Saturday, May 10, 2008

Tingkatkan kelajuan internet anda

Quote
Kepada pengguna sistem operasi windows XP, sambungan Internet jalur lebar boleh dipertingkatkan dengan melakukan perubahan pada ketetapannya.

Ia adalah ciri binaan dalaman di dalam windows XP yang menyimpan 20 peratus lebar jalur untuk sambungan Internet komputer.

Langkah yang perlu diambil membabitkan penukaran terhadap ketetapan lebar jalur bagi membolehkan pelanggan Internet mendapat manfaat daripada sambungan lebih laju.

Simpanan lebar jalur boleh ditetapkan pada nilai maksimum daripada 0 hingga 100 peratus apabila proses perubahan dilaksanakan.

Tetapi, sekiranya anda hendak menikmati sambungan Internet lebar jalur pada kadar maksimum, perubahan yang perlu dilakukan membabitkan penetapannya sehingga 0 peratus.

Bagi membolehkan perubahan dilakukan pada ketetapan lebar jalur Internet anda, langkah yang perlu diambil adalah mudah.

Layari butang 'Start' di bahagian bawah kiri skrin dan disusuli dengan membuat pilihan pada kotak 'Run' bagi membolehkan anda menaip arahan GPedit.msc sebelum menekan butang 'Enter' (masuk).

Apabila arahan yang ditetapkan berjaya dilaksanakan, pemilik komputer peribadi akan dipaparkan dengan window baru.

Pada window itu, ia memaparkan arahan 'Local Computer Policy' yang boleh dikembangkan bagi membolehkan anda membuat pilihan pada arahan seterusnya iaitu 'administrative templates'.

Di sebelah kanan window, perluaskan dokumen yang disediakan dengan mengembangkan segmen 'Network' window itu dan klik pada 'QoS Packet Scheduler'.

Kini, di sebelah kanan window terbabit klik dua kali pada elemen 'limit reservable bandwith' (hadkan lebar jalur yang disimpan).

Apabila kotak dialog bagi menghadkan lebar jalur tertera, pastikan arahannya ditetapkan sebagai 'Enabled' dan kemudiannya lakukan perubahan untuk menghadkan peratusan lebar jalur kepada sifar.

Apabila proses yang ditetapkan berjaya dilaksanakan dengan berkesan, kini anda hanya perlu menutup kotak dialog Group Policy Editor dan hidupkan semula komputer pemilik bagi memastikan perubahan terbabit dilaksanakan dengan berkesan.

sumber : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Gajet/20080503105550/Article/index_html

No comments: