Saturday, April 4, 2009

Industri Muzik Tanahair

Teman..sebenarnya memandang serius terhadap industri muzik tanahair kita.

Kalo korang perasan ...banner teman kali nie temanya adalah "Merancang menguasai dunia".

Pernahkan korang terfikir bahawa dengan muzik sahaja...dunia ini boleh kita takluki.... (dan teman masih serius apabila sedang key-in ayat2x ini).

Kalau teman ada peluang berbincga ngan adlin aman ramli, maybe banyak idea atau benda yang akan dilontarkan dan dipandang serius...

Hasrat teman bagi industri muzik tanahair ini adalah mahu orang German gembira dan riang apabila mendengar muzik yang dinyanyikan atau diperdengarkan kat sana. Teman nak orang eskimo berjoget zapin di kutub utara.... Teman nak orang kat pulau Iwo Jima menggoyangkan kepala apabila muzik diperdengarkan kat sana...SOKMO selalu....

Adakah senario perenggan diatas boleh dilakukan. Jawapannya tentu boleh..dan Malaysia boleh. Kenapa tidak boleh? Habaq kat chek....

Muzik.....satu area yang semua orang suka...semua orang gemar..dan manusia perlukan muzik bagi menjalani kehidupan seharian.

Dan cara untuk conquer the world adalah melalui muzik ( dan teman masih lagi serius dlm keyin part ini ).

Kalau kita menjadikan kayu ukuran untuk ukur perkembangan muzik tanahair ini dengan mengambil output dari Akademi Fantasia sebagai contoh.... boleh saja.

Kita mahu Vince ..dari akademia fantasia 1 ..sehinggalah Stacy dari akademi fantasia 6...terus mara menerebos suara mereka ke negara2x yang tak pernah kita fikirkan dalam kepala..kita mahu suara Zahid (Akademi Fantasia 2 ) ....menerebos ke kepulauan hawaii sebagai contoh....

Soalan yang mungkin korang persoalkan adalah bagaimana?????

Kalo teman..mudah sahaja....

Kapasiti pengetahuan dalam industri muzik harus dipertingkatkan semaksima mungkin.R&D dalam penemuan penggayaan baru harus diperbanyakkan. Sumbangan IPTA/S dalam isu ini harus dicurahkan dalam "tong pengetahuan". Kerajaan harus menyediakan kapasiti ini. ( korang mungkin blur....dlm hati "apekebenda la mamat nie merepek.." )

Pengurusan pengetahuan dalam menguruskan pengetahuan dlm industri muzik haruslah diambil serius oleh orang kita. Kita mahu orang yang kreatif dan inovasi lead this area... Orang yang nawaitu nya ..nak pakai kereta besar haruslah ditolak tepi dulu... Kerana cita2x kita besar...iaitu mahu menakluki dunia.....

Pengurusan pengetahuan haruslah dibina berlapis2x..dan meliputi semua aspek..dari aspek pemasaran...aspek pemakanan...aspek fesyen...aspek kreativiti melodi, aspek seni tampak..dan lain2x lagi....

Dan ia perlu menyeluruh dan PADUUU.......

Kita mahu apa yang telah dibina oleh orang dulu2x .. ..seperti P.Ramle..sudirman..... dll lagi dipertingkatkan.

Ianya akan menjadi mudah jika nawaitu kita sama...dan PADUUU...

Pikir di luar kotak....... dan pasti boleh.....

Sekian, terima kasih....

4 comments:

Aidy Shahiezad said...

ye, kita mahukan muzik yg menerobos masuk ke negara luar dan menakluki halwa telinga mereka tue berjatikan muzik malaysia dan bukanlah sekadar muzik biasa seperti pop, rock dan ballad berasal dr barat....

Minister Of Mind said...

mari kita usahakan yg itoo...

zara said...

Kementerian yang bersangkut paut dengan Industri Muzik sepatutnya kerap mengadakan pertunjukan konsert budaya ke merata dunia. Di samping itu memperkenalkan artis-artis negara mendendangkan lagu-lagu mereka dan menyanyikan lagu daerah negara-negara yang dijelajahi.

Kalau nak diharapkan artis itu sendiri, memang ler payah. Ongkosnya jutaan ringgit dong kalau mau popular!

Sedikit sebanyak, setiap kali kerajaan menghantar wakil negara untuk ke festival di luar negara, dapat juga menaikkan nama artis berkenaan.

Penguasaan Bahasa Inggeris patut dititikberatkan. Pernah penyanyi Ning Baizura mendendangkan lagu yg sepatutnya menjadi milik suara Mariah Carrey tapi apa jadi dengan lagu beliau? Di Malaysia, lagunya tak ramai yang tahu (mungkin peminatnya seperti saya saja yg tahu kot). Antarabangsa? Entah radio mana nak siarkan lagu berkenaan.

Minister mamang patut dilantik menjadi Prime Minister of Mind pada perhimpunan Agung akan datang.

Pengiat seni muzik mesti terus memugar minda mereka menjadikan muzik kelahiran Malaysia menjadi popular hingga ke tahap antarabangsa.

Kenapa lagu-lagu Indonesia begitu popular di kalangan rakyat kita?
Padahal lagu-lagu mereka simple saja. Eloklah komposer-komposer tanah air mengkaji sedalam-dalamnya genre muzik bagaimana yang dikehendaki oleh mereka. Mereka mesti lebih kreatif dalam penggunaan bahasa yang kaya dengan bunga-bunga indah.

Tuan Minister, maaf wakil dari Kajang nie memang gemar merapu.

Minister Of Mind said...

hargai your comment dari YB Kajang..ahaks....

bab promosi budaya....kat rata dunia ..teman setuju..harus dipertingkatkan dari masa ke semasa.....cuma... yang bertanggungjawab tue..kena la buat maklumbalas pelanggan bagi yg mendengar konsert itu dalam bentuk rekod..ada fact & figure...supaya kelemahan dapat diperbaiki.

bab...ning baizura tue..teman tak pernah la plak dengarnya....but..she got the voice....so...artis seperti dier..patut dihiglight lebih banyak lagi di arena antarabangsa.

bab nak jadi prime minister of mind tue...korang lantik lah orang lain..tak minat lah...i'm not interested to be politican...terpaksa mengharung onak dan duri yang dicipta oleh kalangan orang kita.

bab lagu indonesia tue... marketing diorang kat malaysia mmg power...the art of marketing wajar dipertingkatkan untuk tembus suara kat wilayah beijing misal contoh..

-end of komen-