Thursday, June 4, 2009

Dari Gerigil Besi



Dari gerigil besi anak-anak kecil melihat dunia,
Membesar menghirup udara ibukota,
Oh.. indahnya duniaku,

Dari gerigil besi anak-anak kecil melihat dunia,
Girang berlari di sebalik gerigil itu,
Terdengar suara tawa riang,

Dari gerigil besi anak-anak kecil melihat dunia,
Ayah dan ibu gusar memikirkan qada dan qadar pewaris mereka,
Bagaimana?
Apakah?

Dari gerigil besi anak-anak kecil melihat dunia,
ABC keluar dari bibir kecil yang comel,
123 disusuli juga,
Insyallah... sedikit pedoman untuk kehidupan,

Dari gerigil besi anak-anak kecil melihat dunia,
Mata-mata bundar senyum girang

-HRMK-

2 comments:

zara said...

Anak ialah merupakan salah satu di antara anugerah Allah swt kepada hamba-hamba-Nya serta menjadi salah satu punca rezeki dan mendatangkan kenikmatan serta kegembiraan kepada manusia. Mereka dilahirkan dalam keadaan fitrah.

Mereka itu juga merupakan harta yang sangat berharga serta turut menjadi bekalan di dunia dan di akhirat apabila anak yang soleh dapat medoakan ibubapanya dan memberikan pertolongan kepada mereka di saat-saat memerlukan.

Mereka sangat jujur.

Minister Of Mind said...

sudah tentu..