Friday, April 13, 2012

Makan bola minum bola..

Gua nie bukanlah minat main bola. Main bola pun lately...main ngan anak2x aje kat tepi padang atau kat taman. Kalo nak kata sorak2x kat kedai mamak bile EPL ke... liga malaysia ke... takde le korang nak nampak muka aku. Seingat aku, bile separa akhir dan akhir world cup je aku dok sorak2x kat kedai mamak.ha3x.

Well.. pada hari nie, 13 April 2012 gua "dikejutkan" dengan berita dari rakan2x pesbook pasal rangking bola sepak malaysia. Bile gua cek kat utusan online, gua baca la snapshot news dalam tue..



Gua takde le nak ulas panjang2x pasal apa yang dikomen oleh Setiausaha Agung Persatuan Agung Bola Sepak Malaysia ( FAM ) tue..

Bile gua usha di web FIFA ..mmg benarlah kite di tangga ke 156



Dan lebih mengejutkan kita, negara yang gua rasa tak pernah atau jarang dengar dalam industri sukan bola berada diatas negara kita iaitu Samoa dan New Caledonia

Dan ...dan lebih terkujat lagi Bangla dan Indon mendahului 3 dan 4 rangking teratas dari Malaysia. Berapa punye sadis da......

Adakah kita hanya bangga untuk menjadi jaguh kampung apabila berjaya menumpaskan Indonesia apabila berjaya menjuarai Piala AFF Suzuki buat julung kalinya pada tahun 2010 sahaja sedangkan di rangking dunia...kita di tangga 156 dan berada di bawah rangking Indonesia & Bangla.

Gua menyentuh isu ini kerana sukan adalah medium mudah untuk membentuk perpaduan rakyat malaysia.

No comments: