Saturday, March 21, 2009

Rancangan Melodi

Ramai antara kita dah bese lihat rancangan Melodi termasuklah teman. Teman pun dah tak ingat berape lama Melodi nie dah berapa lama tersiar di kaca televisyen.

Kupasan kali ini adalah lanjut dari seseorang dari ruangan forum di akhbar baru2x ini. Seseorang tersebut melahirkan keperhatinan beliau terhadap terjahan isu yang dihighlight tiap2x episod terhadap isu peribadi artis tempatan amnya.

Teman disini tersenyum dengan nada pandangan seseorang tersebut yg melahirkan pandangan rancangan Melodi hanya mengupas kisah artis. Ada juga individu kat dlm Malaysia nie berfikiran kritis rupanya. Ingatkan leka dalam hidangan pihak media tersebut.

Artikel ini teman karang bukan bertujuan untuk pangkah rancangan popular tanahair ini. Niat teman cuma hendak mengangkat martabat industri hiburan tanahair supaya produk2x tempatan berada di peringkat antarabangsa dan seterusnya memberi sumbangan besar terhadap kegiatan ekonomi dalam industri hiburan.

Kalau bolehlah, kalau boleh.... minta pihak pengurusan Melodi menunjukkan angka2x & fakta yang membuka mata peminat industri tanahair seperti bilangan artis tempatan yang produknya berada di pasaran antarabangsa atau strategi yang digunakan oleh pihak rakaman bagi mengarus perdanakan produk kita dalam arena antarabangsa. Seperti moto Melodi tersebut yang sering war2xkan iaitu elakkan kontroversi, eloklah tidak asyik mengupas kontorversi peribadi artis aje.

Kalau pihak pengurusan mengatakan bahawa yang hidangan tiap2x minggu itu adalah mengikut selera tempatan kita, saya rasa orang kita mmg suka berhibur dan terhibur dengan apa yang dihidangkan. Dalam erti kata lain budaya hendonisma mmg kuat dikalangan org kita.

hendonisma?? er..sesuai ke ayat nie..hantam ajelah

3 comments:

zara said...

Buang masa aje tengok Melodi tu, tak ada ilmu yang dapat dimanfaatkan. Segalanya mengorek rahsia orang dan mengaibkan orang. Kritik mereka? Mereka (TV3) akan tutup telinga dan pejam mata. Apa yang dihidangkan di kaca TV tetap sama. Terutamanya si 'Terjahman' tu, nak sangat perangkap org bersalah jadi polis saja atau jadi pegawai pencegah maksiat.

Minister Of Mind said...

teman tahu ar rating show diorang sustain atau mencanak2x up ...
tapi buat la 40% knowledge input dan 60% korek rahsia org...

at least....kan

IRA said...

diorang buat apa yg penonton nk tgk. tapi soalan2 yg keluar dari mulut wartawan melodi ni makin lama makin tak berapa pandai je.bosan.