Showing posts with label world. Show all posts
Showing posts with label world. Show all posts

Tuesday, May 26, 2009

Yahudi di Iran.

Baru je lepas tengok rancangan "Don't Tell My Mother" di Astro pagi2x buta.

For me..i think it is a good documentary. Sorang mamat pegi menjelajah negara2x seperti Bosnia dan Iran sebagai contoh.

Anyway... teman baru je lepas tengok mamat tue pegi round2x Iran. Tue pun nak hujung2x rancangan.

Ada yang menarik dan hendak dikongsikan dalam entry kali ini.

Kita semua maklum bahawa agama teras di Iran adalah Islam. Sapa tak kenal mamat dalam gambar kat bawah



Seseorang yang lantang mengkritik dasar Israel yang tak sudah2x menumpahkan darah di tebing barat.

Tetapi..tahukah korang semua... di Iran itu sendiri yang kita pikirkan komunitinya pakai purdah dan sebagainya yang kita pikirkan kuat dengan Islam itu sendiri... tinggal penduduk Yahudi terbesar yang bergembira tinggal di negara Iran bercampur gaul dengan penduduk2x yang lain.

Erkk...pelik bukan. Kebebasan kehidupan mereka dalam kehidupan seharian langsung tiada diskriminasi. Rumah ibadat diorang...ada 25 di Tehran. Even mereka mempunyai kitab taurat ... Dalam kedudukan politik pula, wakil mewakili bangsa Yahudi diberikan tempat di dalam parlimen seperti parlimen di Malaysia. Dalam bidang perniagaan, takda diskriminasi langsung. Mereka bebas untuk melakukan apa sahaja di bumi Iran. Even wakil yahudi parlimen itu tidak setuju langsung dengan apa yang dilakukan oleh Israel.

Sah...teman mmg duduk di katak bawah tempurung. Manakan tidak.... kalau sebut sahaja orang Yahudi..ada perasaan benci meluap2x kepada mereka seperti bencinya kerana mereka ganyang penduduk palestine.

Tak silap teman..kerajaan Malaysia haramkan orang Yahudi untuk datang ke Malaysia. Erkk?? Negara iran yang kita anggap Islam itu sendiri takde masalah dengan penduduk yahudi... kenapa kita pula mengamalkan double standard. betulkan persepsi teman tentang perenggan ini.

Kita kat belah nusantara ini sendiri..meletakkan persepsi negatif jika sebut pasal Yahudi. Sebut je yahudi..muka kita akan "senget".

Nampak sangat media barat mencanang sesuatu yang tidak betul dengan Iran. Dan kita di Malaysia ..dok nganga aje apa yang disuapkan oleh media mereka.

Aduh...nampaknya teman kena mengembara di bumi ini untuk menyumbangkan pengetahuan orang Melayu yang memakai songkok / berbaju Melayu. Ada sapa2x nak sponsor??

Friday, April 10, 2009

Ekonomi China mula tunjuk tanda pemulihan

Unutk Rakaman Peristiwa

kuala lumpur 9 April - Ekonomi China telah mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan hasil pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi pada awal November tahun lalu.

HSBC Global Research dalam nota penyelidikannya berkata, pertumbuhan pembiayaan bank melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun kepada 24 peratus tahun ke tahun pada Februari.

Pelaburan infrastruktur bertambah antara 70 hingga 120 peratus tahun ke tahun dengan pelaburan dalam pengangkutan kereta api mencatatkan pertumbuhan menakjubkan pada kadar 210 peratus tahun ke tahun dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Sementara itu, pelaburan dalam arang batu, bukan keluli dan bukan ferus turut mencatatkan prestasi positif.

Malah, sektor industri turut menyaksikan kestabilan dengan pertumbuhan 43 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), secara purata meningkat 5.2 peratus tahun ke tahun dalam bulan Januari hingga Februari.

Indeks Pengurusan Pembelian mencatatkan lonjakan kepada 52.4 pada bulan lalu berbanding 49 pada bulan sebelumnya.

Menurut nota penyelidikan itu, pembiayaan baru termasuk kontrak kewangan juga berkembang pantas dan pengeluaran industri juga semakin stabil meskipun eksport jatuh sebanyak 20 peratus dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

''Prestasi yang dicatatkan ini telah menunjukkan permintaan sebenar negara China,'' katanya

Merancang menguasai dunia : Strategi

Ape ke sengal mamat nie ..tak abes2x lagi dengan agenda menguasai dunia...ha3x...

But i'm serious about this. I want my faith to be increase...
Anyway tanpa melengahkan masa teman post artikel strategi asas bagi menguasai dunia. Kalau korang duduk di bulan..korang akan menggambarkan manusia ini ramai melata di seluruh bumi seperti gambo kat bawah.


Dan dalam gambarajah diatas adalah gambaran bagaimana komposisi antara muslim seperti aku yang dok kat malaysia ini dan non muslim yang lepak di eskimo sebagai contoh.

Senario sekarang

Kalo korang tengok gambarajah A dibawah, komposisi majoriti manusia yang dikatakan non-muslim adalah gambaran dimana mereka menolak dan terus menolak kita. Implikasinya..ramai yang dibom, ramai yang masuk pusat serenti, ramai yang jadi mat rempit, ramai yang macam2x korang tafsir sendiri lah.

Apa yang dah berlaku sayang.....Our community dah down shrink. It is true or not..?? Kalau tak betul sila tunjukkan figure untuk memudahkan kerja..

Gambarajah A

So, kalau betullah seperti gambarajah A itu, maka kita mahu bulatan hijau ini berkembang seperti di gambarajah B.Bagaimana?? Guna hukum logik la sayang.. supaya orang yang berfikiran logik di luar kelompok kita pun akan cakap..."aha..betul lah...., apesal kamu tak kabo awal2x"

Gambarajah B

Tingkatkan pengetahuan teman dan korang... comprem boleh.

Tuesday, April 7, 2009

Yom Kippur

Ape la menatang Yom Kippur nie yea..nama orang ke? Dah roper nama shasi kapur je....

Teman nak mengajak korang semua fokus ke isu Palastine.

Sememangnya pengetahuan teman terbatas pasal isu kat sana. Terima kasih kepada Astro kerana memberi input yang lebih banyak pasal pengetahuan dunia.

Anyway,....mengikut sejarahnya ..si Israel nie bukan takat pergi tembak orang palestin. Tetapi mereka juga telah berperang ( naik tank & helikopter ) dengan negara jiran diorang iaitu Mesir aka Egypt.

Peperangan ini dinamakan Yom Kippur

Dlm peperangan itu, nampaknya ..Israel telah bertemu buku dan ruas iaitu ketenteraan lawan ketenteraan. orang kite kata "one by one".

Kalo kita tengok kat Palestine, ada ke orang palestine berperang dengan hanya gunakan batu. Dan secara logiknya, tembok yang Israel bina bukan setakat untuk melindungi negara diorang dari orang palestine yang acapkali tembak pakai roket cokia tue.. tetapi juga dari negara2x yang lebih besar seperti Mesir. Dan mereka tahu sejarah itu...

Aku jugak yang dok kat malaysia nie masih sengal kerana kurangnya pengetahuan pasal sejarah dunia. Kite aje yang marah pasal peristiwa cinonet kat dlm palestin. Kalo kita buka minda dan increase pengetahuan...mungkin cara yang lebih padu dan bijak dapat diadakan.

Thursday, April 2, 2009

Bagaimana mat saleh conquer dunia.

Kalo tanya teman la kan... susah teman nak kupaskan..

Tapi....secara amnya....apa yang teman nampak dlm kacamata kat malaysia nie..
kalo korang usha gambar kat bawah nie la kan.....

yang pisau tue...secara sepontan ..teman akan cakap pisau ramboo..
yang pisau leh lipat tue..secara sepontan...pisau mcguyver....


Itu le kot ..petanda diorang dah jajah seorang anak malaysia.Errkk....

Friday, March 27, 2009

Mengandung ? Aku kekeliruan



Err.. harian metro pada 27 Mac 08 melaporkan seorang "lelaki" hamil di mukasurat 44.

Err..teman sebenarnya confius, sape hamilkan "lelaki" ini. Bini dier ke...? Errkk... ke rembat benih sape2x kat dlm bank benih dan tanam kat dlm rahim? Er..kalo cam tue buat ape jadi laki kalo nak hamil? Iskhh..tak fahamnye.. Rugi nikmat hidup....

Wednesday, March 25, 2009

Bangsa Cina

Ini bukan artikel yang bersifat perkauman k. Nie artikel mengupas isu pasal bangsa cina dlm perspektif yang besar.

Jika korang usha dlm http://en.wikipedia.org/wiki/Chinatown korang akan dapat lihat chinatown ada dimana2x sahaja. Tengok saje gambar dibawah.

Mereka nie berada dimana2x sahaja di ceruk dunia. Kat Africa pun ada jugak..iskh tak ke pelik. Dalam gelap2x kat sana ada jugak kulit cerah. Anyway, korang tahu tak ape iatu Chinatown. Bandar bagi komuniti orang cina la yeop....jawapannya


Antara soklan2x yang perah otak adalah seperti berikut:
  1. Korang tak rasa pelik/kagum ke cammane diorang bleh berada melata kat dunia.
  2. Er..ada ke Melayutown kat mana2x selain dari Malaysia?
  3. Korang tambah ar lagi soalan..ha3x..

Thursday, March 19, 2009

Satelite Kita VS Google Earth

Teman tak pasti berapa ramai d kalangan kita yg tahu nama2x satelite Malaysia yg 'lepak' kat ruang angkasa syaitan raya kita.. Dan teman pun tak pasti berapa ramai yang pernah main2x ngan google Earth.

Pada teman, kagum utk pertama kali bila menggunakan google earth kerana diorang berjaya memberikan produk kepada org ramai termasuklah teman untuk navigate details ke seluruh dunia. Nak tengok kedudukan Suak Petai, bleh aje usha dlm google earth.Nak usha Tampoi atau Tanjung Rambutan..bleh aje...

Masalahnye...sampai skrg teman sebagai orang bese, takde pun kena tempias aplikasi akhibat kecanggihan satelite Malaysia yang dihantar. Mungkin Astro kot..gamaknye kot..betul eh?

Knowledge Sharing : Harimau

Input's Name : Siti Hawa Binti Dagang.
Slide Harimau

Komen...
Kedingnya rimau Malaysia nie...hi3x..

Wednesday, March 18, 2009

Tiada YouTube di UK

LONDON 10 Mac - Google Inc. mengambil keputusan menyekat pengguna United Kingdom (UK) daripada melayari muzik videonya melalui laman web popular perkongsian video, YouTube selepas rundingan dengan badan pengumpul royalti muzik Britain gagal.

Menurut Google, pihaknya telah memulakan sekatan tersebut malam tadi. Laman web terkemuka dunia itu juga maklum sekatan tersebut akan menyebabkan kekecewaan di kalangan pengguna negara terbabit.

Bagaimanapun katanya, keputusan itu terpaksa dibuat setelah syarikat PRS for Music meminta Google membayar royalti setiap kali video dimainkan di YouTube, satu tindakan yang mungkin menyebabkan laman web itu rugi.

''Lesen kami dari PRS for Music telah tamat tempoh, dan sehingga kini kami masih belum dapat memperbaharuinya disebabkan syarat yang mungkin mempengaruhi ekonomi kami,'' kata Google dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, kata Google, pihaknya terpaksa menyekat pengguna di Britain daripada menonton video yang ditawarkan atau dituntut syarikat rakaman, sehingga penyelesaian ditemui.

Sementara itu, PRS for Music yang menerima bayaran bagi pihak penulis serta penerbit di seluruh dunia mengakui terkejut dengan tindakan Google.

''Google memberitahu kami mereka mengambil keputusan ini kerana ingin membayar kurang daripada yang dibayar sekarang kepada penulis lagu, walaupun jumlah pengunjung ke laman web mereka semakin bertambah,'' kata badan pengumpul royalti itu melalui satu kenyataan.

Kedua-dua pihak itu tidak menyebut mengenai jumlah wang terlibat dalam rundingan.

Sekatan tersebut bagaimanapun tidak dinyatakan akan berlanjutan sehingga bila. Kedua-dua PRS for Music dan Google berkata, mereka berharap pertikaian itu akan diselesaikan segera.

Laman web YouTube menjadi pilihan utama syarikat-syarikat rakaman setelah terhimpit dengan kemerosotan jualan cakera padat. Laman web tersebut mempunyai urus janji dengan tiga atau empat syarikat rakaman besar namun segelintir pemegang hak enggan mengurangkan hasil pengiklanan mereka.

Disember lalu, syarikat rakaman Warner Music menarik semua lagunya dari YouTube dengan alasan bayaran yang diterima tidak sepadan dengan label syarikat itu, artisnya serta pencipta lagu. - AP

Thursday, March 5, 2009

International Chamber of Cmmerce & Industry ( MICCI )

Sempat jugak teman selak2x majalah Malaysian International Chamber of Cmmerce & Industry ( MICCI ) issue 01/2009. Then mata teman terpaku di helaian iklan seperti di bawah.

Ada 2 soalan dan 1 benda agak suprise.

1. Siapa Puan Sri Jessie Lim nie? Siap ada her personal commitment..
2. Mana pegi muka 'orang kita'??
3. Tan Sri Lim Kok Wing <- power ke mamat nie...tahu la ada university sendiri...

International Trademark Association : Satu analisa

Unjuran dari artikel teman di http://theministryofmind.blogspot.com/2009/03/harta-intelek-non-traditional-mark.html

Dalam dunia trademark omputeh, ada persatuan mereka sendiri dikenali sebagai International Trademark Association ( INTA ). Graf diatas adalah merupakan ahli2x INTA dari pelbagai negara. Kalo kite usha carta pie, sebanyak 2,313 negara dari North America jadi ahli persatuan tersebut.

Dapat disimpulkan, kepentingan dalam harta intelek di negara belah sana begitu tinggi. kalo definasi orang kita, negara belah sana adalah terdiri dari negara maju.

Soalan
betulkan trademark itu menjanjikan sesebuah negara/region itu maju..???


Dalam graf carta bar diatas, bilangan ahli sehingga 2008 mencecah ke angka 5,789 daripada 4,644 ahli pada tahun 2004.

Kesimpulan
Graf meningkat menunjukkan ianya akan meningkat jika membuat unjuran. Bermakna, makin ramai geng join association ini.

Soalan
Globalisasi sedang menghimpit kita. Adakah kita akan tengok bodo sahaja atau perlu kita buat sesuatu...

Who's Who

Nationality : Nigerian
Meet: Intelectual Property Event.
Business Purpose : Studying In UIA
Education Background : PHD in Intelectual Property


Name : Rustam Lalkaka
Otai In : Incubator Development

Was Director of the United Nations Fund for Science and Technology, New York (1980 - 89), UNIDO Industrial Development Advisor in Turkey (1976-79) and Regional Advisor on Technology Transfer at UNESCAP, Bangkok (1972-76). Earlier, he was founder-director of Dastur & Company Limited, a metallurgical consulting corporation, and headed its international affiliate in Dusseldorf, Germany.


Meet: Seminar For Incubator ( MDeC )

----------------------------------------------------------------------------------------------



Nama : Nik Zafri Abdul Majid
Biodata : http://www.geocities.com/nikzafri/BIODATA-ENG1.HTML
Otai In : Knowledge Management

------------------------------------------------------------------------------------------------


Azuddin Jud B. Hj Ismail
Pengarah Bahagian K-Ekonomi
Otai In : Knowledge Management

-----------------------------------------------------------------------------------

Abd Halim
Otai In : Mathematics

Harta Intelek : Non-Traditional Mark

Intellectual Property = Harta Intelek






Lokasi : Hotel Istana, Bkt Bintang KL
Tarikh : 4 Mac 09

Rakaman Peristiwa
Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) telah menganjurkan seminar Non-Traditional Mark. Antara speakernya adalah dari US, Australia, Germany.

Kenapa panggil mereka?
Sebab negara diorang telah lama mengamalkan Non-Traditional Mark. Kasi exposure kepada 'orang kita'.

Objektif Event
Kerajaan kita melalui MyIPO sedang membuat kajian agar Non-Traditional Mark sesuai digunapakai kat negara kita.

Er.. ape tue Non-Traditional Mark nie
bahasa mudahnya, melindungi harta intelek seseorang/organisasi dalam bentuk warna,bau,bentuk dll.

Soalan dalam hati dlm bentuk positif?
Adakah ini akan mengembangkan ekonomi negara kita dan mengembangkan perniagaan 'orang kita'?

Soalan dalam hati dlm bentuk negatif?
Adakah ini salah satu tools penjajahan kapitalis ke negara2x membangun?

Friday, February 27, 2009

Duta Thailand

Lokasi : Jalan Ampang

Tetiba mata aku terpandangkan perkataan thailand seperti yang aku highlightkan dalam gambo kat atas.

Ape diorang tulis da.... Ada orang faham tulisan thailand kat sini?? habaq kat chek..

Monday, February 16, 2009

Bahasa Inggeris???

Ce korang usha betul2x gambo kat atas.

Table kat atas adalah merupakan senarai negara maju yang korang boleh usha kat http://en.wikipedia.org/wiki/Developed_country. Pandai2x lah korang usha dalam page tersebut.

Teman mmg tak puas hati langsung dengan langkah kerajaan kita tentang menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran dalam sains & matematik dalam sistem pendidikan negara kita dengan alasan mahu mejadikan sumber manusia kompetan dan berdaya saing di peringkat antarabangsa. Seterusnya mahu menjadikan Malaysia sebagai negara maju kelak pada 2020.

Cuba korang semak table kat atas. ambil aje top 10 negara maju yang teman dah highlight.Hanya 1 buah negara sahaja yang negaranya mengamalkan bahasa inggeris iaitu Australia. Canada pun hanya mengamalkan English 50% sahaja.

Kesimpulan
Adakah dengan mengamalkan Bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan negara kita mampu menjadikan negara kita maju??

Negara lain yang bukan mengamalkan Bahasa Inggeris boleh aje maju. Apa kata kita kekalkan bahasa Melayu sesuai dengan martabatnya sebagai bahasa rasmi negara kita. Mesti maju giler2x..

Wednesday, February 11, 2009

Ninja

Sempat juga teman usha Discovery Channel kat Astro. Ada satu dokumentari tersebut citer pasal Ninja.

Yang kelakornya, semua pakar rujuk untuk dokumentari tersebut bukan orang Jepun.Semuanya mat salleh... kelakor sungguh. Dema pulak yang memberitahu depan kamera pasal ninja. Tapi ape nak buatkan ..dah dokumentari mereka. Diorang yang biayai untuk dapatkan citer pasal ninja.

Aku rasa ..kalo RTM buat liputan pasal ninja comprem pakar rujuk dokumentari tersebut datang dari orang jepun sendiri dan dialihbahasakan sahaja.

Penoh korang nampak mat salleh buat dokumentari pasal silat tak? teman tanya nie..sebab teman tak pernah lihat dalam tv.

Korang rasa ape impak kalo mat salleh buat cam tue....? Pikir2xkan lah...

Sunday, February 8, 2009

Les Copaque : Our Local Technoprenuer

Sebagai menteri minda kerajaan bawah tanah, saya mengucapkan syabas kepada syarikat tempatan iaitu Les Copaque kerana berjaya memartabatkan animasi tempatan sehingga berjaya masuk panggung.

Langkah ini menandakan penerimaan rakyat negara kita terhadap animasi tempatan meningkat dan mendapat tempat di hati rakyat Malaysia termasuklah anak saya. Ini juga menandakan mutu animasi tempatan meningkat. Diharapkan agar acuan karektor kita ini dapat menembusi kesemua negara bangsa yang berada didunia dan duduk sama tinggi dengan watak Mickey Mouse, Pocoyo, Transformer, Pokemon, Doremon, Ultraman dll di minda masyarakat bangsa dunia.

Dan kita mahu lebih ramai lagi rakyat tempatan kita untuk menyumbang kreativiti dan pengetahuan dalam bidang yang penuh dengan idea segar dan kreativiti ini seperti Positive Soul dan Dynamic 3D Sdn. Bhd. dll terus bercambah demi lepak bersama karektor bukan tempatan ke seluruh dunia.

Syabas dari kami.

Wednesday, January 7, 2009

Boikot?

Sekarang nie..aku dok dengar balik yang "orang kita" nak boikot barang israel. Dulu pun..aku dengar gak boikot barang israel.

Malangnya, cara boikot nie tak jadi. Apa buktinya? Dah sah2x diorang lancarkan peluru dok serang orang palestine skrg nie semula. Mana datangnya peluru kalo tak diorang dapat duit kita.

Mungkin kita tak tahu apa barang yang nak diboikot tue. Sebelum nie aku hanya tahu yang Starbuck aje yang mmg israel produk. Setelah ada effort untuk search dalam internet..rupa2xnya banyak lagi produk yang dekat ngan kita yang aku sendiri pun terkejut beruk lihatnya. Antaranya adalah megi, nestle, kit kat, MC D dll.

Ce korang usha kat sinie kalo nak tengok la..

Rupa2xnya aku telah sumbangkan duit aku untuk menghasilkan satu peluru lalu membunuh apa yang dikatakan MANUSIA.Astagfirullah al azim. Sesungguhnya aku berdosa...

Friday, April 11, 2008

Barang Naik??

Ape da..barang naik. Ape yg susah sangat..habaq kat cek.Rasanya, negara kita nie bermula dari pertanian...

Kalo barang makanan mentah seperti beras, tepung dll tak cukup.... luaskan/banyakkan petak padi ke...gandum ke... dari atas ke bawah semenajung. Pakai tanah sabah dah sarawak kalo tak cukup. Banyakkan player berpengetahuan dlm bidang ni. Tiup dengan keusahawanan. Tak cukup talent pool ke kat UPM tue dari dulu smpi skrg??

Semua production kenderaan..ganti enjin guna petrol. Guna hybrid car ke.. guna enjin yang guna air sebagai bahan bakar ke? Kurangkan kebergantungan kepada minyak