Wednesday, May 28, 2008

KLCIE

Beb,

Kalo korang nak tahu..sebenarnye graf kat bawah nie..bolehlah dikatakan keadaan ekonomi malaysia yang turun naik mengikut arus dunia semasa termasuklah domestik yang memberikan impak terhadap kekukuhan ekonomi negara kita...

Sile le usha.


Tuesday, May 27, 2008

Thursday, May 22, 2008

Professor?

Hari tue, aku join exhibit WCIT ( World Congress Information Technology ) kat KL convention centre.

Tengah lepak2x greet delegates..aku jumpe la ngan this guy. Yeah.. i know him.

I saw him previous at my youngster age kat lembah kuale. Time tue dia tengah tunjuk pengiraan nombor cara dia. Letak board kat tengah2x alam masa pasar pagi. Dah show sifir cara dia kepada orang ramai. Mmg sempoi.

Then, i meet him again in that event. Wow..this man is still alive. I pun tegur dia.. dan sembang2x dengan dia.

Pergh.. dia punye mindset ala2x sama cam aku la.. cuba menjadi pemikir. Tapi, ilmu dia lagi power..tengok umor la beb.. Skrg nie, dia tengah buat research pasal god particle.

Pergh...kalo ada god particle nie, aku rasa..bleh conquer satu dunia. To me, i do so believe on the teoritical on what he's doing right now.

So, i need to talk him in another time to discuss on his research. Very obess on knowledge. Just same as Zul Design in rawang. Dia suruh aku panggil Prof Halim.. ihik..prof pun prof lah.

Sunday, May 11, 2008

Politik

Bagi individu yang mendiami sebuah negara yang berdaulat, kite tidak boleh kata "argh..tak minat politik lah" ..."ape kes politik2x nie....bulan2x masyuk udah le"..

Kerana ape?
  1. Kerana kita hidup dalam sebuah masyarakat yang terdiri dari pelbagai agama dan bangsa
  2. Kerana apa jua yang sistem yg memutuskan sesuatu...akan memberi kesan kepada anak cucu cicit kita.
So...kita kena ambil port. Kalau tidak...anak saye..anak u all ..tidak tahu apa nasib jika kita tidak ambil port langsung.

Bercakap tentang politik, sudah tentulah yang membawa kemajuan komuniti negara kita adalah UMNO. kerana apa? Setidak2xnya perjuangan mereka telah membebaskan pegangan sumber negara kita dari penjajah yang menyedut hasil dari negara kita. Dan itulah yang kita kenali..iaitu merdeka. Tidak lupa juga kepada individu yang memperjuangkan nasib orang melayu sebelum tertubuhnya UMNO.Perjuangan mereka amat saya hargai.Terima kasih. Tiada perjuagan mereka, tidak dapatlah saya menaip blog pada tahun 2008 ini.

Menyentuh UMNO, sememangnya perjuangan mereka adalah kepada orang Melayu. Dan sebagai orang melayu, sudah tentulah saya menyokong UMNO. dan sebagai sebuah pertubuhan yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara itulah pertubuhan yang kita patut kekalkan dan sentiasa releven sepanjang manusia berada di negara kita.

Kemelut yang berlaku sekarang adalah disebabkan orang yang menganggotai UMNO. dari peringkat pucuk pimpinan, sehinggalah ke peringkat balaci. Tiada kena mengena dengan pertubuhan itu sendiri kerana perlembagaan UMNO itu sendiri iaitu Fasal 3 jelas menyatakan asas dan tujuannya

Ahli yang mengangotai UMNO itu sendiri menyebabkan hilang kepercayaan antara satu sama lain dan seterusnya memberi kesan kepada seluruh bangsa melayu dan warganegara Malaysia amnya. Cantas mencantas, politik wang, kroni, siapa berkuasa kita sokong, duit adalah keutamaan adalah sedikit contoh yang mewarnai ahli dalam persatuan tersebut.

Diharapkan agar dari atas ke bawah cubalah fahami perlembagaan UMNO itu sendiri. Sematkan di dalam hati masing2x... Kelak...anak aku, anak korang..jadi hamba di bumi sendiri. Fikir2xkan lah.

Saturday, May 10, 2008

Tingkatkan kelajuan internet anda

Quote
Kepada pengguna sistem operasi windows XP, sambungan Internet jalur lebar boleh dipertingkatkan dengan melakukan perubahan pada ketetapannya.

Ia adalah ciri binaan dalaman di dalam windows XP yang menyimpan 20 peratus lebar jalur untuk sambungan Internet komputer.

Langkah yang perlu diambil membabitkan penukaran terhadap ketetapan lebar jalur bagi membolehkan pelanggan Internet mendapat manfaat daripada sambungan lebih laju.

Simpanan lebar jalur boleh ditetapkan pada nilai maksimum daripada 0 hingga 100 peratus apabila proses perubahan dilaksanakan.

Tetapi, sekiranya anda hendak menikmati sambungan Internet lebar jalur pada kadar maksimum, perubahan yang perlu dilakukan membabitkan penetapannya sehingga 0 peratus.

Bagi membolehkan perubahan dilakukan pada ketetapan lebar jalur Internet anda, langkah yang perlu diambil adalah mudah.

Layari butang 'Start' di bahagian bawah kiri skrin dan disusuli dengan membuat pilihan pada kotak 'Run' bagi membolehkan anda menaip arahan GPedit.msc sebelum menekan butang 'Enter' (masuk).

Apabila arahan yang ditetapkan berjaya dilaksanakan, pemilik komputer peribadi akan dipaparkan dengan window baru.

Pada window itu, ia memaparkan arahan 'Local Computer Policy' yang boleh dikembangkan bagi membolehkan anda membuat pilihan pada arahan seterusnya iaitu 'administrative templates'.

Di sebelah kanan window, perluaskan dokumen yang disediakan dengan mengembangkan segmen 'Network' window itu dan klik pada 'QoS Packet Scheduler'.

Kini, di sebelah kanan window terbabit klik dua kali pada elemen 'limit reservable bandwith' (hadkan lebar jalur yang disimpan).

Apabila kotak dialog bagi menghadkan lebar jalur tertera, pastikan arahannya ditetapkan sebagai 'Enabled' dan kemudiannya lakukan perubahan untuk menghadkan peratusan lebar jalur kepada sifar.

Apabila proses yang ditetapkan berjaya dilaksanakan dengan berkesan, kini anda hanya perlu menutup kotak dialog Group Policy Editor dan hidupkan semula komputer pemilik bagi memastikan perubahan terbabit dilaksanakan dengan berkesan.

sumber : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Gajet/20080503105550/Article/index_html

Thursday, May 8, 2008

Wedding


Ok kawan2x.. sape yg nak kawin kew..nak sewa atas sewa ke stand arch nie...bleh roger aku.. yang pasti ..aku letak harga sewa ..RM 20 jew... email atau ym aku kat seventynine1104@yahoo.com

Investment

Semalam aku lepak ngan sorang awek nie.. yg aku plak berminat nak lepak ngan dia sebab nak sembang pasal public mutual...

Entahlah..kena la skrg nie aku berminat sangat nak tahu pasal benda2x alah cam nie..maybe aku ada $..then aku nak beranakkkan $ aku tue supaya aku bleh settle ape yg tak settle..

So..after dia ding dong ding dong..tunjuk sifir cammane $ org tue bleh grow.. wah..masyuk..best!!

Lebih masyuk dari ASB/ASW.......... kenape eh..aku tak didedahkan cam nie..kata hati aku.. lebih baik aku bun duit EPF aku dlm unit trust nie je.. lagi banyak hasil...

So..kat bawah nie..adalah satu iklan yg aku dapat dari awek tue...


Bile dia explain tang subsidi dlm pengurusan kewangan..wah!!! bestnye..bleh ar tambah nilai competitive aku untuk market.. ISO aku sdg buat..ada degree sc comp.. iskh..menarik nie..



So..kalo korang minat..bleh roger aku utk sembang2x ..tambah pengetahuan


Kat sinie adalah document dari suruhanjaya sekuriti yg bleh kite baca utk jadi pelabur bijak