Tuesday, October 28, 2008

Cuti Sekolah

Wah...cuti sekolah dah nak tiba dah. 15hb 11 ek...cuti sekolah start. So...ramai la family yang pergi bercuti bawak anak mereka berjalan. Ramai lah yang buat kenduri kawin. Yang nak bersunat pun ada...Wah...macam2x event yang akan berlaku.

Aku pun nak bercuti lah.Kemana kite nak pegi nie..Anak dah ada 2 orang...tapi kecik je le....Haziq...kite nak kemana nie...cakap kat ayah.

Raya di Umur 29 tahun

Raya tahun nie...aku asyik lepak rumah aje. Layan astro dan main game. Ntah lah...kenape la aktiviti aku jadi cam tue. Maybe...aku nak lepak rumah puas2x. Dan..maybe ...ramai member2x aku yang dah "takder". Maksud takde ialah...masing2x dah berfamily...so..ramailah yang tak balik rumah parents masing2x sebab..gi beraya dulu kat rumah bapak/mak mertua.
Lagi satu faktor..maybe tok / opah dah meninggal....so..takde la kampung halam dalam erti kata sebenar.


Yang aku jumpe member tahun nie...lepas sembahyang raya.....haram aku tak jumpe member. Lepas sembahyang jumaat plak aku jumpe Aimi Khusairi dan Faisal ( anak cikgu jawahir ).
Lepas tue..member kamcing aku datang rumah....tue pun sebab aku ngajak. Sape lagi kalo tak bukan Tun, Ijad dan firdaus.

Ada gak aku iktiarkan pegi sendiri ke rumah member seperti..rumah Jai. Adik dier plak cakap yang dia kat simpang lawin..lepak kat rumah mak mertua dia.Rumah mior pun sama....malangnye..time tue..dia tak sampai lagi ke rumah parents dier. Rumah Lan pun aku ada pegi....kakak dia cakap yang dia beraya kat sabah.Adus..

Yang aku sempat beraya rumah member...sape lagi kalo tak rumah Ijad."Maybe dier ada vision dier sendiri kot..."

Raya kali nie...aku bawak anak aku..si haziq naik moto....g rumah member2x...kelakar betul time dia pakai helmet. Bleh plak dia tdo atas moto...ngantuk betul dier..

Anyway...Selamat Menyambut Hari Raya kepada semua sedara aku dan kalian semua. All the best in your life... Semoga hari yang mendatang akan sentiasa ceria dan lebih bersinar. Amin..

Nabil ( Raja Lawak Astro )

Dulu..aku ada pegi ke sesi pertemuan DCL. Ada sorang mamat tue..yang jadi MC pada hari tue...sebut "Bak kata nabil...lu pikirlah sendiri".

Then...aku yang jarang tengok astro sebab astro takde kat rumah...berkata dalam hati.." Ape la mamat nie..tak faham aku ape yg dia sebut"

Lepas tue...aku ada le search dalam youtube. Tap tap..tap...aku bleh TERjumpa ngan vclip Nabil. Aku perhatikan la vclip dier yang dalam Raja Lawak Astro tue.. Penyudahnye sekarang....aku dah mule quote perkataan dia....

Contohnye...

"Dengan bakul di lengan..tanpa memikirkan masa depan...Saleha berjalan ke hadapan"

"Darah kami telah bersatu padu. Apa akan terjadi kepada saya selepas ini.."



keh3x...lawak ko memang lawak lah...terutama sekali bile jadi dracula time final.

Tapi..bile masuk melodi...tak kena lah..ko kena host lain lah...baru ko leh keluarkan lawak ko 100%.

Anway...tabik sama lu....sebab...lu pikirlah sendiri...

Happy Deepavali



Actually, ari tue...teman nak wishkan Happy Deepavali kepada rakan/jiran yang teman kenal sepanjang idup nie...tapi...aduii...tak simpan plak no diorang.

So..atas kesempatan dan platform ini teman ingin mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada rakan2x dan jiran2x yang teman kenal. Semoga berbahagia disamping keluarga.

Kepada :

  1. Mr. Lingam ( jiran time aku kecik2x dulu )
  2. Anti banu & keluarga ( jiran aku kat sekolah clifford. Selalu main ngan anak dia...vikey namanye..err..rasanye kot.)

Kawan2x india yang aku kenali kat sekolah menengah clifford. Korang memang best..sebab ajar aku perkataan tamil tuttt.... Wish to turn back time:
  1. Viki - style rambut 'beverly hills 19201'. Letak cermin kat kasut..sentiasa lekat dalam ingatan aku.
  2. Ganesh - 'tusyen sama ngan dia'
  3. Shanmuganathan - 'belajar sampai u sama ngan aku...course pun sama'
  4. Dj dave - 'mak oii..panjangnye dia nie...otak udang"
dan.. lain2x lagi yang aku tak mampu ingat nama dia buat masa ini.Maaf, jika aku tak ingat nama korang.

Time keja plak.

  1. Pavala ( welcome to k-ekonomi )
  2. Malah ( thanks for sharing your story with me )
  3. John kedai atas - er...i thought you're celebrating deepavali.
eh..sikitnye aku kawan ngan indian....bile nak tambah kawan india nie......wish me can make friends with indian girls and boys..

Kerjaya

Aku tak pasti kerjaya apakah yang aku idamkan.

Tapi yang pasti..ciri-cirinya adalah seperti berikut:
  1. Berjumpa dengan orang supaya otak berkembang.
  2. Pergi jalan ke negara orang
  3. Of course...pendapatan ..kalo boleh berjuta-juta sebulan.
  4. Takmo lepak opis aje.

Fikiran

Selama aku hidup 29 tahun ini, aku telah menjalani satu sistem pendidikan yang menekankan kepada sifat logik. Sebagai contoh 1+1 hasilnya mestilah dua. Dan dalam kehidupan ini, aku telah diajar untuk bersistem.

Tapi...betulkah kehidupan itu hanya terdiri dari satu sistem dan bersifat logik? Adakah perlu kita menekankan kepada kehidupan yang tidak logik dalam kehidupan kita. Apa kata kalian semua.

Sifat individu

Tetiba je aku berminat nak belajar pasal manusia. Dalam erti kata lain..tengok air muka..atau kira nama orang tersebut atau haribulan orang tersebut...dah boleh tahu sifat individu tersebut.

Ada sesiapa yang sudi untuk menurunkan ilmu tersebut.

Kaya

Sebenarnye, aku percaya yang aku boleh berjaya dalam apa jua bidang. Kerana apa? Kerana orang lain pun boleh berjaya.

Motivasi sedemikian, menyebabkan aku pun boleh berjaya dalam bidang perniagaan. Kerana apa? Kerana orang lain pun boleh berjaya.

Ada satu je limitasi untuk aku menjalankan perniagaan. Iaitu aku tiada back-up. Sumber kewangan aku hanya pada diriku sahaja. Orang rumah aku tak bekerja. Arghh...kalo ikutkan pikir semua itu, ape pun tak jadi.

Ada pandangan?

Ayat-Ayat Cinta

Hari jumaat baru-baru ini aku melayan cerita Ayat-Ayat Cinta



Perghh....best siot citernye...Pada aku ceritanya bagus...Sebuah filem yang lari dari filem cinta yang aku lihat. Padat dengan islamic yang halus. Ayatnya...lunak....BEst...dan Best.....Nak tengok lagi...tapi belilah ori...

Apa ada dengan kereta

Lately, aku disembang ngan adik ipar aku yang keja mekanik dan yang sorang lagi sepupu aku yang keja kat kedai servis keta mewah.

Ding dong ding dong..diorang sembang pasal keta. Yang aku nie berkerut2x la pale dengar ntah hape2x jenis model keta yang diorang sembang.

Yang sepupu aku..aku tanya kat dia..yang diorang pakai keta porshe mahal2x tue..diorang tue keja ape eh? Soalan itu gak..aku tanya kan kepada adik ipar aku tue...



Time aku sembang ngan adik ipar aku tue...dia belek la majalah keta..nak tunjukkan aku porshe cayenne yang sememangnye aku blur ayam sebab tak penah tengok keta tue..Tetiba dia terpandangkan harga keta tue dalam majalah yang dibeleknye.

Pergh... harganye RM 1, 180,000 lebih. Perrhhhh....giler ah...Sekali lagi kepala aku memikirkan..apakah kerjanye pemilik kenderaan itu yang mampu membeli harga sebuah kereta yang bernilai sejuta lebih itu.

Adakah aku pun boleh menjadi sedemikian. Bolehkan..