Wednesday, April 30, 2008

K-Ekonomi

Nie pun satu topik yang memeningkan kepala dan bosan gak.. Tapi as rakyat yang maju, kite kena ambil port gak pasal k-ekonomi nie. Ape eh.. k-ekonomi nie.

K-Ekonomi adalah ekonomi berasaskan pengetahuan. Ape kebenda ekonomi berasaskan pengetahuan (aka k-ekonomi ) nie?

Maksudnye adalah :

Satu bentuk ekonomi dimana pengetahuan, kreativiti dan inovasi merupakan peranan utama dalam membina dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi. Dalam ekonomi diasaskan oleh pengetahuan, nisbah yang tinggi dalam memperolehi KDNK ( Keluaran Dalam Negara Kasar ) adalah dari asas pengetahuan dan industri knowledge-enabling seperti industri teknologi sederhana, kewangan dan perkhidmatan perniagaan yang lain dan profesion pendidikan. Ekonomi berasaskan pengetahuan merupakan ekonomi yang mempunyai karakter seperti pelaburan tinggi dalam penyelidikan dan pembangunan, tahap membaca yang tinggi, kemahiran dan kapasiti teknologi yang baik, kukuh dalam inovasi dan tahap penembusan celik ICT dan penggunaan internet yang tinggi.

So..cammane nak ukur k-ekonomi nie...?

Bagi k-ekonomi, ada beberapa petunjuk (indikator) yang menunjukkan peningkatan dari aspek k-ekonomi iaitu:
  1. Bilangan komputer peribadi
  2. Bilangan pemilikan internet
  3. Bilangan jalur lebar
  4. Bilangan talian tetap
  5. Bilangan telefon selular
  6. Perbelanjaan bagi pendidikan
  7. Kadar celik huruf
  8. Nisbah guru & pelajar sekolah rendah
  9. Enrolmen pelajar sekolah menengah
  10. Bilangan penduduk yang mempunyai sijil tertinggi
  11. Bilangan paten
  12. Jumlah perbelanjaan R&D
Kesemua nilai bagi petunjuk tersebut boleh diperolehi dari semua agensi dan kementerian di Malaysia.

Err..kenape perlu k-ekonomi nie?

Berdasarkan kajian dari pelbagai agensi, negara yang maju adalah terdiri dari tahap pengetahuan yang tinggi dalam kesemua bidang.

Kalo cam tue, ape fokus kerajaan dalam meningkatkan tahap pengetahuan dalam k- ekonomi nie?

Bagi pihak kerajaan, ada 7 fokus yang ditumpukan bagi meningkatkan tahap pengetahuan dalam negara kita iaitu:
  1. Membangunkan sumber manusia berasaskan pengetahuan
  2. Membina institusi bagi memacu ekonomi berasaskan pengetahuan.
  3. Memastikan insentif dan infostruktur kearah ekonomi berasaskan pengetahuan
  4. Membina kapasiti sains dan teknologi
  5. Memastikan sektor swasta memandu kearah ekonomi berasaskan pengetahuan.
  6. Memastikan sektor awam bertindak lebih jauh ke perkhidmatan sivil berasaskan pengetahuan.
  7. Merapatkan jurang pengetahuan dan digital.

Err... yg 1-7 tue fokus, ape tindakan yang telah dilaksanakan?

Nak cite tindakan nie..banyak yang telah kerajaan laksanakan iaitu:

Menubuhkan organisasi k-ekonomi di setiap negeri seperti Bahagian K-Ekonomi bagi kerajaan negeri Melaka dan K-Perak di Perak. Bagi pasarana plak, kerajaan telah menubuhkan telecentre. Bagi memanggil pulang pakar negara kita, kerajaan telah membina database national best brain. Setiap negeri ada inkubator bagi merangsang aktiviti start-up company. Bagi hampir kesemua negeri dalam malaysia nie ada infrastruktur bertaraf dunia ( MSC Cybercentre/city ). Ada sesetengah negeri telah menjalankan aktiviti merapatkan jurang digitial bagi rakyatnya iaitu program emelaka di negeri Melaka contohnya.

Err..dah good enough ke negara kita nie kearah k-ekonomi?

Actually, masih banyak benda yang belum kita laksanakan bagi meningkatkan k-ekonomi di negara kita dari peringkat kerajaan pusat sehinggalah ke kerajaan negeri. Ini termasuklah soal peruntukan, soal polisi, soal sape buat tue..buat nie.. dan macam2x lagi isu. Kalo tengok dari statistik contohnye...peratusan penggunaan komputer & internet masih jauh dari paras 50% populasi penduduk negeri Melaka contohnye.

Kesimpulan

Kalo nak negara atau masyarakat nie maju..tak tunduk kepada kuasa asing atau bebas dari belenggu penjajah dalam tersurat dan tersirat kita mesti serius lah dalam agenda nie. Kalo nak duduk kat takuk tue...nak generasi akan datang jadi balaci bagi kuasa negara lain tengok akademi fantasia lagi bagus.. gitulah citenye..

Sekian, terima kasih


Klik sini jika korang nak tahu pasal k-ekonomi nie..

No comments: