Thursday, April 9, 2009

Bagaimana Akademi Fantasia Lahir

Mesti korang sokmo tengok akademi fantasi bukan?...ahaks..AF8 nie teman pun suka tengok. Vote for Hafiz (ahaks...sempat promo dia)..

Anyway..pernahkah korang terfikir bagaimana rancangan seperti Akademi Fantasi ini lahir.

Dalam bidang pengurusan perniagaan ada satu topik dipanggil keusahawaan (entreprenuer). Dan dalam dunia keusahawanan (entreprenuer) ada satu area dipanggil incubation. Tapi apakah itu incubation...

Mesti dalam paler tue ramai yang pikir "eh..nie macam tempat letak budak tak cukup bulan nie"..Ahaks...kalo itu yang korang pikirkan, jawapannya betul...

Tapi ...apa kena mengena incubation ngan AF. Konsep incubation adalah satu konsep dimana kita nurture individu/organisasi perniagaan supaya berkembang dengan lebih baik.

Begitu jugak dengan Akademi Fantasia. Konsep incubation ini diapply kepada industri muzik.

Akademi Fantasi adalah satu program dimana kita buat selection individu. Then kite tempatkan diorang ramei2x supaya talent diorang itu dipupuk. Pelbagai pengetahuan teknik menyanyi, menari dll disumbatkan kat diorang. Ada mentor dan sucess story diberitahu kepada diorang.

Dari segi komersilnya, mana2x individu yang bagos....mereka akan diundi berdasarkan selera penonton ( para pelanggan ).

Setelah diorang cukup matang berdasarkan masa..maka diorang kena survive dan sustain dalam industri hiburan. Sebab itu kita ada Nana ( era.fm ) ..bob dll lagi yang survive dan sustain di areana industri hiburan. Yang bagos itu..terus mara ke peringkat lebih tertinggi...

Gitulah citer sempoi dimana konsep incubation melahirkan rancangan seperti Akademi Fantasi

Jangan lupa...vote for hafiz

4 comments:

NoRLi said...

kes macam program yang tenggelam terus xtimbul...macam audition or sinaran pasport kegemilangan sebab xmasuk incubation ker??
hehe..saja bagi pandangan...

Minister Of Mind said...

program tenggelam terus tak timbul tue..kena tanya tv3 le...

takpun tanya pihak astro..kenapa diorang tak wujudkan rancangan namanya sejibik macam sinaran passport kegemilangan / audition.

he3x..

Ir. hydir said...

salam..
first sekali AF baru 7 daaa .. ko advance sgt..sampai 8 le pulak..

konsep incubation tu mmg bagus cuma yg mmg ada talent jer yg bleh survive lps tu .. kena ada support dr Astro juga utk terus sukses ..mcm Maestro buat [walaopon Maestro dah tutup skrg nih]

Hafiz yer .. vote Isma
muahaha

Minister Of Mind said...

ada jugak orang yang pasan. Terima kasih kerana sudi beritahu.

Kalo pihak pengurusan Astro willing nak support diorang smpi ke peringkat antarabangsa ..lagi lah bagus.

ahaks..sempat jugak bro promo isma