Saturday, February 7, 2009

5,000 Karpal Singh

Ada sesuatu yang menarik untuk diperkatakan tentang ape yang berlaku kepada apa yang berlaku kat senario politik kat Perak. Fokus teman bukan ape yang berlaku kat sana, tetapi kenyataan berani mati Karpal Singh nie untuk menyaman Sultan Perak.

Secara jujurnya, teman salute dengan beliau kerana akan menyaman Sultan Perak sebagai defendance. Dalam hidup teman sebanyak 30 tahun, teman tak pernah dengar plak rakyat biasa kite akan saman sultan atau institusi sultan.

Sekarang,dengan umur Malaysia 50 tahun merdeka, Malaysia sendiri telah lahirkan rakyat yang berwibawa menegakkan undang-undang. Secara kasarnya, Malaysia telus dalam menghasilkan sumber manusia yang kompeten, kompetatif, cemerlang dan gemilang sehingga melahirkan individu seperti Karpal Singh. Dan nampaknya, rakyat Malaysia semakin berani dan ingin maju kedepan.

Sebagai pengamal undang-undang dan menjadikan undang-undang sebagai tonggak utama dalam kehidupan harian, sudah tentunya Karpal Singh akan menggunakan pengalaman dan ilmu pengetahuan beliau dalam isu ini.

Samada Malaysia akan jadi positif atau negatif, itu terpulanglah kepada rakyat Malaysia untuk takrifkan apa jua yang difikirkan. Sehingga umur Malaysia Merdeka selama plus minus 50 tahun, kita akan nampak 1 Karpal Singh. Bile eh...kita akan nampak 5,000 Karpal Singh pula?

Kesimpulannya apa yang teman nak katakan disini adalah inilah Malaysia yang dibentuk sendiri oleh negara bangsa kita. Semoga kita terus maju.

NEGARAKU
(LIRIK)


NEGARAKU
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
RAKYAT HIDUP BERSATU DAN MAJU
RAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA
RAHMAT BAHAGIA TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA

p/s - kita dok nyanyi NEGARAKU dari darjah 1 hingga 6 tahun ( 6 tahun tue beb.. ) ..betulkah itu yang berlaku. Dan kita masih lagi tersenyum...


Mari kite nyanyi ramei2x sekali lagi..

9 comments:

ZARA said...

Sekiranya ramai yang lahir seperti Karpal Singh dan Anuar Ibrahim, alamat Malaysia lingkup. Tak payah tunggu kelahiran Karpal Singh ke 2, sekarang ni dah banyak klon-klon mereka berdua ni yang semakin berani. Mereka ni (ahli-ahli politik tak kiralah dari parti mana pun) semuanya hipokrit. Mementingkan diri sendiri. Bila tersepit, kutuk member sendiri lari ke parti lain atau tubuh parti lain. Yang ruginya orang Melayu. Tidak bersatu. Karpal Singh tepuk tangan. Sebab tu dia berani saman Sultan kerana tulang belakangnya orang Melayu. Secara tak langsung dia melagakan orang Melayu. Dia tidak menghormati undang-undang sedangkan dia pengamal bidang berkenaan. Duhai orang-orang Melayu sedarlah secara halus apa niatnya yang sebenar?

Minister Of Mind said...

Teman sebagai rakyat Malaysia yang inginkan kedamaian sehingga ke infiniti keturunan akan terus memastikan kedaulatan sultan & raja yang ada otak dipertahankan.

@LiYaNNuaR said...

melayu yg semakin layu... layu di hujung mekar gitu... huhuhu...

Minister Of Mind said...

aku sebagai orang MELAYU..kata itu akan ku sangkal...

@LiYaNNuaR said...

kalo gitu... tuko le jadik meSEGAR... ;p

Minister Of Mind said...

sape la yg pandei2x namakan org nusantara nie melayu eh...?

sultan melaka said...

melayu tak penah bersatu..kenapa perlu bersatu? aku lebih suka kalau islam bersatu dari melayu bersatu.. kenapa melayu mesti menyokong melayu lain yg tidak mengamalkan ajaran islam dan terang-terangan memakan duit rasuah, minum arak, berzina? sedangkan mereka tahu itu haram? tidak semua melayu islam. aku dukung islam lebih dari aku dukung melayu. apa gunanya melayu bersatu tapi tetap mundur dan jadi kuli di negara sendiri? usaha jangan nak kena makan bersuap jek..

kelapadanorkid said...

malaysia..first world infrastructure..third world mentality.. dark ages style politics hehe

Minister Of Mind said...

sultan melaka>setuju dengan pendapat itoo..

kelapadanorkid> aku akan cuba memperbetulkannya