Thursday, April 9, 2009

KPI : Jentera Pentadbiran Kerajaan

Teman ucapkan tahniah kepada Perdana Menteri kita yang baru iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menyusun atur pentadbiran kerajaan yang dinamik mengikut perkembangan semasa. Tahniah juga diucapkan kepada ahli2x kabinet yang dilantik kerana sudi memikul tanggungjawab yang berat untuk bersama-sama memajukan Malaysia.

Masih banyak perkara yang belum dan bakal diselesaikan demi kemajuan dan perpaduan rakyat Malaysia. Tahniah sekali lagi.

Antara isi kandungan ucapan Perdana Menteri kita yang baru ini adalah setiap jentera kerajaan mewujudkan KPI bagi meningkatkan prestasi kementerian yang terlibat agar segala permasalahan bagi mencapai KPI tersebut dapat diselesaikan.

Disini, teman ingin mencadangkan agar kesemua(100%) agensi kerajaan dari peringkat kementerian sehinggalah ke unit di peringkat negeri menggunapakai ISO 9000:2008 . Langkah ini bertujuan agar semua KPI, visi dan misi semua agensi kerajaan didokumenkan dan sistem KPI ini jelas dipraktikkan dengan menggunakan ISO 9000:2008.

Dicadangkan juga kapasiti pengetahuan di setiap organisasi masing2x dipertingkatkan dengan implementasi pengurusan pengetahuan ( knowledge management) seperti knowledge audit dan knowledge management policy.

Sekian,

4 comments:

Rantong said...

Salam ziarah.

Pengambilan Baru Peserta Program Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net™ "Click Here"

Minister Of Mind said...

sape punye idea nie da..

NoRLi said...

haah..sokong sistem KPI nie..
so semua menteri akan sentiasa dipantau dan perbaiki prestasi masing2..
sama macam tempat keja saya...heheh

Minister of Mind said...

tahoo takpe..

pasal knowledge management tue..yang bagusnya adalah ...sikap individu dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyatnya akan bertambah positif kerana dimotiviasi oleh pengetahuan.

bak kata orang kita ..ibarat padi..semakin berisi makin tunduk ke hape ke ..lebih kurang mcm itu la..