Sunday, February 8, 2009

Les Copaque : Our Local Technoprenuer

Sebagai menteri minda kerajaan bawah tanah, saya mengucapkan syabas kepada syarikat tempatan iaitu Les Copaque kerana berjaya memartabatkan animasi tempatan sehingga berjaya masuk panggung.

Langkah ini menandakan penerimaan rakyat negara kita terhadap animasi tempatan meningkat dan mendapat tempat di hati rakyat Malaysia termasuklah anak saya. Ini juga menandakan mutu animasi tempatan meningkat. Diharapkan agar acuan karektor kita ini dapat menembusi kesemua negara bangsa yang berada didunia dan duduk sama tinggi dengan watak Mickey Mouse, Pocoyo, Transformer, Pokemon, Doremon, Ultraman dll di minda masyarakat bangsa dunia.

Dan kita mahu lebih ramai lagi rakyat tempatan kita untuk menyumbang kreativiti dan pengetahuan dalam bidang yang penuh dengan idea segar dan kreativiti ini seperti Positive Soul dan Dynamic 3D Sdn. Bhd. dll terus bercambah demi lepak bersama karektor bukan tempatan ke seluruh dunia.

Syabas dari kami.

2 comments:

~Juejune~ said...

aku pun teruja ngak ngan tahap animasi malaysia...
meh kite sokong upin ngan ipin..

betul5x

Minister Of Mind said...

jom....