Friday, April 10, 2009

Ekonomi China mula tunjuk tanda pemulihan

Unutk Rakaman Peristiwa

kuala lumpur 9 April - Ekonomi China telah mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan hasil pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi pada awal November tahun lalu.

HSBC Global Research dalam nota penyelidikannya berkata, pertumbuhan pembiayaan bank melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun kepada 24 peratus tahun ke tahun pada Februari.

Pelaburan infrastruktur bertambah antara 70 hingga 120 peratus tahun ke tahun dengan pelaburan dalam pengangkutan kereta api mencatatkan pertumbuhan menakjubkan pada kadar 210 peratus tahun ke tahun dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Sementara itu, pelaburan dalam arang batu, bukan keluli dan bukan ferus turut mencatatkan prestasi positif.

Malah, sektor industri turut menyaksikan kestabilan dengan pertumbuhan 43 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), secara purata meningkat 5.2 peratus tahun ke tahun dalam bulan Januari hingga Februari.

Indeks Pengurusan Pembelian mencatatkan lonjakan kepada 52.4 pada bulan lalu berbanding 49 pada bulan sebelumnya.

Menurut nota penyelidikan itu, pembiayaan baru termasuk kontrak kewangan juga berkembang pantas dan pengeluaran industri juga semakin stabil meskipun eksport jatuh sebanyak 20 peratus dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

''Prestasi yang dicatatkan ini telah menunjukkan permintaan sebenar negara China,'' katanya

No comments: