tapi...kenapa perlu manusia itu berfikir??? Nak buat ape pikir penat2x..duk diam2x udah lah...Orang cakap A..ko buat A lah.. Ngada2x betul..

Well the answer is in the Al-Quran. Korang skodeng la ayat Ayat Ar-R'ad ( lihat contoh tafsiran kat sinie : http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/13.html )

"Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir."

"
Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa, dan baunya) Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya."

Ada jugak plak ayat dlm al-Quran suruh manusia berfikir. Ingatkan takde ( jahilnya aku.. )

Ada jugak ayat dari Al-Quran yang sipi2x katakan ...korang jangan pikir lebih2x..nanti terpesong akidah..Ada ke? Kalo ada..korang comment yea...habaq kat chek..

Kesimpulannya...salah ka individu2x yang mahu berfikir...berfikir?? Ke..disebabkan terlebih pikir sesuatu perkara itu akan merosakkan individu dan manusia..??

Apa2x pun..terima kasih kerana nabil sebab dier jadi juara lawak astro ada tagline yg tersendiri "Lu Pikirlah Sendiri"

Saturday, April 4, 2009

Industri Muzik Tanahair

Teman..sebenarnya memandang serius terhadap industri muzik tanahair kita.

Kalo korang perasan ...banner teman kali nie temanya adalah "Merancang menguasai dunia".

Pernahkan korang terfikir bahawa dengan muzik sahaja...dunia ini boleh kita takluki.... (dan teman masih serius apabila sedang key-in ayat2x ini).

Kalau teman ada peluang berbincga ngan adlin aman ramli, maybe banyak idea atau benda yang akan dilontarkan dan dipandang serius...

Hasrat teman bagi industri muzik tanahair ini adalah mahu orang German gembira dan riang apabila mendengar muzik yang dinyanyikan atau diperdengarkan kat sana. Teman nak orang eskimo berjoget zapin di kutub utara.... Teman nak orang kat pulau Iwo Jima menggoyangkan kepala apabila muzik diperdengarkan kat sana...SOKMO selalu....

Adakah senario perenggan diatas boleh dilakukan. Jawapannya tentu boleh..dan Malaysia boleh. Kenapa tidak boleh? Habaq kat chek....

Muzik.....satu area yang semua orang suka...semua orang gemar..dan manusia perlukan muzik bagi menjalani kehidupan seharian.

Dan cara untuk conquer the world adalah melalui muzik ( dan teman masih lagi serius dlm keyin part ini ).

Kalau kita menjadikan kayu ukuran untuk ukur perkembangan muzik tanahair ini dengan mengambil output dari Akademi Fantasia sebagai contoh.... boleh saja.

Kita mahu Vince ..dari akademia fantasia 1 ..sehinggalah Stacy dari akademi fantasia 6...terus mara menerebos suara mereka ke negara2x yang tak pernah kita fikirkan dalam kepala..kita mahu suara Zahid (Akademi Fantasia 2 ) ....menerebos ke kepulauan hawaii sebagai contoh....

Soalan yang mungkin korang persoalkan adalah bagaimana?????

Kalo teman..mudah sahaja....

Kapasiti pengetahuan dalam industri muzik harus dipertingkatkan semaksima mungkin.R&D dalam penemuan penggayaan baru harus diperbanyakkan. Sumbangan IPTA/S dalam isu ini harus dicurahkan dalam "tong pengetahuan". Kerajaan harus menyediakan kapasiti ini. ( korang mungkin blur....dlm hati "apekebenda la mamat nie merepek.." )

Pengurusan pengetahuan dalam menguruskan pengetahuan dlm industri muzik haruslah diambil serius oleh orang kita. Kita mahu orang yang kreatif dan inovasi lead this area... Orang yang nawaitu nya ..nak pakai kereta besar haruslah ditolak tepi dulu... Kerana cita2x kita besar...iaitu mahu menakluki dunia.....

Pengurusan pengetahuan haruslah dibina berlapis2x..dan meliputi semua aspek..dari aspek pemasaran...aspek pemakanan...aspek fesyen...aspek kreativiti melodi, aspek seni tampak..dan lain2x lagi....

Dan ia perlu menyeluruh dan PADUUU.......

Kita mahu apa yang telah dibina oleh orang dulu2x .. ..seperti P.Ramle..sudirman..... dll lagi dipertingkatkan.

Ianya akan menjadi mudah jika nawaitu kita sama...dan PADUUU...

Pikir di luar kotak....... dan pasti boleh.....

Sekian, terima kasih....

Friday, April 3, 2009

Future News : Ranjau Jiwa Merdeka



Dapatkan buku Ranjau Jiwa Merdeka yang berada di pasaran. Sebuah buku yang padat dengan cinta dan memukau emosi jiwa merdeka. Kupasan tentang onak dan duri seorang budak hingusan yang mengatur langkah mahu menggoda delima. Adakah delima berjaya ditaklukinya?

Dapatkannya sekarang....

Ekonomi: Malaysia & Dunia


Ramai orang yang beranggapan bahawa dalam aliran ekonomi , akan ada turun naiknya.Kalau ikutkan rekod, dlm tempoh 10 tahun pasti ekonomi akan jatuh ....

Dlm malaysia nie...96-97 telah jatuh. 2008-2009 pun tengah jatuh....

Teman takpasti orang kat luar sana tue... especially yg pakar ekonomi nie...adakah diorang beranggapan bahawa trend ekonomi macam ini menguntungkan? atau dah mmg sifat dier mcm tue....

Masalah di Malaysia ini adalah kalau kita beranggapan ekonomi dunia dah comprem ada keluk naik dan turun, maka tempiasnya akan kena kat kita.

  1. Adakah kita sengal kerana membiarkan perkara ini berlaku?
  2. Tiadakah mekanisma yang terbaik bagi mengelakkan susut nilai ekonomi kita?
Sebagai negara berdaulat...sudah tentunya..negara kita bebas. Kalo dlm konteks ekonomi...bebas dari kekacauan/ribut taupan ekonomi orang lain.

Dah macam lembu dicucuk tali la plak...ekonomi negara US jatuh...ekonomi kita pun jatuh. Eh? macam sengal je.....

Ekonomi diorang naik....kita pun turut naik...eh? Merdeka ape ropernye kalo dah gayanya macam itu?

Adakah kerana orang kita yg pakar ekonomi dari segi bilangannya tidak cukup menyebabkan tindakan diorang tak bleh nak cover trend turun naik ekonomi.

Adakah orang kita masih lemau lagi dalam aspek pengurusan kewangan sehingga ekonomi domestik dlm negara masih macam cipan sehingga senario begini mudah berlaku.

Adakah pemikiran orang kita tidak cukup otai untuk memikirkan kaedah baru bagi mengekang cengkaman ekonomi negara kita?

Ce habaq kat teman.....macammana tue....??

Orang Kita : Sekadar Memerhati

15/18

Hasil dari kajian yang dijalankan terhadap 18 individu berbeza latarbelakang dan kerjaya secara rambang, pihak kementerian minda mendapati 'orang kita' terutamanya generasi muda lebih gemar memerhati atau mungkin gemar sekadar membaca terhadap perkara2x yang dipaparkan kat internet ( medium blog sebagai contoh ).

Ini membuktikan bahawa orang kita lebih gemar menyerap maklumat dari memberikan dan berkongsi maklumat kepada orang laen yang tidak dikenali.

Antara kesimpulan2x yang boleh diandaikan disini adalah:

  1. Tidak suka berkongsi pengetahuan / pengalaman.
  2. Tahap kapasiti pengetahuan yang rendah.
  3. Kurang daya fikir dan kreativiti
  4. individu bersifat end user.
  5. Pemalu & segan
  6. Jumud untuk mencuba perkara2x/kaedah2x baru
  7. dll lagi yang korang tambah la sendiri...

Antara agakan yang berlaku selepas korang baca artikel ini adalah korang masih absorb dlm otak masing2x, memikirkan dan.........tiada luahan berlaku dalam bentuk perkataan diterjemahkan di blog ini.

Thursday, April 2, 2009

Bagaimana mat saleh conquer dunia.

Kalo tanya teman la kan... susah teman nak kupaskan..

Tapi....secara amnya....apa yang teman nampak dlm kacamata kat malaysia nie..
kalo korang usha gambar kat bawah nie la kan.....

yang pisau tue...secara sepontan ..teman akan cakap pisau ramboo..
yang pisau leh lipat tue..secara sepontan...pisau mcguyver....


Itu le kot ..petanda diorang dah jajah seorang anak malaysia.Errkk....

Knowledge Sharing : Island

Baru je lepas knowledge sharing about island aka pulau pangkor kepada rakan2x yang dihormati. Well everthing ok...

cuma teman nampak ada orang cuba suarakan sesuatu..... tetapi tak kesampaian.Anyway..thanks for them because "terpaksa" dengar teman membebel. Kepada yang segan tue...doesn't mean u want to show that you are good or better from others. It just to share with others...tak kisah la soalan tue macam bangang ke...

Tapi..itulah yang berlaku dlm orang kita. Segan..malu...takut orang laen anggap ..macam pandai aje mamat nie..

So..pada sape2x yang rasa nak tengok balik ape yang teman sampaikan atau nak tahu harga hotel ke...harga makan ke..korang bleh usha kat sinie
http://theministryofmind.blogspot.com/2009/03/island-pulau-pangkor.html

Anyway...gracias sekali lagi..

Demi Masa & Unit Trust

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.

Al-Ashr (Q-103)

Teman tak pasti kenapa tuhan bersumpah "demi masa". Kenape eh?

Tapi..ayat nie teman amat cukup minat ( ayat tak hafal pun..adeh.. ). Kalo ikutkan ayat tue..teman rasa mmg benarlah apa yang terkandung dlm Al-Quran tue..

Bile teman buat unit trust nie, baru nampak jelas skit kekaburan teman yang dulunya..pakai baca aje..pahamnye idok... ( kata korang....lawei..mamat nie nak promote unit trust rupanya.. )

Dengan buat unit trust nie..ayat tersebut diterjemahkan dengan tindakan yang teman lakukan.

Kalau sapa2x yang paham unit trust nie.... nilai ringgit yang diperolehi adalah berdasarkan masa. Katakan si A simpan masa tahun 1970...tak sama dengan si B yang simpan pada tahun 2000.Lagi teruk kalo sape2x yang tak simpan. Nilai masa itu terbazir begitu saja.So..sapa yang tak simpan itu..mmg mematuhi standard piawai yang tuhan bagi kitab al-quran suruh baca.............dan jangan lupa PAHAMKAN..... ( eleh..kita orang laen..dia tue.. ).

Disebabkan sudah terang lagikan bersuluh..teman pun menyimpan sedikit $ bagi mengelakkan standard piawai nie terkena kat teman.

Orang kata..masa itu berlalu..setiap saat ..masa telah habis digunakan. Bagi kebanyakan orang..."dah abis abes le".. buat ape nak dipikiorkan.

Dan..teman ambil langkah inisiatif bagi mengadakan blog. Kerana setiap saat atau setiap perkara yang telah berlalu, teman rekodkan dlm blog ini untuk kutipan sisa2x masa yang telah berlalu pada masa2x yang akan datang.

Sekurang2x..masa yang berlalu tidak membazir begitu sahaja.

Kata atas nie adalah graf mewakili masa berkadar terus dengan jangka hayat kita ( maksud kasarnya..masuk kubor ar.. ).

Semakin masa meningkat, saja je teman hightlightkan lebih merah sebelah kiri graf kerana nak ingatkan teman.....dah kritikal sangat la tue.....

Gitulah kiranya....Demi Masa...

Ada komen yang bleh topup entry nie.....amat dialu2xkan untuk pengetahuan dan awareness teman..

Wednesday, April 1, 2009

Knowledge Based School

Teman tak pasti berapa ramai orang yang arif pasal k-ekonomi..

Anyway, secara peribadinya teman mengucapkan ribuan terima kasih kerana cikgu sekolah Menengah Perempuan Methodist kerana menekankan berkenaan knowledge based ini. Jika korang berkunjung ke sekolah nie, korang akan nmpak info pasal benda alah nie kat notice board diorang.

Well..mesti korang cakap..."la...dah mmg sekolah ..mesti la knowledge based" ..Penyataan tue mmg betul...tapi bezanya di sekolah ini pengetahuan di sekolah itu diuruskan dengan baik...supaya kapasiti pengetahuan itu dapat dipertingkatkan dengan lebih banyak dan disalur baik kepada murid2x sekolah itu.

Err.... output sekolah nie cammane eh? Maksudnya berapa % peningkatan dari setiap tahun yang dapat staright A.Ada sape2x yang ada fact & figure tue...? Tak plak teman perasan figure tue..

Anyway..syabas warga kerja sekolah ini....

RM 118 JUTA

Sebagai orang yang berada dalam bidang Sains Komputer, mata teman terbeliak dengan angka yang teman lihat ini. RM 118 juta adalah angka bagi membina laman web aje.... uhuk3x....

Agak2x nya la kan....sape la company yang diaward dengan nilai tue yea... makan tak abes....

Budak2x zaman skrg ...akan datang..korang pikir la sendiri..



Sempat jugak teman berbual2x dengan brother dlm video nie. Mengikut beliau, budak2x zaman skrg..lain sungguh peelnye.

Kalo lalu kat tepi kebun getah...moto ada..tapi budaknye takde. Ape diorang buat?

Ada makcik kat kampungnya, dia tegur pasal anaknya yang berkepit ngan budak laen. Penyudahnya dia kena sekolah balik. Lama kendian, sedar2x ..anak makcik tue dah mengandung. Terus pindah nak elakkan malu. Nasib baik laki tue bertanggungjawab..kalo tak..(lu pikir la sendiri .. )

Mengikut brother tue lagi..anaknya dah 18 thn. Katanya..anak dia dah mintak keja gomen. Sambil2x tue....sblm surat panggilan dapat ke..anak dia budget nak keja kilang. Adeh..zaman2x nie..orang kilang makin buang orang adalah...( kata hatiku ). Kalo jadi UTC, pun cantek gak ( kata hatiku lagi.. )

Tapi ntah lah....kenapa la orang kita suka benau makan gaji. Suka lepak selesa gamaknya. Tapi..betulkan pemikiran sebegitu pada zaman kini dan akan datang? Yang teman dapat tengok makin ramai orang kita suka ambik loan ada lah...

Tapi..yea la kan..bising2x pasal orang laen pun tak guna jugak. Teman pun dah ada 2 hero. So...emir dan haziq.... korang berdua jadi businessman. Ayah nak campak korang kat eskimo supaya korang berdikari.

Why Conventional Trading Company Tak Nak Sponsor For This Blog

Sempat gak teman mintak si Tan nie sponsor for this blog. Ahaks..

So..antara jawapan ringkas dier adalah seperti berikut:
  1. sebab tak involve dlm IT
  2. tak tahu apa kebaikan for his business
  3. takut kos tinggi

Tapi..for me.. kalo teman jadi dier...teman takmo invest sebab...teman tak dapat untuk membayangkan ape blog nie..itu je..ha3x..

Kisah seorang ahli perniagaan/usahawan

Sebenarnya, teman kagum dengan ketabahan member teman sorang ni. Dalam meneruskan kelangsungan hidup macam2x dia buat. Dari buat biz sehinggalah bawak bas transnasional.

Tapi..ada sedikit funny ngan mamat nie.. Apa aje yang dia buat..asyik kena kencing je ( kena tipoo ).Iyalah..dah nama kehidupan ..macam2x dugaan berlaku. Tapi..takkan lah asyik kena kencing aje. Anyway, kegagalan itu mengajar erti kemajuan.

Last sekali job dier adalah bawak teksi eksekutif. Itu pun kena kencing... Pengerusi koperasi yang dia percayai telah kencing dier. Percaya punya pasal lah..dia jobless sekarang. Orang atas punya deal, dia plak yang kaput di tengah jalan.

Nasib baik org rumah dia keja. Kalo tak...menganga ajelah kat rumah..

Teman percaya, ramai juga yang mengalami pengalaman yang sama macam mamat nie. Kisah yang teman taipkan kat blog ini bukalah bertujuan hendak memalukan dia, just untuk bagi pengetahuan agar sama-sama dapat memperbaiki diri sendiri.

Nasib baik teman buat unit trust. So, teman bagi la pengetahuan yang sewajarnya kat dia. At least teman kasi "something" yang dia boleh berpaut. Kalo teman dok hadap opis aje.. jumpa dier ngabiskan boreh le....

At least..