Wednesday, April 30, 2008

KDNK

Kadang2x...kan, kite sebagai rakyat biasa mesti tak tahu ape benda yang media / pemimpin cakap pasal keadaan ekonomi kite termasuk lah aku. Antara bende yg diorang cakap adalah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau dlm bahasa omputehnye....GDP. Ape eh KDNK tue..

Secara amnya, bagi menunjukkan ekonomi sesebuah negara/komuniti tue bagus..kite akan menunjukkan angka bagi tujuan perbandingan. So..angka yang sesuai bagi bidang ini adalah KDNK. Secara khususnye..KDNK adalah

"Pengeluaran barang dan perkhidmatan dalam sesebuah negara bagi tempoh tertentu, dinilai pada harga malar dan harga semasa.

Istilah pertumbuhan ekonomi (economic growth) merujuk kepada KDNK pada harga malar."

Tapi..cammane plak nak kira KDNK nie.. Ha..kawan2x...nak kira KDNK nie ada 3 cara iaitu:

  1. kaedah pengeluaran kaedah
  2. Kaedah Perbelanjaan Akhir
  3. Kaedah Pendapatan


Kaedah Pengeluaran
  • Menjumlahkan nilai ditambah kasar (gross value added) bagi semua pengeluar dalam ekonomi.
  • Bagi pengeluar yang berorientasikan keuntungan (profit orientation), nilai ditambah adalah bersamaan dengan output kasar tolak input perantaraan.
  • Bagi pengeluar yang bukan berorientasikan keuntungan, nilai ditambah bersamaan dengan menjumlahkan pampasan pekerja (compensation of employee), penggunaan modal tetap (consumption of fixed capital) dan cukai tak lansung tolak subsidi.
  • Kaedah ini juga dikenali sebagai Pendekatan Nilai Ditambah dan juga Kaedah Penawaran (Supply side method)


Kaedah Perbelanjaan Akhir
  • Perbelanjaan akhir merujuk kepada perbelanjaan ke atas barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dan ianya tidak termasuk barang dan perkhidmatan yang digunakan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan lain.
  • Perbelanjaan Akhir adalah termasuk kegunaan semasa dan juga untuk disimpan bagi kegunaan masa akan datang. Eksport (tolak import) juga adalah sebahagian daripada Perbelanjaan Akhir.
  • Kaedah ini juga disebut Kaedah Permintaan (Demand side method).


Kaedah Perbelanjaan Akhir


Jabatan Perangkaan tidak menggunakan kaedah ini untuk mengira KDNK.



Kalo ikut wikipedia plak
QuoteKeluaran dalam negara kasar (KDNK) sesebuah negara adalah satu cara untuk mengukur ekonomi

nasional. KDNK bermaksud jumlah nilai pasaran keseluruhan barang dan
perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa
tertentu (lazimnya dalam tahun kalendar). Ia juga mengambil kira jumlah
nilai yang dicampur pada setiap peringkat pengeluaran untuk barang dan
perkhidmatan terakhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara pada masa
tertentu, dan diberi dalam nilai wang.


KDNK boleh dikira menggunakan kaedah perbelanjaan (expenditure approach):



KDNK = penggunaan (consumption atau "C") + pelaburan kasar (gross investment atau "I") + perbelanjaan awam (government spending atau "G") + (eksport atau "X" − import atau "M"), atau,

KDNK = C + I + G + (X-M)


Di mana penggunaan adalah perbelanjaan isi rumah tangga; pelaburan
kasar oleh sektor industri; perbelanjaan awam oleh kerajaan; dan
eksport dan import melibatkan sektor luar negeri.


KDNK juga boleh dikira menggunakan kaedah pendapatan (income approach):



KDNK = sewa + upah + bunga + keuntungan


Di mana sewa adalah pendapatan pemilik untuk faktor pengeluaran
tetap seperti tanah; upah untuk tenaga kerja; bunga untuk pemilik
modal; dan keuntungan untuk pengusaha.


Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/KDNK


Ha..cammane kawan2x...pening tak kepala.... gitulah citenye serba sedikit pasal KDNK.

No comments: