Aku dan isteriku dulu adalah terdiri dari mahasiswa ijazah sarjana muda .Untuk mendapatkan segulung ijazah sarjana muda yuran pengajian adalah di sekitar RM 40 ribu. Nilai tersebut adalah di sekitar tahun 2002-2003.
Oh yea..masih aku teringat lagi pada tahun pertama pengajian, pihak universiti telah menghantar surat kepada aku mempelawa untuk subscribe pinjaman MARA. Pada satu tarikh yang ditentukan, aku bersama-sama rakan yang mostly aku tak pernah jumpa dikumpulkan di satu dewan dan diberikan taklimat oleh pegawai MARA. Alhamudlilah, aku diaward pinjaman MARA pada ketika itu.
Walaupun pada tempoh masa pengajian tersebut aku diberi status PINJAMAN MARA, akhirnya setelah tamat pengajian .....pihak mara menukar status daripada pinjaman ke bentuk biasiswa.
Sekarang diumur aku 32 tahun iaitu setelah 10 tahun meninggalkan IPTA, aku mendengar isu berkenaan PTPTN lately. Sebagai mahasiswa pada era 1997-2003 , pada ketika itu aku tak pernah pun dengar sebuah organisasi bernama PTPTN. Yang paling femes agensi kerajaan yang membiayai yuran pengajian mahasiswa ketika itu adalah MARA,JPA ( Jabatan Perkhidmatan Awam ), Petronas dll.
Dan yang paling aku dengar, majoriti mahasiswa yang ingin melanjutkan pengajian..mahu tidak mahu, terpaksa berurusan dengan PTPN untuk mendapatkan modal bagi menanggung kos pembelajaran di IPTA/S. Dan kemudahan dari MARA, JPA dll.......... aku dengar mereka tidak lagi menawarkan biasiswa kecuali kepada student yang fly ke oversea.
Setelah berfikir sejenak, jika generasi selepas tahun 2003 keatas ingin belajar terpaksa subscribe totally status PINJAMAN dari PTPTN, apentah lagi pada generasi akan datang. Dan, aku percaya kepada anak2x aku kelak, maybe lagi 20 tahun........ tiada lagi yuran sebanyak RM 40 ribu . Maybe RM 60 ribu, maybe 70 ribu...........dan ibu bapa terpaksa push anak masing2x untuk belajar pandai agar selamat duit perents digunakan untuk membiayai yuran pengajian anak-anak. Dan pada ketika itu, pemberian PIJAMAN dari PTPTN semakin ketat syaratnya........ dalam erti kata lain, pandai2x la parents atau bakal mahasiswa carik duit untuk tanggung anak mereka kalo nak belajo di IPTA/S . Who knows kan?? Must think worst scenario.
Time tue.........parents pun menggelupur nak cari duit bagi feed yuran anak mereka nak belajo. Dah la zaman2x nie pun ....... parents diorang belajo pun dah kompem berhutang sebaik saja menjejakkan kaki ke IPTA/S. Zaman anak diorang nak belajo, aku rasa.........ramai parents yang masih terkial2x nak bayar hutang yuran PTPTN.
Ditambah lagi pada zaman ini, bilangan golongan muda jatuh bankrup atau diblacklist coz penggunaan kad kredit. Dan bilangan ini meningkat dari tahun ke tahun. Dengan karipap pun sekarang dah jadi 3 ketoi seringgit, value rumah semakin meningkat........aku rasa scary la jugak mengenangkan apa yang bakal berlaku. Kalo kita lihat, tahap pemilikan orang kita terhadap sektor rumah dan hartanah, cuba la korang lalu di flat2 "ala burung merpati" ..........berapa ramai orang melayu tinggal disana.
OMG........what will happen to our generation?? Aku ada 2 anak yang sedikit demi sedikit mahu mengenal erti dunia........
No comments:
Post a Comment