Friday, April 10, 2009

Merancang menguasai dunia : Strategi

Ape ke sengal mamat nie ..tak abes2x lagi dengan agenda menguasai dunia...ha3x...

But i'm serious about this. I want my faith to be increase...
Anyway tanpa melengahkan masa teman post artikel strategi asas bagi menguasai dunia. Kalau korang duduk di bulan..korang akan menggambarkan manusia ini ramai melata di seluruh bumi seperti gambo kat bawah.


Dan dalam gambarajah diatas adalah gambaran bagaimana komposisi antara muslim seperti aku yang dok kat malaysia ini dan non muslim yang lepak di eskimo sebagai contoh.

Senario sekarang

Kalo korang tengok gambarajah A dibawah, komposisi majoriti manusia yang dikatakan non-muslim adalah gambaran dimana mereka menolak dan terus menolak kita. Implikasinya..ramai yang dibom, ramai yang masuk pusat serenti, ramai yang jadi mat rempit, ramai yang macam2x korang tafsir sendiri lah.

Apa yang dah berlaku sayang.....Our community dah down shrink. It is true or not..?? Kalau tak betul sila tunjukkan figure untuk memudahkan kerja..

Gambarajah A

So, kalau betullah seperti gambarajah A itu, maka kita mahu bulatan hijau ini berkembang seperti di gambarajah B.Bagaimana?? Guna hukum logik la sayang.. supaya orang yang berfikiran logik di luar kelompok kita pun akan cakap..."aha..betul lah...., apesal kamu tak kabo awal2x"

Gambarajah B

Tingkatkan pengetahuan teman dan korang... comprem boleh.

6 comments:

zara said...

Assalamualaikum Minister,

Menurut kajian, lebih 80% wanita berpotensi hamil jika tidak mengamalkan sebarang kaedah kontraseptif (merancang keluarga). Merancang keluarga bermaksud menentukan bilakah masa yang sesuai untuk mempunyai anak dan berapakah bilangan yang di ingini oleh pasangan tersebut. Jika setiap tahun terdapat tambahan 3 juta jiwa yang beragama Islam atau sebesar negara Singapura, berarti terdapat penambahan penduduk Islam di sekitar 15 juta setahun. Dengan penambahan penduduk sebanyak itu, kebutuhan beras pun melonjak satu setengah kali lipat ganda. Kepesatan sesebuah kawasan yang melibatkan penambahan penduduk, peningkatan sosio-ekonomi, pembinaan rumah kediaman dan komersil turut mengundang penjanaan sisa pepejal.

Masalahnya, ramai pasangan Islam mengamalkan perancang untuk mengelak isteri dari mengandung. Rata-rata memberi alasan, tidak cukup budget. Tidak ada pembantu rumah atau orang yang ingin menjaga anak-anak mereka. Habis tu, bagaimana hendak mencapai pertumbuhan penduduk Islam di serata dunia?

Dicengkam pula dengan pembunuhan beramai-ramai orang-orang Islam di Srebrenica, tentera Filifina menembak mati orang kampung yang bekerja mengait kelapa secara firing squad, di Selatan Thailand, di Gaza, di Qana, pembunuhan beramai-ramai tersebut bukanlah lengkap, tetapi sekadar membuktikan realiti sebenar penjajahan sebenar Rejim Zionis Yahudi ke atas umat Islam.

Semoga seluruh umat Islam di dunia sedar betapa pentingnya pertambahan penduduk demi mengisi ruang renggang. Women should give their full support to their husband in upgrading and extension of territories. (Tentu ramai yang marah dengan den…)

Minister Of Mind said...

W'salam

Terima kasih kerana YB Kajang sudi memberikan pendapat. Buat perenggan terakhir tue...lagilah teman ucapkan terima kasih..ahaks..

Dari aspek penambahan umat islam itu sudah betul. Tapi lebih cantik lagi ...juga bilangan manusia itu diperbesarkan jika mutu manusia relatif dengan bilangan.

Apa yang berlaku sekarang ini sebaliknya. Ada sesetengah komuniti, peratusan komposisi rakyatnya besar. Tapi, mutunya kurang.

mutu kat sinie adalah dari peningkatan pengetahuan kepada tiap2x individu.

Oleh yang sedemikian, mutu pengetahuan tiap2x individu itu perlu dipertingkatkan dan seimbang relatif dengan peningkatan bilangan manusia.

zara said...

Senjata utama di dalam peperangan adalah ilmu pengetahuan dan teknologi terkini.

Pengurusan mutu pengetahuan merupakan suatu filsafat dan metodologi yang dapat membantu dalam mengelola perubahan dan menyusun organisasi.

Untuk dapat memberikan dasar pengetahuan, proses belajar-mengajar perlu dititikberatkan.
Mutu pengetahuan ini harus terukur dan ada yang mengukur.

Minister Of Mind said...

betul kata YB Kajang..

Aidy Shahiezad said...

penambahan kuantiti dalam khalayak masyarakat tidak akan menyumbang kepada apa-apa kemajuan dan kekuatan melainkan mereka itu lahir dengan diterapkan nilai-nilai baik modal insan...

Minister Of Mind said...

betul kata kome..