Tuesday, April 29, 2008

Istilah Perkhidmatan Awam ( Pentadbiran & Kewangan )






























































































































Faharasat Fail Sistem Doket yang menggunakan abjad atau nombor untuk
kemudahan rujukan dan pengesanan fail.

 

Fail Meja (FM) Fail Meja adalah dokumen rujukan bagi peringkat individu/jawatan.
Antara lain ianya mengandungi cara Jabatan/Pejabat yang menunjukkan
kedudukan individu dalam pejabat berkenaan, objektif Jabatan dan Bahagian di
mana individu ditempatkan serta prosedur kerja yang terlibat dengan jawatan
individu yang berkenaan. FM adalah panduan terperinci mengenai senarai tugas
yang dijalankan oleh seseorang individu tersebut setiap hari.

 

Inventori Rekod Inventori rekod ialah satu borang terperinci mengenai
siri-siri rekod yang diwujudkan oleh Jabatan. Dalam inventori dicatat
deskripsi lengkap dan ciri-ciri penting mengenai setiap siri rekod.
Inventori dibuat dengan tujuan utama untuk mengenali dengan tepat sesuatu
siri rekod supaya tindakan pemisahan di masa akan datang ke atas siri rekod
tersebut akan dapat dilakukan dengan sistematik.

 

Jadual Pemisahan Rekod Satu jadual yang menunjukkan tempoh simpanan siri-siri rekod
di sesuatu Jabatan sebelum dipisahkan untuk dimusnahkan atau dipindahkan ke
Arkib Negara. Ia mengandungi maklumat ringkas mengenai isi kandungan rekod,
kegunaannya dan tindakan pemisahan yang akan diambil selepas tempoh
simpanannya dipatuhi.

 

Jawatan Keselamatan

Berjadual
Satu jawatan yang melibatkan pemegangnya sentiasa melihat
atau mengurus perkara atau maklumat atau bahan Rahsia Besar atau Rahsia.

 

Kawasan Terperingkat Kawasan-kawasan premis atau sebahagian dari premis di mana
perkara-perkara terperingkat disimpan atau diuruskan atau di mana kerja
terperingkat dijalankan.

 

Manual Prosedur Kerja (MPK) Sebuah dokumen rujukan bagi peringkat Jabatan/Pejabat yang
mengandungi fungsi dan objektif, prosedur-prosedur yang jelas serta anggota
yang bertanggungjawab bagi melaksanakan setiap aktiviti yang
dipertanggungjawabkan. MPK menjelaskan secara sistematik susunan cara
bekerja

 

Kepala Tajuk Perkara utama bagi sesuatu tajuk surat untuk menentukan
nombor kod yang bersesuaian semasa membuka fail.

 

MS ISO 9000 JPA Satu standard bertulis yang menetapkan dan menyenaraikan
elemen-elemen asas yang perlu ada dalam Sistem Kualiti sesebuah organisasi
yang memastikan perkhidmatan yang diberikan dapat memenuhi kehendak
pelanggan.

 

Pas Keselamatan Kerajaan Termasuk pegawai yang dilantik sebagai Pegawai Keselamatan
Kerajaan atau mana-mana yang berkhidmat sebagai Pegawai Keselamatan Kerajaan
atau pegawai yang menjalankan tugas sebagai Pegawai Keselamatan Kerajaan.

 

Pas Keselamatan Pelawat Pas keselamatan yang dikeluarkan untuk seseorang yang
melawat ke sesuatu Kawasan Larangan atau Tempat Larangan.
Pas Keselamatan Sementara Pas keselamatan yang dikeluarkan kepada seseorang yang tidak
bertugas tetap tetapi dikehendaki selalu berurusan rasmi ke sesuatu Kawasan
Larangan atau Tempat Larangan.

 

Pas Keselamatan Tetap Pas keselamatan yang dikeluarkan kepada seseorang yang
bertugas secara tetap di dalam sesuatu Kawasan Larangan atau Tempat Larangan.

 

Pegawai Pengawal Pegawai perakaunan yang tertentu yang diberi tugas menjaga
pada amnya wang diperuntukkan di bawah Maksud Anggaran. Semua Pegawai
Pengawal Persekutuan dilantik oleh Menteri Kewangan dan semua Pegawai
Pengawal Negeri dilantik oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri.

 

Pendaftaran Rahsia Satu sistem bagi menerima, memproses, menyimpan dan
menghantar dokumen-dokumen tersebut supaya ianya diuruskan secara berasingan
daripada dokumen-dokumen tidak terperingkat. Ia hendaklah dilaksanakan oleh
satu bahagian terasing yang dinamakan Pendaftaran Rahsia.

 

Pengurusan Kualiti

Menyeluruh (Total Quality Management

TQM)
TQM adalah satu proses pengurusan kualiti yang
berorientasikan pelanggan, berjalan secara berterusan dan melibatkan semua
aspek dalam organisasi. Prosedur ini bertujuan membawa perubahan yang
menyeluruh ke arah melahirkan budaya organisasi yang cemerlang.

 

Peti Keselamatan Peti keselamatan yang digunakan untuk menyimpan dokumen atau
bahan-bahan terperingkat sama ada secara tetap atau sementara.

 

Piagam Pelanggan Satu komitmen bertulis Jabatan/Agensi Kerajaan terhadap
pelanggan termasuk stakeholder. Ia merupakan satu jaminan Jabatan/Agensi
Kerajaan untuk menyampaikan keluaran atau perkhidmatan mengikut standard
kualiti yang ditetapkan.

 

Rahsia Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika
didedahkan tanpa kebenaran akan membahayakan keselamatan negara, menyebabkan
kerosakan besar kepada kepentingan dan martabat Malaysia atau memberi
keuntungan besar kepada sesebuah kuasa asing hendaklah diperingkatkan Rahsia.

 

Rahsia Besar Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika
didedahkan tanpa kebenaran akan menyebabkan kerosakan yang amat besar kepada
Malaysia, hendaklah diperingkatkan Rahsia Besar.

 

Rahsia Rasmi Apa-apa suratan yang dinyatakan dalam jadual dan apa-apa
maklumat dan bahan berhubungan dengannya dan termasuklah apa-apa suratan
rasmi, maklumat dan bahan lain sebagaimana yang boleh dikelaskan sebagai 'Rahsia
Besar', 'Rahsia', 'Sulit' atau 'Terhad' mengikut mana yang berkenaan oleh
seorang Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri atau
mana-mana pegawai awam yang dilantik di bawah Seksyen 2B.

 

Rekod Awam Rekod Awam ialah kertas, dokumen, buku daftar, bahan
bercetak, buku, peta, pelan, lukisan, gambar, mikrofilem, filem wayang
gambar, pita rakaman, alat perakam bunyi yang diterima atau dikeluarkan oleh
mana-mana pejabat awam dalam menjalankan kegiatannya atau dikeluarkan oleh
pegawai atau kakitangan dalam tugas rasminya.

 

Rekod 'Functional' Rekod mengenai tugas dan tanggungjawab khas sesuatu Jabatan
yang mencerminkan aktiviti-aktiviti asas Jabatan.

 

Rekod 'Housekeeping' Rekod mengenai hal pentadbiran am, perkhidmatan kakitangan,
bangunan dan harta, kewangan, peralatan sesuatu Jabatan.

 

Sulit Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi, yang jika
didedahkan tanpa kebenaran walaupun tidak membahayakan keselamatan negara
tetapi memudaratkan kepentingan atau martabat Malaysia atau kegiatan
Kerajaan atau orang perseorangan atau akan menyebabkan keadaan memalukan
atau kesusahan kepada pentadbiran atau akan menguntungkan sesebuah kuasa
asing hendaklah diperingkatkan Sulit.

 

Rekod Keputusan

Tapisan Keselamatan
Ketua-ketua Jabatan hendaklah menentukan semula keputusan
tapisan keselamatan dicatatkan ke dalam Buku Perkhidmatan tiap-tiap penjawat
awam, keputusan terhadap penjawat awam yang tidak mempunyai catatan buruk
hendaklah direkodkan 'Tiada apa-apa yang buruk diketahui setakat ini' atau 'Rujukan
kepada Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan hendaklah dibuat untuk penerangan
lanjut' ke atas mereka yang mempunyai catatan buruk. Semua rekod keputusan
hendaklah mengandungi rujukan serta tarikh surat keputusan tapisan
keselamatan yang diperolehi dari Pejabat Ketua Keselamatan Kerajaan.

 

Sambungan Kulit Fail Fail baru yang dibuka dalam siri yang sama bagi menggantikan
fail lama yang ditutup.

 

Tapisan Keselamatan Halus Proses yang teliti digunakan bagi menapis penjawat-penjawat
awam yang sentiasa dikehendaki melihat perkara-perkara terperingkat Rahsia
atau Rahsia Besar

 

Tapisan Keselamatan  Kasar Proses yang asas digunakan bagi menapis penjawat-penjawat
awam yang dikehendaki melihat perkara terperingkat setakat peringkat Sulit.

 

Terhad Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi selain
daripada yang diperingkatkan Rahsia Besar, Rahsia atau Sulit tetapi
berkehendakkan juga diberi satu tahap perlindungan keselamatan hendaklah
diperingkatkan Terhad.

 

Tuntutan Perjalanan Tuntutan yang dibuat oleh seseorang pegawai yang menggunakan
kenderaan sendiri bagi menjalankan tugas rasmi sama ada di luar kawasan ibu
pejabat berdasarkan kepada kelas atau sukatan silinder kenderaan.

 

No comments: