Sunday, November 23, 2008
Ikan guppy
Ho3x..semalam aku beli ikan guppy sebanyak 6 ekor. 3 jantan..3 lagi betina. Ho3x..
Berapa lama diorang dapat hidup tak tahu la aku. Saje je aku beli ikan nie. Selain murah ( RM 0.80 sen seekor ) dan akaurium yang kecil aku pun beli lah untuk menceriakan warna di rumah aku. Kan ikan guppy tu warna warni. Ho3x..
Ntah sampai biler la diorang dapat hidup. Aku budget smlm aku nak beli burung. Tapi mungkin harganya mahal kot. Ikan plak aku beli. Takpe lah...lusa dapat gaji aku g usha ..nak beli burung. Ke...nak beli arkus... eh...ntah lah.
Oh yea...disebabkan aku dah terbeli ikan guppy nie...lusa kot..aku g mencari "motor yang keluar udara" sebijik dan ...err..lampu yang bleh terangkan akauarium aku tue...
Err...perlu ke lampu tue..?
Eh...kenape aku minat plak nak bela menatang plak nie.....mungkin time aku kecik dulu...aku penah ralik tengok burung jiran kampung aku bela kot.
Dulu kat belakang rumah aku ada sangkar..besar tau..budak tadika pun ..bleh masuk dalam tue. Tak silap aku...ada burung merpati kot dalam sangkar tue....
Maybe aku cenderung nak beli ikan atau burung sebab dah kecik aku didedahkan ngan menatang tue...ho3x...
Saturday, November 22, 2008
Soalan Manusia
Manusia sentiasa berkehendakkan jawapan. Sedikit demi sedikit dicarinya.Selepas dapat A, hendak ke B..dan begitulah seterusnya. Kenapakah kita sebagai umat yang berpandukan al-quran dan hadis tidak begitu.
Lihat sahaja pencarian ilmu yang dipelopori oleh bangsa dan agama lain.Jika dilihat dari kajian yang mereka sedang lakukan seperti God particle ternyata mereka agresif dalam mencari jawapan.
Friday, November 21, 2008
Pengetua Aku
Korang kenal tak gerangan orang dlm gambar sebelah. Dulu...dialah pengetua kat sekolah aku.
Sumber
Wah..dah menjadi Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia skrg. Bangga aku..
Serba sedikit prihal beliau:
Y.BHG. DATO' HJ. ALIMUDDIN B. HJ. MOHD DOM Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (2007 - Sekarang) |
TARIKH LAHIR |
07 November 1952 |
TEMPAT LAHIR |
Perak |
PENDIDIKAN |
|
PENGALAMAN PERKHIDMATAN |
|
KURNIAAN |
|
Sumber
Media : Kekuatannya
Tahun lepas, aku ada create satu blog yang menceritakan ttg "kehidupan" aku yang lagi satu. Aku create blog tersebut untuk membuat perbandingan tentang perbezaan minat pembaca internet antara something yang menjana minda ( cth: cebisan minda ) dan something yang menjurus ke arah prihal yang agak privacy ( cth: biru jingga ).
Dan..... setelah kedua2x blog tersebut wujud, aku mendapati antara blog yang mendapat 'tempat' dihati rakyat Malaysia adalah biru jingga. Serius....sehinggakan rumah tangga aku bergolak. Manakan tidak, "pembaca" tersebut sedia untuk menjadi "astro bergerak". Wow...media itu yang kuat ke..atau orang itu yang kuat.
Dan..... setelah kedua2x blog tersebut wujud, aku mendapati antara blog yang mendapat 'tempat' dihati rakyat Malaysia adalah biru jingga. Serius....sehinggakan rumah tangga aku bergolak. Manakan tidak, "pembaca" tersebut sedia untuk menjadi "astro bergerak". Wow...media itu yang kuat ke..atau orang itu yang kuat.
Thursday, November 20, 2008
Renang
Panjat Gunung
Tetiba je terpikir pasal mendaki. Dah lama aku tak mendaki. Takat nie..dua gunung aje lah yang dah aku daki. Gunung angsi ( naik dari ulu bendul, nogori 9 ) ..dan gunung irau yg kat cameron highland.
Gunung Irau
Biler la aku nak panjat gunung lagi eh. Maybe aku leh join team OGKL dulu kot untuk aktifkan balik xtiviti panjat gunung nie kot.
Gunung Irau
Biler la aku nak panjat gunung lagi eh. Maybe aku leh join team OGKL dulu kot untuk aktifkan balik xtiviti panjat gunung nie kot.
Wednesday, November 12, 2008
Melayu : Puisi Dari Usman Awang
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
USMAN AWANG
sumber : http://iyco0.tripod.com/usmanawang.html
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
USMAN AWANG
sumber : http://iyco0.tripod.com/usmanawang.html
Monday, November 10, 2008
Kuasa Jepun
Dunia pernah tempuhi apa yang dipanggil perang Dunia pertama & kedua.
Dalam banyak2x negara yang menyertai perang dunia tersebut, aku paling kagumi terhadap negara Jepun.Kerana apa? Kerana diwaktu itu, mereka berupaya untuk menyediakan kekuatan militari yang lahir dari sebelah Asia.Sehingga berupaya untuk menjajah negara lain termasuklah malaysia.
Dalam kepala aku, tertanya-tanya...orang apakah mereka? Agama apakah yang mereka anuti.Apakah yang berada di dalam kepala mereka menyebabkan mereka berani muncul sebagai kuasa militari yang canggih diwaktu itu setanding dengan US, Britain, Jerman dan negara-negara yang berada di sebelah barat.
Dan hatiku tertanya2x. Ada sesiapa sudi memberikan komen?
Dalam banyak2x negara yang menyertai perang dunia tersebut, aku paling kagumi terhadap negara Jepun.Kerana apa? Kerana diwaktu itu, mereka berupaya untuk menyediakan kekuatan militari yang lahir dari sebelah Asia.Sehingga berupaya untuk menjajah negara lain termasuklah malaysia.
Dalam kepala aku, tertanya-tanya...orang apakah mereka? Agama apakah yang mereka anuti.Apakah yang berada di dalam kepala mereka menyebabkan mereka berani muncul sebagai kuasa militari yang canggih diwaktu itu setanding dengan US, Britain, Jerman dan negara-negara yang berada di sebelah barat.
Dan hatiku tertanya2x. Ada sesiapa sudi memberikan komen?
Rumah paling lapang
Pokok Kelapa
Hidupkan Api
Cara hidupkan api.
1. Kumpulkan ranting kering seperti gambar diatas.
2. Letakkan kertas (cth: suratkabar) di celah ranting.
3. Bakarkan kertas tersebut bersama-sama dengan ranting.
3. Selepas ranting tersebut terbakar, letakkan kayu yang agar besar.
4. Walla.....maka terhasilkan unggun api.
Ha3x...ape da aku merepek nie da...
Tain
Subscribe to:
Posts (Atom)